AL FATIHAH

ROSTAM BAKAR
Ada dengar apa2  citer?msg yang aku dapat tghari semalam.
Tak de..apa hal?kalau ko orang tak citer mana lah aku tau...jawap aku selamba
Rostam kemalangan kat Seremban.sekarang kat ICU tak sedar 2 hari dah...dia ikut Jelajah 1MALAYSIA tu..panjang kwn aku bermsg
Teruk ke?tanyaku sambil menahan sebak.
Teruk,dia jatuh sendiri,mungkin letih atau terlelap kot..sekarang ni 50-50 je..msg nya lagi
Oh ya ke?aku tak tau lah...kalau ada apa2 nanti,ko org bagitau tau...muga2 Tam selamat doaku dalam hati.

Petangnya...
Rostam dah tak de...sms dari Ita,isterinya...
Dam!rasa jantung berhenti sama dengannya,tak sangkanya..ALLAH ambil dia seawal ini.Walaupun aku tau ada hikmah di sebalik kejadian,Tapi..sebagai manusia,kita tetap rasa hampa kerana kita tak mungkin jumpa dia lagi.Aku tak mempersoalkan mengapa dia pergi sbb dia hak ALLAH,begitu juga aku...Seandainya ALLAH nak ambil aku pun,sekelip mata aku akan pergi meninggalkan semua yang aku sayang.
Sepanjang kenal Tam,tidak sekali pun aku pernah terasa hati dengannya.Dia seorang yang budiman dan baik,Senyuman tak lekang dari bibir dan tutur katanya penuh bersopan.Meminati motor berkuasa besar sejak lama dulu.

Pergilah Tam...kami kawan2mu hanya dapat mendoakan agar Tam bersemadi dengan tenang dan semuga Tam juga di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.amin...




Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH