BERAT NAIK!

OMG!

Diam tak diam,berat badan dah naik,perut dah macam orang mengandung 5 bulan!buruk beno aku lihat.Semalam,cuba baju untuk kerja kahwin ahad ini,semua tak muat tang perut!cuba buka dat kat belakang baju tapi...tetap nampak perut yang membusut!aduh!sakitnya jiwa...
Perancangan awal nak pakai baju songket,walawehhh..teringin nak bersongket!tapi...lihat perut je...mood terus hilang,cuba pula jubah,nampak buruk di perut juga...akhirnya...baju kurung terpaksa aku pilih.Tak dapat nak buat apa2..daripada melucah!baik le aku bersopan...
Sejak raya lepas,aku dah tak mengawal makan,mungkin juga diabetes aku pun naik juga....aduhai...bagaimana nak tahan nafsu makan ni,walhal,aku makan bukan le banyak sangat,tapi...mungkin gula,susu pekat manis telah membantu menaikkan berat badan dan kandungan glukos sekali gus!
Tak boleh jadi,aku kena lakukan sesuatu....tapi...bagaimana?buntu di buatnya.Sebelum ni,berat aku sekitar 53kg tapi...kini dan naik 4kg.Nampak sikit tapi..kesannya sangat besar!melibatkan pertumbuhan badan yang sangat menyedihkan.
Tak boleh jadi,aku kena lakukan sesuatu,aku kena jadikan diri aku sihat.Aku sendiri tau,aku berisiko kencing manis!Tapi...aku cuba menafikan,aku buat tak tau...padahal,dalam hati...yakin!kalau aku teruskan corak pemakanan aku ni,tak mustahil....aku akan kena makan ubat diabetes tak lama lagi.Bila call mak...
Jaga makan nak ya..anak2 masih kecil,siapa yang akan jaga bbdk tu,makan ubat,jangan buat kerja teruk2..jaga diri jangan abaikan demi anak2 tu..pesan mak setiap kali aku menelefonnya.
Emak...emak cakap memang senang mak oi......kita yang menghadapnya.Betapa siksa menahan nafsu makan ni.Hari2 mesti minum kopi,walaupun tak manis tapi..tekak ni terasa kosong jika tak minum kopi tu..Nasi boleh tahan,cuma makanan2 manis cukup sukar nak aku lupakan.Azabnya....
Sebelum ni,hari2 aku hanya makan roti gandum.Pagi petang siang malam,hanya roti itu jadi teman.Kemana pun aku pergi...pengambilan makan amat aku titik beratkan,Lama kelamaan...rasa bosan juga kerana tak dapat menyamah semua makanan yang aku suka.Dalam hati,lantak lah!malas nak fikir....
Minggu depan,aku kena mulakan hidup baru,aku kena jaga pemakanan,bukan untuk cantik!tapi...demi kesihatan.Aku terpaksa walaupun aku tak suka.Aku terpaksa belajar menahan nafsu makan sendiri demi anak2 dan suami.
Tapi...mampu kah?


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK