BOIKOT MCD

BANYAK BAIK DARI BURUK!

Semalam,adik teman maii rumah..
Riuh rendahlah rumah kami dengan suara kanak2.
Teman terdengar perbualan anak2.
Raziq kata...
Alif!jom kita makan MCD?
Alif jawap..
Tak mahu lah...
Raziq kata lagi..
Jom lah....kita makan je bukan buat apa2 pun..
Dengan mata terjojol,Alif tanya pula..
Ko org serius ke nak makan MCD?
Raziq jawap..
Serius le...apa pulak tak serius,jom lah!
Anak bujang teman jawap..
Tak lah..aku tak mahu sbb MCD salah satu penyumbang dana kepada yahudi..
Zzzzz

Kakak teman pun bersuara,
Alif!,Mak Uda dapat tiket free masuk Legoland,jom kita pergi..
Dia jawap...
Tak mahu lah...
Kakak teman pujuk lagi..
Jom lah...kita pergi ramai2..Mak Uda ada 29 keping tiket free...jom lah..
Dia tetap kata..
Tak mahu...kan Lego hina Nabi...
Zzzzz
(sedikit masa dulu,ada artikel yang mengatakan Lego hina nabi,teman ada tunjuk padanya dan dia membaca sendiri,sejak tu,jenama tu tak di sentuh.Sehinggalah terbukti artikel tu hanyalah palsu)

Anak teman ni pelik sikit,kalau ada sesuatu yang melibatkan agama,dia akan tetap pendiriannya.Teman tak berani nak tunjukkan banyak barangan lain yang di perlukan sepanjang hidupnya seperti milo,jenama susunya dan macam2 lagi..Kalau dia tahu,Sah!anak teman makan roti kosong dan minum air suam je...
Bukan teman sokong penganiayaan pada anak2 kecil tak berdosa di luar sana,tapi...anak teman kena makan juga kan?kalau pembesaraan tak sihat,macam mana dia akan membesar dengan sihat dan kuat!teman kena pastikan dia menjadi generasi pelapis yang lebih mantap!

Semuga prinsip dirinya tak mudah di jual beli,semuga dia akan tahu menilai segala buruk baik perbuatan.
Yang Pasti?
Duit tak terbang keluar gara2 MCD  dan LEGO yang ternyata.....MAHAL OOOOO!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK