CUTI SEKOLAH

ANAK SUKA,IBU TAK RELA

Cuti sekolah?menakutkan dan mengerikan tapi...melegakan bilamana kita tak perlu tergesa2 untuk menghantar mereka ke sekolah seperti biasa.Walaupun kita kena juga bangun pagi mcm selalu,tapi...setidak2nya,kita tak perlu terkocoh2 untuk menguruskan mereka.Yang dimaksudkan menakutkan itu ialah....bila mereka ada di rumah,suasana jadi lintang pukang!dapur tak berhenti berasap,singki sentiasa penuh pinggan mangkok,baju pastinya menggunung tinggi dan TV 24jam bersuara!Opss!!hampir lupa,suara orang ketawa,nangis akan silih berganti..suasana yang buat aku cepat STRESS!

Masa aku tinggal di Selatan tanah air,cuti sekolah atau cuti apa pun,kami tak merasa sangat kerana banyak kegiatan yang boleh kami buat bersama2 saudara mara.Tapi..bila aku dah tinggal di Utara tanah air ni...aku rasa,tak tau nak kemana atau selangkah je mesti bermodal.Kami kesunyian sebenarnya,kami tak de sesiapa kecuali sahabat handai,bukan mereka tak menghiburkan tapi..sejauh mana le kita nak berhubungan,mereka pun ada kehidupan mereka sendiri,perhubungan kita sentiasa ada limitnya.Sejauh mana baiknya mereka,kita juga kena hormati kehidupan mereka,mana mungkin mereka blh melayan kita 24jam!hehehe

Setiap tahun,kami tak merancang untuk cuti2 Malaysia,bila ada kelapangan je kami pasti akan menuju ke mana sahaja yang kami suka.Namun begitu,percutian singkat kami ini, ikut bajet gak...kalau bajet ciput,kami cuti dekat2 je...jikalau ada lebihan bajet,mungkin kami bercuti di satu tempat yang sedikit mewah.Aku dan suami ni...suka percutian yang merehatkan bukan memenatkan..Biasanya,kami banyak bersantai je...bangun tido,makan,jalan2 di pantai,tido dan makan lagi...begitulah sehinggalah habis tempohnya.Anak2 dah faham,gelagat ibubapa mereka,biasanya,untuk mereka,kami khaskan satu hari untuk aktiviti di laut dan selebihnya,mereka kena buat acara sendiri.Tak mungkin keluar shooping kerana awal2 dah kata...kita bercuti bukan nak membeli belah!lagipun ..raya dah lepas,nak shooping kena tunggu raya 2013 lak!...begitulah pesan aku kat anak2,suka tak suka..itulah perjanjian kami.
Balik Kampung?aduhai...sebut je kampung halaman..rasa nak pengsan!jauh gillllaaa!Kebas punggung nak nyampainya.Beribu2 batu,beribu2 pokok dan beribu2 kereta lori yang kami akan potong untuk sampai ke destinasi itu.Pada aku,perjalanan ini,sangat menyesakkan jiwa.Jika tak ingatkan Mak,jangan harap le aku nak balik ke sana.Letih,penat dan bosan..itulah perasaan yang ada dalam hati.

Namun begitu,aku kerap juga balik ke kampung halaman aku tu..dalam setahun 4@5 kali juga aku akan meredah jalan ke sana.Apa nak buat,selagi ada emak.,rutin tu terpaksa aku buat walaupun hati tak gembira pun...
Berbalik pada cuti sekolah ni,kami tak bercadang ke mana2,memandangkan..anak gadis aku sedang menghadapi exam besar...terpaksa le kami duduk di rumah sehingga dia habis exam.Apa aktiviti untuk anak2 yang lain.buntu kepala ni...kalau di biarkan duduk santai je...alamatnya...perut semua akan jadi tong drum,nak suruh di berlari di pandang,mana mungkin mereka akan pergi jika tidak aku yang menguruskannya.Pendek kata,selangkah mereka seribu langkah aku...letih2..

Tak sabar tunggu anak2 besar,tak sabar nak tunggu anak2 pandai menguruskan diri sendiri.Bukan tak gembira,tapi..kudrat badan dah hilang dek di mamah usia.Huh!


Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH