BOIKOT LEGO

BELI MINYAK KAT SHELL DAPAT LEGO
Kali pertama nampak promosi tu,Alif anak ku boleh tercopong mulutnya.Dia menyimpan banyak koleksi permainan jenama ini.Setiap kali ke pusat membeli belah,kami terpakai membayar sejumlah wang hanya untuk lego.Tetapi sejak isu penghinaan terhadap Nabi,minatnya terus hilang......

Ibu!beli minyak dapat lego ke?tanyanya petang tu.
Ya..setiap RM40 kita boleh beli lego tu dengan harga RM12.90 satu,minat ke?pancingku untuk tahu sejauh mana teguh pendiriannya.
Taklah..kan lego ada kutuk Nabi...mana kita boleh beli..Jawapnya sambil mengalih pandangan
Betul lah tu...lego kutuk nabi kita,tak kan le kita nak sokong dia kan?jawapku pendek.

Masa berlalu...
Isnin lalu,aku isi minyak di tempat yang sama,penuh!Pak cik yang jaga pump kat situ,dengan gembira Pak Cik berkata...
wah!banyak boleh beli ni...kalau orang lain berebut2 nak beli,tak isi minyak pun nak beli...terang Pak Cik tu tanpa dia sedari hatiku berbalah!
Dalam hati aku berkata...macam mana nak tolak lego ni..kalau citer panjang lebar pulak jadinya!Pasti Pak Cik ni tak tahu apa2 atau mungkin juga tak pernah baca pun isu ni.
Aduh!...kacau betul lah Pak cik...buat aku serba salah!
Sebaik habis mengisi minyak,Pak Cik terus beri aku 3 bungkus permainan lego yang semuanya berharga RM47 sahaja.Sempat minta duit untuk dia bayarkan di kaunter.Dalam kepayahan,aku berikan juga RM50 padanya.Sebaik selesai....aku pulang sambil mencipta seribu alasan di kepala.
Sampai sahaja di rumah,aku berikan lego2 tu pada Alif.
Ibu kata..kita tak boleh beli lego2 ni...tanyanya kehairanan
Betul...kita tak boleh beli tapi...Pak Cik kat Shell tu rayu2 kat ibu supaya beli...kalau tidak,tokey dia akan marah kat dia sebab tak berjaya jual alat prmainan ni.Ibu kesian lihat muka dia...ibu beli le ..jawapku lagi
Terlihat kelibat Si kakak,dia terus menberitahu sesuatu yang kita sendiri orang dewasa tak peka dengan isu ni.Pada dia,isu ni sangat penting tapi..bagi kita...hangat2 taik ayam je,sekali ketuk sekali sedar!
Aina!awak jangan lalu kat Shell yg baru  tu tau..katanya
Kenapa pulak?balas Aina
Tak boleh...nanti Aina kena paksa beli lego2 ni macam ibu...terangnya panjang lebar
Ok...jawap si kakak terpinga2
Apa nak buat dengan lego2 tu?tanya si kakak
Ibu dah beli,aku main je..nak buang sayang lak!jawapnya sambil berlalu pergi

Aku yang mendengar hanya tersenyum penuh bangga ,pendirian Alif tetap utuh!masih ingat akan kutukan jenama lego pada Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan kekasih kita semua.
Kalau dulu..dia selalu minta untuk ke Legoland,kini tidak lagi ...bila aku cuba menduga,dia tetap tak berminat.Impiannya untuk ke Legoland terpadam sama macam nafsunya untuk membeli permainan jenama LEGO.
Bulan Disember ni,kita balik JB dan singgah ke Legoland nak tak?tanya aku padanya
Tak mahu lah!sambil mengerling ke arah aku dengan wajah penuh kehairanan.Mungkin dalam hati dia berkata2...apalah teruknya mak aku ni...sendiri citer sendiri belot!

Kebaikkan yang aku dapat ialah...tak perlu belikan sebarang permainan jenama ini.Semua orang tau,jenama ini..mahal2 belaka.walaupun dia beralih arah ke jenama lain,setidak2nya...budak sekecil ini sudah sensitif pada agamanya.Aku hanya akur pada keadaan...semuga anak2 ku menjadi insan berguna demi bangsa dan agama.Amin...




Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH