KELAS DEWASA

SETIAP PETANG PUKUL 5.30

Aku sering di ajak ke kelas2 agama yang ada di sekitar tempat tinggalku.Walaupun sering di pelawa...aku juga sering pula mengelak daripada mengikut mereka dengan 1001 macam alasan.Bukan tak minat tapi...aku punya alasan yang kukuh untuk mengatakan tidak!Tiada orang nak ambil anak,tiada orang nak jaga anak dan tiada orang nak buat itu dan ini.
Kebiasaannya,kelas2 begini di adakan pada waktu petang atau awal pagi.Sebagai surirumah tangga,waktu2 beginilah saat paling penting untuk menyelesaikan urusan rumahtangga,mengemas,memasak dan mengambil anak2 pulang dari sekolah dan seterusnya menghantar anak2 untuk sesi persekolahan petang.
Tugas aku merangkap segala2nya,tukang kemas,tukang masak,tukan kebun,tukang cuci dan pemandu van sekolah.Semuanya aku lakukan tanpa ganjaran.Mengapa?kerana itu sahaja lah jalan terbaik agar urusan rumahtangga sempurna.Aku tak boleh bebankan suami kerana hanya dia yang mencari rezeki buat kami.Ini sahaja pengorbanan yang aku boleh beri sebagai seorang isteri dan ibu yang bertimbangrasa demi keluarga.
Berbalik pada tajuk di atas,aku sering bertanya pada diri sendiri,bila lah rasanya aku mampu untuk mencari ilmu buat mengisi kekosongan rohani.Aku bukan muda,usia dah menjangkau ke setgh abad!Teringat kata UAI,orang yang mati,tapi..tak tahu hukum hakam islam,samalah macam tikus mati!cuba tanya tikus,tau tak hukum itu ini,sudah pasti tikus tak tau...cuba kita tanya pada diri kita...apa hukum itu dan ini?jika kita pun tak tau nak jawap...maknanya...kita sama shj dengan tikus!Tersentak hati bila mendengar hujahnya ustaz itu.Kasar tapi...tepat dan padat!kena betul kat batang hidung aku ni...aduhai...
Kak Ngah!hari ini,kita nak gagahi diri untuk memulakan aktiviti agama.Kita nak lawan syaitan yang ada kat dalam hati ni...petang ini,kita akan jejakkan kaki ke masjid yang ada aktiviti keagamaan.
Pada suami juga aku berpesan...hari ini,saya nak belajar agama di masjid..harap kamu tak kisah ya...
Beliau hanya mengangguk dan itu sudah cukup memadai sebagai bukti dia mengizinkan pemergianku..
Petang itu,aku susuri jalan ke masjid,dalam hati,aku sentiasa berfikir...semuanya aku lakukan demi ALLAH.Aku sentiasa mengharapkan agar ALLAH sentiasa memberi aku ruang,memudahkan urusanku dan mendamaikan jiwa.
Kelas pertama aku ialah...wasiat nabi  untuk menjadi seorang beriman yang berakhlak.Itulah tajuk utama di petang itu.Semua orang hanya memerhatikan aku sahaja sambil tersenyum.Mereka tau aku pengunjung baru petang itu.Aku membalas senyuman mereka dengan tekad di hati..Malu?memang malu kerana aku lewat mendampingi mereka.Mereka semua nampak telah mahir da penuh ilmu...tetiba...seorang menyapa,orang ini telah aku kenali kerana dia sering ada ketika sembahyang terawih ramadhan lalu.Kak Mimah!aku kenali beliau ketika beliau mengunjungi rumahku ketika aku membuat majlis doa selamat dulu...Masa memberi ucapan petang itu,antara bait kata2nya ialah...walaupun Pn jarang ke masjid,di harap Pn akan sampai juga satu hari nanti.Masih tergiang2 ucapan itu...Dimana sahaja Pn berada,kami sentiasa mendoakan Pn dan klrga di limpahi rahmat ALLAH.Aduhai...bagai di tusuk sembilu di hati...malu2 alah jadinya.
Petang itu,ketika Kak Mimah menyapaku,langsung aku tak cuba ingatkan pada kejadian lama tu,aku cukup malu...aku bukan malu kerana aku miskin,aku tak malu kerana aku tak cantik bergaya...tapi...aku cukup malu kerana aku tak punya ilmu di dada.Apa yang aku belajar selama ini,masih kurang sebenarnya.Masih banyak lagi ilmu yang patut aku tuntut.Carilah ilmu walau ke Negeri China sekali pun....begitu tajam kata bidalan itu.
Sejak petang itu,aku simpan tekad di hati...aku akan ke masjid untuk belajar selagi boleh.Aku mahu jadi manusia yang ALLAH sayang bukan manusia yang ALLAH benci atau murkai.Apa yang aku lakukan selama ini sudah cukup buat aku takut untuk menemuinya.Aku lalai,aku cuai dek kerana urusan dunia.Aku tak menunding jari kepada siapa pun,semuanya kerana aku tak menurut kata hati...aku tak menurut kata akal tapi...aku menurut kata nafsu..
Petang itu,semuanya berbangkit,azamku,tekadku...begitu kuat ku simpul di hati.Aku mohon agar hati dan akalku dapat membawa aku ke jalan yang benar.
Untuk azam tahun baru islam yang bakal di sambut pada 15hb Nov.2012.Aku ingin melangkah kukuh menuju ke destinasi hidup yang abadi.



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK