ERTI SEKEPING PHOTO


SEKEPING GAMBAR MAMPU BUAT AIR MATA KITA KELUAR
SIAPA KATA HATI AYAH KERAS MACAM BATU!

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Dan kasih saudara ,masa berada
Berkorban raga,rela binasa
Berkorban nyawa,tandanya kasihnya

KASIHNYA AYAH
SANGGUPKAH BERPISAH
DAN KASIH ANAKNYA
BERKORBAN RAGA
BIAR PUN JIWA,AKAN TERSEKSA
IKHLAS DAN RELA,ASALKAN BAHAGIA

Kedua2 gambar ini,memberi gambaran sebenar hati seorang ayah.Biasanya,seorang ayah akan leka dengan kerja2nya.Kita jarang melihat,seorang ayah mengusung anak2 ke sana ke mari.Kita jarang lihat seorang ayah mendakap mesra anak2 jika di bandingkan dengan ibu.Ayah biasanya,di anggap sebagai sumber pencari rezeki,dan kesibukkan mereka menjarakkan hubungan anak2 walaupun mereka sangat sayang pada anak2 itu.Bagi Ayah,kasih sayang hanya di tunjukkan dari segi meterial,memberi kehidupan yang sempurna itu tanda kasih sayang ayah sebenarnya.Kita selalu fikir,ayah tak mempedulikan kita kerana ayah jarang tanya khabar kita.Hakikatnya,ayah akan bertanya melalui ibu,semua cerita kita akan di ketahui melalui ibu juga...semuanya....ibulah penyampai setia hal2 kita pada ayah.Pada aku,ayah sangat istimewa...walaupun kami jarang bermesra tapi...jauh di sudut hatiku,sayang ayah tetap utuh pada kami.



Gambar kat atas amat menyentuh hati aku,Si kecil adalah mangsa peperangan!bayangkan...betapa berat hati ayah nak lepaskan si kecil yang di baluti kain kapan ini.Di kucup lembut pipi dingin itu,serasa dia mahu ikut sama menemani si kecil ke dalam liang lahat.Mengapa dunia terlalu zalim,menghukum anak kecil ini hanya kerana ketamakkan manusia dewasa.walaupun kita tau,syurga tempatnya..tapi...hati tetap terasa,hati tetap kecewa walaupun kita tau ada hikmah di sebalik kejadian.
Ayah...sabar ayah...ALLAH menyayangi anak ayah....lepaskanlah!...ayah pasti akan redho kerana ALLAH dah janji sesuatu untuk ayah....anak ayah akan menyambut tangan ayah di syurga kelak.

Berbeza dengan gambar di bawah,ayah memangku anak remaja yang mati kemalangan jalanraya.Sayu mata ayah menatap anak mati di depan mata.Mengapa?anak itu menunggang motosikal dan di langgar lalu mati.Apa yang ayah renungkan?pasti ayah menyesal belikan anak ayah motor kan?sepatutnya..jika ayah sayang anak ayah,usah di layan dengan kebendaan ayah.Ayah sendiri dah tau akibat menunggang motor di jalanraya zaman ni..penuh resikoJalanraya kita bukan macam jalan tanah becak ayah..semuanya dah maju,lancar selancarnya....Hari2 ayah pasti baca berita kematian penunggang motor kan ayah?Mengapa ayah masih membelikan anak ayah motor yang boleh meragut nyawanya itu.
Hati ayah pasti terkilan, kecuaian ayah telah membuka ruang yang luas kearah kematian cara begini.Sekarang...nasi dah jadi bubur ayah...semuanya telah tiada,dia pergi meninggalkan dunia yang fana ini.


Al Fatihah untuk semua saudara seislamku,semuga kalian di tempatkan di kalangan insan2 yang beriman.Kematian tidak bermakna kita tak berjumpa lagi...kita akan berjumpa dalam satu keadaan yang  kekal abadi.Bezanya,kita akan berjumpa dalam suasana penuh penyesalan,kita akan menguruskan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain termasuk ibubapa,anak2 dan sesiapa sahaja.
Kematian akan datang walaupun kita cuba mengelaknya,cuma kita perlu berdoa agar kematian kita tidak seteruk mana...biarlah kita pergi dengan tenang dan terpelihara.amin...

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK