KAMPUNGKU YANG INDAH...

DAN PERMAI


Aku di besarkan di kampung je,seronok sebenarnya hidup dalam suasana kampung.Mandi di perigi,api hanya pelita minyak tanah dan makan apa yang ada aje.Serba serbi sederhana...

Awal pagi,kami akan di kejutkan dengan kokokkan ayam jantan yang sangat peka dengan waktu,tak perlu jam loceng,ayam jantan tidak akan menghampakan...tepat masa setiap pagi...kokokokokkkkkk!!!begitulah saban pagi kokokkan itu pasti berbunyi,ianya menandakan subuh sudah datang lagi.Masa ni,kami masih mengunakan sistem air cara kuno,perigi...airnya sejuk hingga ke tulang!kalau mandi memang mengigil tak hilang....errrr..Selalunya,perigi bukan berdekatan dengan rumah,ianya terletak sedikit jauh dari tapak rumah.Begitu juga,perigi atok...untuk sampai ke sana,kita kena susuri laluan kecil yang kiri kanannya belukar kecil.Sejuk jangan di kata le..tergigil gigil selepas mandi,gigi bertemu dan tergesel sehingga berdecit decit bunyinya.

Selepas mandi,kami mesti sembahyang subuh sebelum memulakan rutin harian.Atok perempuanku yang lebih mesra ku panggil Mak Tua akan buat sarapan,atok lelaki yang biasa ku panggil Pak Tua akan membaca Al Qur an dan kami..cucu cucunya bersiap sedia untuk ke sekolah.Semua orang ada kerja sendiri tanpa ada komunikasi di awal pagi.
Sarapan kami juga simple je,kuih bingka,lempeng cecah sambal bilis,jemput jemput atau cekodok atau apa apa sahaja,yang pastinya..bukan di beli tapi...di buat sendiri oleh Mak Tua.Air?mana ada teh teh tarik segala,yang ada cuma teh o atau kopi o je...Milo?jangan beranggan le,mana ada semua ni....kalau nak juga,kena buat milo sendiri gamaknya.

Kehidupan kami akan berterusan hingga ke petang tanpa aktiviti yang menarik.Balik sekolah,biasanya..kami berehat sambil membaca majalah majalah yang ada pada zaman tu..seperti Dian,Digest Reader atau majalah majalah hiburan ringan sahaja.Kami biasanya tak tidur  siang,cuma melelapkan mata sekadarnya sahaja.Orang kampung tak suka bermalas2  malasan,yang jelasnya...sebelah petang,ada agenda lain yang perlu di buat.Sapu laman yang luas terbentang,cari mutan,durian atau apa sahaja hasil tanaman mengikut musim.Apa yang aku paling suka?ikut atok kemas kebun,seronoknya masuk kebun..main parit,cari ikan pelaga di anak anak  sungai atau cari apa aje untuk hiburan sendiri.Paling tak boleh ku lupa,bila aku terlentangkan labi labi!Lepas tu lupa nak betulkan dan esoknya....labi labi dah tak bernyawa!Zalim kan?Kalau Pak Tua tahu,pasti kepala aku kena luku!


Sebelum senjakala,kami akan pulang untuk bersiap ke rutin malam pula.Selepas mahgrib,kami kena gi ngaji,lepas tu..kena baca buku,zaman itu,tak de pilihan citer seperti sekarang,yang ada cuma citer citer yang aku kira jauh sungguh mutunya dengan sekarang.Masa tu,kami kena tonton Dewan Rakyat yang ditayangkan secara langsung di TV,Berita dan Peritiwa je..tak de pilihan langsung!Malam kami suram sebenarnya.Tidur kami pun awal,sebelum pukul 10malam....semua rumah sudah di pasang pelita ayam. untuk menerangi ruang,selebihnya...gelap gelita!
Boringkan?tak mencabar langsung!


Sebelum tidur kena pasang kelambu dulu,orang zaman itu setiap rumah mesti ada tiang seri.Tiang seri ni antara lain ialah untuk sokongan ruang yang luas,jikalau tak de tiang tu mungkin kurang kukuh rumah tu..


Semua tali kelambu akan berpunca di tiang tu..Tiang ni juga ada kegunaaya untuk bebudak yang tidur lasak!Pegang tiang dan pusing 3x sambil berkata...beralih tiang,beralih le aku...tegak tiang tegak le aku...khurafat kan?tapi...hanya usaha tanpa percaya pun...aku ni tidur lasak,bila pagi je...semua kelambu dah runtuh dek ganasnya kami tido!360 darjah kami pusing keliling!hehehe
Kelambu atok pun turut runtuh!tu yang kena ikut petua keliling tiang seri!hehehe...padan muka!
Lagi satu...sebelum tido juga kena sumbat telinga dengan kapas,takut serangga masuk dan bersarang dalam telinga!ehhhh!gelinya..Serangga tu,kalau dalam gelap dia nampak bercahaya,kecil je...suka dok melekap kat lipatan jahitan bantal atau gebor.Gebor?orang kampung panggil selimut tu gebor!
Lagi satu...sebelum tidur kena periksa keliling,takut ada pelesit!


Serangga ini berwarna hijau,biasanya..jika dia ada di dalam rumah,kita kena halau dia dengan cara yang baik,antara dialog yang aku masih ingat...jika kau berniat baik,keluarlah!tapi..jika kau berniat buruk,aku akan bunuh ko!..Nyah! ko dari sini!sesudah itu,kena tungu sat,kalau dia buat bodoh je...maknanya dia bawa niat tak baik,maka boleh le di bunuh!tak salah kata atok...entah ya entah tak....jikalau di fikirkan balik..khurafat lagi!aduhai...orang dulu dulu lagi banyak khurafat daripada orang zaman moden ni.

Selepas di periksa dan pasti,line clear...boleh le tidur dengan amannya..
Walaupun tidur tak bertilam hanya tikar mengkuang je kami tetap bahagia.Orang kampung,hidup sederhana,tapi....hutang tiada.Sebab tu...kita jarang nampak orang kampung tidur tangan kat dahi!tak macam orang sekarang...nampak gah!tapi..tidur tak lena....Orang kampung..letak je kepala terus berdengkor....tak macam orang sekarang...jenuh!pusing kiri kanan,belum lagi keluh kesah nya...pendekkata...luar nampak ceria tapi...hati gundah gulana!hehehe...nak glamour punya pasal!habis bergolok bergadai..Tak macam orang kampung,nampak sempoi je...bila makan ....bayar time!duit ikat dengan getah!cash!no hutang,no card credit,no buku 35 dan no tipu tipu maaaa!semuanya tunai!Kalau hutang pun..sekadar barang barang runcit,tapi..setiap bulan pasti terlangsai.

Begitulah corak hidup di kampung...simple je..sederhana dalam segala segi,yang pasti....mereka gembira dengan apa yang mereka ada.Naik lah berapa tinggi pun minyak!orang kampung tetap maintain.....nak tau mengapa?orang kampung tunggang basikal!mana guna minyak!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK