AL FATIHAH

KENANGAN ABADI BERSAMA AZLINA MOHD

Mengenalinya hanya beberapa thn sahaja,namun....kenangan bersamanya sangat banyak!Dia isteri kepada adik lelakiku.Pada awalnya,penerimaan kami biasa2 aje...setelah di sahkan mengidap penyakit kerosakkan buah pinggang dalam tempoh baru sebulan berumahtangga,sejak itu susah senang kami tempuhi bersama.
Arwah meninggalkan kami pada 29hb Ogos 2005,meninggalkan seorang anak yang lahir daripada kesungguhannya sebagai pesakit buah pinggang.Beliau sangat baik dan kami seklrga menyayanginya sepenuh jiwa dan raga.Beliau tidak hebat,beliau tidak secantik artis!namun....ada sesuatu yang membuat hati kami tertambat padanya.
Sepanjang hidup bersama....beliau ringan tulang...suka melayan kami dengan hanya membuat jemput2 ikan bilis di hidangkan bersama sambal kicap,air teh o dan teh tarik setiap kali kami singgah di rumah mak.Kebiasaannya,pulang dari kerja kami akan singgah sebentar untuk minum petang di rumah mak...itu sahaja hiburan yang kami ada.Anak2 juga turut gembira,bermain2 di padang sementara menunggu waktu pulang.
Beberapa hari sebelum hari kematiannya,beliau yang di tugaskan untuk mengajar mengaji di Taska kami,telah berkali2 menyatakan tidak sihat,sakit kepala dan letih.Bau minyak cap kapak sering aku hidu sehingga aku ada nyatakan padanya....Ina,selalunya orang bau minyak wangi tapi...awak bau minyak cap kapak je...dia sambut dengan tawa bersahaja.
Kak,lepas ni...akak tak boleh buat Ina sebagai contoh lagi...katanya pada satu petang sebelum dia pulang.
Kenapa pulak?tanya aku kehairanan
Sebab....Ina dah tak de!....hehehehe...
Ngada2 je..nak gi mana?tanya aku macam biasa
Adalah....jawapnya sambil berlalu
Hari2 tu berlalu....hari jumaat,seperti biasa....dia datang mengajar anak2 mengaji.
Saya sakit kepala lah..katanya...
Tak payah mengajar lah...awak jaga je bebudak tu...supaya tak bising sangat..arah ku...
Betul ke?saya sayang akak...ampunya
Kami saling berbalas senyum dalam pakatan jahat ni...hehehe

Esoknya....
Ina masuk hospital Sultanah Aminah,dia di serang sawan banyak kali,sekarang ni tak sedarkan diri kata adikku
Ok..nanti akak ikut pergi tau..
Aku pergi bersama adik dan melihat keadaannya yang tak sedarkan diri itu...kesiannya....dia meracau2 dalam keadaan khayal.Pada kebiasaannya,beberapa hari dia pasti sihat dan boleh pulang kerumah,namun...hari ini,keadaannya berlainan sungguh!
Kami lihat keadaannya di Hospital kerajaan itu bagai menunggu nyawa di ambil malaikat lagaknya.Tiada usaha dari pihak berwajib di sebabkan hari cuti masa tu.Kami keluarkan dia untuk di hantar ke hospital lain.Sebaik sampai....Doktor hanya berkata...keadaannya 50-50 je.Deposit pun doktor hanya minta RM2k sahaja.Ianya buat kami yakin,Ina akan meninggalkan kami.Doktor pasangkan mesin jangkahayat.Doktor kata...dalam tempoh 48jam,dia akan buka mesin itu dan jika ada umur...Ina boleh bernafas sendiri.Kami redho....
Petang Selasa,aku datang menziarahinya,masa tu..dia sedang menjalani proses penyucian buah pinggang.Aku pegang urat yang selalunya laju perjalanan darahnya tapi...hari itu...dak,duk,dak,duk...sangat perlahan.Aku lihat kelopak mata tertutup rapat tapi ada aliran air mata di situ.Mesin terpampang di mulut,aku tak tau nak buat apa...hanya berdoa agar ia di beri umur ,agar kami boleh bersama.Semua orang mengelilinginya.....memohon agar ALLAH panjangkan usianya.Tetiba.....bunyi mesin dah sekata je........semua jururawat berlari mendapatkannya.....Walaupun tak ada pengesahan...kami tetap bawa dia pulang dalam keadaan samada dah mati atau belum.Semasa di bawa keluar dari Hospital,suhu badannya panas,kami tak pasti beliau ada atau tak...yang pasti,biarlah dia pergi di rumah kami.Masa tu...kami tak peduli,asalkan kami dapat membawanya pulang.Kami mahu dia ada di rumah dan kami dapat mengadapnya.Sah!dia memang dah tiada...namun...kami gembira,dia tidur lena di ruang tamu di mana semua orang ada termasuk anaknya itu.
Esoknya,urusan pengebumiannya berjalan seperti biasa.Dia di kebumikan berhampiran kubur abah.
Ina...kami sayang kamu,tapi...ALLAH lebih sayangkan kamu.ALLAH tak sabar nak jumpa kamu,ALLAH nak berhentikan penderitaan yang kamu tanggung saban hari,Setiap kali kamu cuci darah,kamu sakit kan?selalunya...bila balik dari klinik,kamu pasti pening dan tak sihat.Kamu akan terbaring malas,ALLAH nak berhentikan semua tu...Sekarang ni,akak pasti kamu dah berehat panjang,kamu dah boleh tidur lena tanpa rasa pening berpanjangan.Tak perlu bawa bekal minyak angin kesana kemari,tidak perlu di cucuk jarum untuk cuci darah 3 kali seminggu.Semua tu kan,buat kamu bosan?Sekali cuci darah,4jam kamu kena duduk di klinik.Semuanya kan saat2 yang sangat membosankan.ALLAH sayang kamu,kerana itu.....ALLAH ambil kamu awal berbanding kami.Kamu anak baik,tahajjud tak tinggal,sakit kamu merupakan bonus buat kamu.Kematian yang pasti buat kamu sentiasa bersedia,lbh baik drp kami yang tak terfikir apa2 tentang kematian walaupun kami tau...kami akan menerima nasib sama macam kamu....

Yang pasti...awak telah hadir dan meninggalkan kami kenangan yang terindah.Kamu hadir dalam keluarga tanpa membawa harta yang banyak tapi...budi bahasa yang kamu miliki telah menjadikan kamu insan paling bermakna dalam hidup kami.Maafkan kami jika kami ada melakukan kesilapan,maafkan kami jika kami tak pernah dapat meringankan beban yang kamu lalui.Namun....kami tak pernah putus berdoa agar kamu di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Amin

Al Fatihah untuk insan yang bernama Azlina Mohd..



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK