CUTI SEKOLAH

106 OH!INDAHNYA IMAN

Sepatutnya,cuti sekolah aku boleh rihat sikit,tapi...tidak lah!sibuk dari pagi hingga petang.Semua anak2 ada di rumah,yang sulung cuti sem,yang ke 2 sibuk dengan SPM nya....yang bujang,macam biasa...rilek je...dan yang kecil 2 orang ini buat aku sentiasa sibuk!grrr...
Bangun seawal 6 pagi,lepas subuh terus turun ke bawah untuk menyediakan sarapan pagi.Seperti biasa,tepat pukul 7,siaran TV kena bertukar kepada astro 119,jika tak...mulut aku akan kumat kamit marah kat anak2 sebab tak minat langsung menonton rancangan berunsur keislaman.Untuk mendidik anak2 ke arah kebaikkan sangat mencabar!kebanyakkan mereka langsung tak minat!bagi mereka rancangan2 sebegitu hanya sesuai untuk aku je.Untuk mereka,hiburan,kartun sahaja yang lekat di hati.Tapi...aku tak melayan,setiap pukul 7,rancangan Tanyalah Ustaz,setiap hari sebelum azan,akan berkemundangan Indahnya Iman di rangkaian Astro 106.Jika mereka tak tukar,aku akan kumat kamit memarahi mereka...
Kenapa tak tukar?kan hari2 dah kata mesti tukar...kita ni dahlah malas nak berzikir,biarlah TV tu zikir untuk kita,sekurang2nya...kita mendengar dan yang lebih penting,Syaitan pun takut nak lekat kat rumah ni...bla,bla,bla....
@
Kenapa tak tukar?badan panas ke bila dengar zikir2 ni?atau dah besar sangat,dah tak nak dengar arahan?
@
Kenapa tak tukar?pergi mandi dan baca Al Qur'an agar keluar syaitan dalam badan tu...
Itulah antara ayat2 normal yang aku akan katakan kat anak2.Sehingga yang kecil tu akan berlari bila TV masih menyiarkan kartun.
Rancangan2 berunsur keislaman ni,banyak membantu sebenarnya,selama ini,aku sibuk bekerja sehingga terabai untuk menuntut ilmu.Mana tak nya...Bangun pagi,pergi kerja dan lewat malam baru sampai ke rumah.Anak2 membesar dalam kereta je.Sehinggalah bila suami bawa kami pindah ke utara,aku berehat sepenuhnya di rumah.
Ibu rasa nak kerja lah..boleh tak?tanya aku pada suami
Kerja apa?tanya suami
Apa2 lah...jawap ku
Tak payah lah ibu...nanti anak2 bersepah!kata anak sulungku
Aku dan suami berpandangan.Mulut....rasa nak cili je,pandai cakap tapi...mereka tak tahu,tanpa kerja bagaimana nak dapat duit?Mereka nak macam2 kemewahan tapi...dalam waktu yang sama nak perhatian juga.
Berbalik pada cuti sekolah,Aku biasanya menghantar anak2 ke kem2 solat,tapi..tahun ini,rasanya nak rihat daripada menguruskan anak2 ke tempat2 sedemikian.Tahun lepas,aku hantar mereka ke Mapetra Ulu Langgat.Balik dari kem tersebut,anak2 cerita berbagai2 cerita negatif sehingga suami kata...Mak ko ni,memang....suka hantar anak2 entah ke mana2 je...tempat macam tu untuk budak rosak akhlak le...anak2 saya cuma malas belajar je...
Adakalanya,isu2 ini boleh jadi pergaduhan suami isteri hingga tahaf tak bertegur sapa!
Kesudahanya,tahun ini,duduk aje le goyang kaki di rumah.
Amboi2..suka2 tengok TV ya...ibu tak suruh buat apa2 yang berfaedah,ko org senang hati je tgk TV ni...
Nah!ambil buku ni dan buat!perintahku pagi tadi
Buku apa ibu?tanya Alif
Matamatik!kataku sambil menjeling padanya
Ibu ni...cuti sekolah bermakna...kami rihat daripada membuat kerjasekolah,kami boleh tgk TV suka2 hati,boleh main games suka2 juga...jawapnya selamber
Amboi2....buat sekarang!ibu tak peduli!kataku lagi
Lecehlah ibu ni suka sangat menonton Tanyalah Ustaz,dapat banyak ilmu sangat!katanya sambil berlalu
Dalam Hati....Kesitu lak!ada aje jawapanya...
Ini baru beberapa minggu,lagi 1 bulan aku nak menguruskan mereka.Apa lah aku nak buat untuk menafaatkan cuti mereka.Aku pulak jenis ibu yang suka berkemas rumah,aku suka rumah yang sentiasa bersih je,aku tak suka bersepah2!aku suka semua benda tersusun rapi...tapi...tidak untuk anak2.Mereka tak rajin seperti aku.Itu yang buat aku stress!
Aku nak semuanya tip top!bersistem dan beretika.Tak boleh senget2,kalau boleh duduk pun dalam keadaan teratur,Gila kan?tapi...itulah sahaja yang boleh mendamaikan jiwa.Jikalau aku lihat rumah bersepah,tekak aku rasa mual,dan peluh dingin akan keluar!Sebelum tidur,bahagian bawah rumah aku akan  dikemaskan,tapi..bila esok pagi...aku lihat dalam singki penuh pinggan,ruang TV bersepah!aku rasa bagai nak demam!aku jadi bengang...bayangkan....lagi 1 bulan aku akan mengadap semua ini..Letihnya...
Anak kecil aku suka melukis..bila aku kemas bawah,naik atas!aku akan melihat satu pemandangan yang buat aku selalu naik darah!kertas,pensil kaler bersepah2!penuh sebilik!aduhai...anak2..ko org sangat menduga imanku..Lagi sebulan aku akan meghadap semua ini.Bukan tak suka,tapi...kudrat tak mampu nak tanggung semua ini.Kadang2 teringin nak belajar menerima seadanya.Tapi...setengah jam je,lepas tu....aku akan mengangkat bendera putih!tak boleh buat gini,nanti ibu pengsan!kemas sekarang!
kadang2 anak kecik tu menjawap...ibu ni..langsung tak beri saya berehat!kemas,kemas je...ish!jelingnya marah.Begitulah gelagat anak2ku..tak tau nak kata apa,tapi...itulah aku,si ibu yang tak pandai dok diam.
Masak?hari2...hingga dah pupus idea nak masak apa,kadang2 aku beli dan kadang2 lauk aku sekadar ayam goreng dan kicap je.Bukan malas,tapi...dah kering idea.tu je...dah jemu lihat bawang,malas nak 'siang'  ikan dan ayam.Malasnya...
Lagi 1 bulan,kami akan duduk bersama,menikmati hari2 mendatang penuh kehuru haraan.Anak2..ibu sayang kamu semua,tapi...sebagai anak...tolonglah mengerti...ibu mu ini seorang wanita yang tak boleh duduk dalam sampah!bantulah agar ibumu ini bahagia di rumah sendiri..huh!





Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK