ANAK KE 5

AALIYA FARHAH

Alamak!dah lewat seminggu ni,apa nak buat?
Masa tu,aku kat JB,kelam kabut juga...ada juga makan pil untuk lancarkan haid,tapi...dia tetap utuh bersama diriku.Bukan tak gembira,tapi..tak bersedia untuk ada anak kecil lagi.Balik ke utara tanah air...aku beli alat uji kehamilan..2,3 kali juga aku cuba,keputusan tetap positif!Sah!aku mengandung anak ke 5!aduhai....letihnya badan...terkenang muka suami,yang selamba je tu.Rezeki memang ALLAH bagi,cuma aku sendiri empunya badan yang tak sanggup nak menanggung kepayahan berbadan 2!
Pergi meredah klinik sendirian..masa tu,kehamilan baru 1 bulan,doktor periksa,bayi dalam keadaan sihat.Antara suka dan tak...aku teruskan juga.Bila periksa darah,Sah!aku ada diabetis ketika mengandung..takutnya....apalah dugaan aku agaknya.Aku jadi serba salah,hati berbelah bagi...antara mau di teruskan atau pun tak,ikut doktor,semuanya normal,tapi...dek hati yang tak bersedia.Aku minta doktor gugurkan supaya tiada sesal kemudian hari.Masa tu,fikiran aku buntu...antara suka dan tak..di tambah lagi,diabetis yang bersarang dalam diri.Takut ada kesan2 sampingan pada bayi,atau ada kesan2 jangka panjang.Hati tetap berbelah bagi...gusar,bimbang dan berbagai2 lagi perasaan yang berkecamuk di jiwa.sepanjang kehamilan anak gadis ni,hati aku tak tenteram sebenarnya.Macam2 di fikirkan.Tapi...akhirnya,aku pasrah akan ketentuannya.
Kehamilan aku teruskan,insulin 2x sehari,di samping kena jaga pemakanan dengan baik.Berbagai persedian zahir dan bathin aku lakukan.Antara suka dan tak...aku tetap akan bersamanya.
Masa berlalu,aku jaga semuanya agar anakku lahir sihat dan kuat!Pemakanan sangat aku titik beratkan sehingga berat badan aku stabil...dari 63kg turun ke 57kg sahaja.Sepanjang,kehamilan...bacaan2 yassin dan doa agar dia sihat sentiasa aku praktikkan.Aku mengharapkan kesempurnaan bagi dirinya.
Setiap kali melawat doktor,acara scan paling aku tunggu...doktor akan menerokai seluruh badannya..kakinya,tangannya,denyut jantungnya..pendekkata...semuanya....
Aku lahirkan Aaliya dengan cara pembedahan,bukan tak boleh normal cuma keadaan denyut jantungnya dan lemah masa tu.Untuk tunggu proses kelahiran biasa,di khuatiri dia akan lemas dalam perut!Masa tu....doktor minta aku buat pilihan,samada nak cara biasa atau bedah sahaja.Buntu aku ketika itu,kalau normal..murah dan mudah!tapi...bila bedah,kosnya pasti mahal dan penuh cabaran!mana satu nak pilih ni...
Doktor...saya cuma pesakit,doktor pilih bagi pihak saya sahaja ya...pintaku.Doktor tu terus senyum dan berkata...saya tak boleh pilih untuk kamu,pilihan terletak di tangan kamu sendiri.Keadaan baby sudah lemah,jika kamu pilih bersalin normal...proses itu memakan masa yang lama dan baby akan terus lemah.Buatlah pilhan yang baik bagi diri kamu.
Masa tu....Yati,jururawat yang sedang menunggu menunjukkan signal bedah!sebagai pilihan utamaku..
Baiklah Doktor,saya nak di bedah!kata putus aku berikan.
Oklah,kalau macam tu....kita akan masuk ke bilik bedah pukul 3 nanti,semua persedian akan di buat mulai sekarang..perintah Doktor pada kakitangannya.
Mula2,mereka bagi aku pakaian hospital,ubat pancit untuk buang air besar dan mula berpuasa.
Sepanjang hari tu....aku hanya sendirian.Tak salahkan sesiapa,mungkin aku lebih selesa bersendirian di kala aku sedang menuju kehujung perjuangan,antara hidup dan mati!aku selalu pasrah dalam kehidupan ini.Tepat pukul 3 petang,aku di bawa ke bilik pembedahan,di sana...aku lihat semua kakitangan sedia menanti kedatangan aku.Suhu bilik tu sejuk betul,aku yang terpinga2 terus di letak diatas katil khas dengan tabir kain menutup antara dada dan perut.Tabir itu,untuk mengelak aku nampak apa yang mereka akan buat di bahagian perutku.Pakar bius lembut menyatakan nak mula memberi suntikkan.Semuanya nampak teratur dan pantas!Bius yang di beri buat aku kebas sebahagian sahaja.Dari dada ke kepala,aku tetap sedar...kaedah Epidural pilhan masakini.Terasa semuanya,cuma kita tak rasa sakit saja.Aku dapat lihat Doktor melakukan kerja tanpa mempedulikan aku yang terkebil2 memandangnya.Aku dapat rasakan tusukan pisau membelah perut,cuma tak rasa sakit je....aku dapat rasakan,Doktor menarik2 perut aku,namun...aku cuma tak rasa sakit,5 minit kemudian....AALIYA KELUAR dengan sekali pandang aje,mereka cuma akan tunjuk jantina dan memberi aku peluang menatap wajah di kecil tu sesaat sahaja.Semuanya tampak mudah dan selamat.Allah memberi aku kekuatan,ALLAH menyempurnakan semua itu.Doktor hanya membantu tapi..ALLAH yang menjayaannya.Syukur ke hadrat ilahi.Penuh kesukaran,akhirnya ....AALIYA lahir juga.
Selesai semuanya,aku di sorong ke ward,tiada rasa ngantuk tiada rasa apa2 pun...akhirnya aku sampai ke ward pilihan.
Tetiba,rasa mual..memberi isyarat pada jururawat,dia hanya turunkan bantal dan menasihati aku tidur tanpa alas kepala.Petua itu nampak membantu dan aku tidur tanpa sedarkan diri.Bila terjaga,suami dan anak2 sudah ada di sisi.Tak larat nak bangun,hanya baring sahaja.Semuanya berjalan lancar hingga esok,aku cuba nak bangun juga selepas tiub kencing di cabut.Berdiri sahaja,tap!perut rasa macam nak tercabut!sakit bukan kepalang..patut le orang kata,bersalin normal lebih mudah dan tak sakit.Bila cara pembedahan di pilih,Inilah yang bakal kita rasai...sakit,sakit dan sakit....belum lagi terbatuk atau terbesin!aduhai....tobat!
Pertama kali tatap wajahnya...rasa berdosa kerana ada hati nak mengugurkannya dulu,anak aku sihat,sempurna dan cantik.Aku genggam jarinya...subhanallah...lembutnya jari jemari ini,lembutnya kulit dia....cantik matanya....pendekata,dia sama mcm bayi yang lain juga.Cuma,istimewanya dia....dia mempunyai sejarah diabetis.Masa Doktor ambil darah untuk memastikan tiada diabetes pada dirinya...Tumit lembut itu di cucuk utk mengeluarkan darah bagi tujuan pantauan.3x Doktor ambil dan hantar ke Lab,syukur alhamdulillah...semuanya sihat.Namun begitu,potensinya besar untuk dapat diabetis bila besar nanti.Ya ALLAH...Lindungi anak aku ya ALLAH,kasihanilah ianya...sihatkan tubuh badanya dan jauhilah ianya drp sebarang penyakit.amin...
Kecilnya aku jaga dengan baik,aku harap dia membesar dengan akhlak diri yang terpuji.
Sekarang usia AALIYA 5 thn...si cantik ini,cukup kreatif,cukup sempurna dan cukup berdikari.Semuga dia akan membesar menjadi manusia bahagia di dunia dan di akhirat.Tak tergambar jika dia ambil ALLAH,walaupun semua yang aku miliki hak ALLAH,namun jauh di sudut hati...aku ingin bersamanya hingga bila2,tidak terlintas langsung untuk kehilangannya.Ya ALLAH,panjangkan usia anak2 aku,selamatkan mereka ,bahagiakan mereka di dunia dan di akhirat.Cemerlangkan mereka,jadikan mereka manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat.Amin.amin....amin...
Apa yang aku perlu simpan dalam hati...beringat sebelum kena,dan akan terus beringat agar dia terhindar drp kesan Diabetes yang lalu...walaupun peratus dia bakal mengalami nasib yang sama seperti aku anat tinggi,aku sentiasa memanjat doa agar ALLAH sentiasa melindunginya.
Adik...ibu sayang adik....




Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK