Posts

Showing posts from November, 2012

BERAT NAIK!

OMG!

Diam tak diam,berat badan dah naik,perut dah macam orang mengandung 5 bulan!buruk beno aku lihat.Semalam,cuba baju untuk kerja kahwin ahad ini,semua tak muat tang perut!cuba buka dat kat belakang baju tapi...tetap nampak perut yang membusut!aduh!sakitnya jiwa... Perancangan awal nak pakai baju songket,walawehhh..teringin nak bersongket!tapi...lihat perut je...mood terus hilang,cuba pula jubah,nampak buruk di perut juga...akhirnya...baju kurung terpaksa aku pilih.Tak dapat nak buat apa2..daripada melucah!baik le aku bersopan... Sejak raya lepas,aku dah tak mengawal makan,mungkin juga diabetes aku pun naik juga....aduhai...bagaimana nak tahan nafsu makan ni,walhal,aku makan bukan le banyak sangat,tapi...mungkin gula,susu pekat manis telah membantu menaikkan berat badan dan kandungan glukos sekali gus!
Tak boleh jadi,aku kena lakukan sesuatu....tapi...bagaimana?buntu di buatnya.Sebelum ni,berat aku sekitar 53kg tapi...kini dan naik 4kg.Nampak sikit tapi..kesannya sangat besar!meliba…

CUTI SEKOLAH

106 OH!INDAHNYA IMAN

Sepatutnya,cuti sekolah aku boleh rihat sikit,tapi...tidak lah!sibuk dari pagi hingga petang.Semua anak2 ada di rumah,yang sulung cuti sem,yang ke 2 sibuk dengan SPM nya....yang bujang,macam biasa...rilek je...dan yang kecil 2 orang ini buat aku sentiasa sibuk!grrr...
Bangun seawal 6 pagi,lepas subuh terus turun ke bawah untuk menyediakan sarapan pagi.Seperti biasa,tepat pukul 7,siaran TV kena bertukar kepada astro 119,jika tak...mulut aku akan kumat kamit marah kat anak2 sebab tak minat langsung menonton rancangan berunsur keislaman.Untuk mendidik anak2 ke arah kebaikkan sangat mencabar!kebanyakkan mereka langsung tak minat!bagi mereka rancangan2 sebegitu hanya sesuai untuk aku je.Untuk mereka,hiburan,kartun sahaja yang lekat di hati.Tapi...aku tak melayan,setiap pukul 7,rancangan Tanyalah Ustaz,setiap hari sebelum azan,akan berkemundangan Indahnya Iman di rangkaian Astro 106.Jika mereka tak tukar,aku akan kumat kamit memarahi mereka...
Kenapa tak tukar?kan hari2…

ERTI SEKEPING PHOTO

Image
SEKEPING GAMBAR MAMPU BUAT AIR MATA KITA KELUAR
SIAPA KATA HATI AYAH KERAS MACAM BATU!

Kasihnya ibu Membawa ke syurga Dan kasih saudara ,masa berada Berkorban raga,rela binasa Berkorban nyawa,tandanya kasihnya
KASIHNYA AYAH SANGGUPKAH BERPISAH DAN KASIH ANAKNYA BERKORBAN RAGA BIAR PUN JIWA,AKAN TERSEKSA IKHLAS DAN RELA,ASALKAN BAHAGIA
Kedua2 gambar ini,memberi gambaran sebenar hati seorang ayah.Biasanya,seorang ayah akan leka dengan kerja2nya.Kita jarang melihat,seorang ayah mengusung anak2 ke sana ke mari.Kita jarang lihat seorang ayah mendakap mesra anak2 jika di bandingkan dengan ibu.Ayah biasanya,di anggap sebagai sumber pencari rezeki,dan kesibukkan mereka menjarakkan hubungan anak2 walaupun mereka sangat sayang pada anak2 itu.Bagi Ayah,kasih sayang hanya di tunjukkan dari segi meterial,memberi kehidupan yang sempurna itu tanda kasih sayang ayah sebenarnya.Kita selalu fikir,ayah tak mempedulikan kita kerana ayah jarang tanya khabar kita.Hakikatnya,ayah akan bertanya melalui ibu,…

SUNNAH NABI

MANDI BERSAMA....
PERNAH MELAKUKANNYA?BARU2 KAHWIN MUNGKIN KOT?TAPI...DAH BERANAK PINAK NI..RASA2NYA...DAH TAK DE ADEGAN BEGITU LAGI.BUKAN TAK MAHU TAPI...TIDAK BERKESEMPATAN!LAGI PUN..MALU LE ..SELULIT DAH BANYAK MELIAR DI PERMUKAAN KULIT,PERUT PUN DAN MACAM AGAR2!ALASAN LAGI SATU IALAH....BILIK AIR ADALAH SEBUAH TEMPAT PALING ISTIMEWA UNTUK KITA.DI SITULAH KITA MELEPAS SEGALA BAHAN PERKUMUHAN YANG DI KANDUNG DEK BADAN,KAT SITU JUGA..KITA MEMBELAI MANJA BADAN KITA NI..WALAUPUN DAH TAK MENARIK,SETIDAK2NYA KITA TAK MALU UNTUK MEMBELAINYA SENDIRIAN. SAYA JUMPA ARTIKEL INI DAN NAK KONGSI DENGAN SEMUA...YANG BAIK DATANG DARI ALLAH DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI KITA .....MANUSIA...

Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.
Imam Al-Bukha…

AL FATIHAH

KENANGAN ABADI BERSAMA AZLINA MOHD

Mengenalinya hanya beberapa thn sahaja,namun....kenangan bersamanya sangat banyak!Dia isteri kepada adik lelakiku.Pada awalnya,penerimaan kami biasa2 aje...setelah di sahkan mengidap penyakit kerosakkan buah pinggang dalam tempoh baru sebulan berumahtangga,sejak itu susah senang kami tempuhi bersama.
Arwah meninggalkan kami pada 29hb Ogos 2005,meninggalkan seorang anak yang lahir daripada kesungguhannya sebagai pesakit buah pinggang.Beliau sangat baik dan kami seklrga menyayanginya sepenuh jiwa dan raga.Beliau tidak hebat,beliau tidak secantik artis!namun....ada sesuatu yang membuat hati kami tertambat padanya.
Sepanjang hidup bersama....beliau ringan tulang...suka melayan kami dengan hanya membuat jemput2 ikan bilis di hidangkan bersama sambal kicap,air teh o dan teh tarik setiap kali kami singgah di rumah mak.Kebiasaannya,pulang dari kerja kami akan singgah sebentar untuk minum petang di rumah mak...itu sahaja hiburan yang kami ada.Anak2 juga turut…

MCD

Image
MCD BERI BURGER FREE?
Betul ke?Jangan main2 weh!mana mungkin MCD sebaik tu...apa mimpi tokey MCD semalam kan?Sehingga tergamak memberi burger free untuk 1000 pelanggan awal.


Dalam segelintir masyarakat memboikot MCD,masih ada lagi yang sanggup beratur panjang semata2 untuk mendapatkan burger percuma ini.Memboikot MCD sebenarnya kerja sia2 je....makanan yang terdapat di restoran tu..enak,cepat dan menyelerakan.Kata le apa pun.....masyarakat tak ambil pusing kerana makanan yang terhasil dari restoran ini sememangnya di gemari ramai.Lambangnya sahaja sudah cukup buat orang berselera untuk menjamu selera drp pergi ke kedai2 mamak yang bagai cendawan tumbuh di muka bumi ini.Apa pun kita kata,segelintir masyarakat tak akan ambil pusing pun....katalah apa pun,tiada siapa yang akan sedar...dan jauh sekali ingin membantu,apatah lagi bangsa lain.walaupun terbukti bangsa2 di luar negara lebih peka drp kita.Bila baca kenyataan mcm ni,ramai yg marah pastinya...tapi...hakikatnya begitulah...
Paling…

BOIKOT LEGO

BELI MINYAK KAT SHELL DAPAT LEGO
Kali pertama nampak promosi tu,Alif anak ku boleh tercopong mulutnya.Dia menyimpan banyak koleksi permainan jenama ini.Setiap kali ke pusat membeli belah,kami terpakai membayar sejumlah wang hanya untuk lego.Tetapi sejak isu penghinaan terhadap Nabi,minatnya terus hilang......

Ibu!beli minyak dapat lego ke?tanyanya petang tu.
Ya..setiap RM40 kita boleh beli lego tu dengan harga RM12.90 satu,minat ke?pancingku untuk tahu sejauh mana teguh pendiriannya.
Taklah..kan lego ada kutuk Nabi...mana kita boleh beli..Jawapnya sambil mengalih pandangan
Betul lah tu...lego kutuk nabi kita,tak kan le kita nak sokong dia kan?jawapku pendek.

Masa berlalu...
Isnin lalu,aku isi minyak di tempat yang sama,penuh!Pak cik yang jaga pump kat situ,dengan gembira Pak Cik berkata...
wah!banyak boleh beli ni...kalau orang lain berebut2 nak beli,tak isi minyak pun nak beli...terang Pak Cik tu tanpa dia sedari hatiku berbalah!
Dalam hati aku berkata...macam mana nak tolak lego ni.…

AL FATIHAH

Image
ROSTAM BAKAR
Ada dengar apa2  citer?msg yang aku dapat tghari semalam.
Tak de..apa hal?kalau ko orang tak citer mana lah aku tau...jawap aku selamba
Rostam kemalangan kat Seremban.sekarang kat ICU tak sedar 2 hari dah...dia ikut Jelajah 1MALAYSIA tu..panjang kwn aku bermsg
Teruk ke?tanyaku sambil menahan sebak.
Teruk,dia jatuh sendiri,mungkin letih atau terlelap kot..sekarang ni 50-50 je..msg nya lagi
Oh ya ke?aku tak tau lah...kalau ada apa2 nanti,ko org bagitau tau...muga2 Tam selamat doaku dalam hati.

Petangnya...
Rostam dah tak de...sms dari Ita,isterinya...
Dam!rasa jantung berhenti sama dengannya,tak sangkanya..ALLAH ambil dia seawal ini.Walaupun aku tau ada hikmah di sebalik kejadian,Tapi..sebagai manusia,kita tetap rasa hampa kerana kita tak mungkin jumpa dia lagi.Aku tak mempersoalkan mengapa dia pergi sbb dia hak ALLAH,begitu juga aku...Seandainya ALLAH nak ambil aku pun,sekelip mata aku akan pergi meninggalkan semua yang aku sayang.
Sepanjang kenal Tam,tidak sekali pun aku …

KELAS DEWASA

SETIAP PETANG PUKUL 5.30

Aku sering di ajak ke kelas2 agama yang ada di sekitar tempat tinggalku.Walaupun sering di pelawa...aku juga sering pula mengelak daripada mengikut mereka dengan 1001 macam alasan.Bukan tak minat tapi...aku punya alasan yang kukuh untuk mengatakan tidak!Tiada orang nak ambil anak,tiada orang nak jaga anak dan tiada orang nak buat itu dan ini.
Kebiasaannya,kelas2 begini di adakan pada waktu petang atau awal pagi.Sebagai surirumah tangga,waktu2 beginilah saat paling penting untuk menyelesaikan urusan rumahtangga,mengemas,memasak dan mengambil anak2 pulang dari sekolah dan seterusnya menghantar anak2 untuk sesi persekolahan petang.
Tugas aku merangkap segala2nya,tukang kemas,tukang masak,tukan kebun,tukang cuci dan pemandu van sekolah.Semuanya aku lakukan tanpa ganjaran.Mengapa?kerana itu sahaja lah jalan terbaik agar urusan rumahtangga sempurna.Aku tak boleh bebankan suami kerana hanya dia yang mencari rezeki buat kami.Ini sahaja pengorbanan yang aku boleh beri …

ANAK KE 5

AALIYA FARHAH

Alamak!dah lewat seminggu ni,apa nak buat?
Masa tu,aku kat JB,kelam kabut juga...ada juga makan pil untuk lancarkan haid,tapi...dia tetap utuh bersama diriku.Bukan tak gembira,tapi..tak bersedia untuk ada anak kecil lagi.Balik ke utara tanah air...aku beli alat uji kehamilan..2,3 kali juga aku cuba,keputusan tetap positif!Sah!aku mengandung anak ke 5!aduhai....letihnya badan...terkenang muka suami,yang selamba je tu.Rezeki memang ALLAH bagi,cuma aku sendiri empunya badan yang tak sanggup nak menanggung kepayahan berbadan 2!
Pergi meredah klinik sendirian..masa tu,kehamilan baru 1 bulan,doktor periksa,bayi dalam keadaan sihat.Antara suka dan tak...aku teruskan juga.Bila periksa darah,Sah!aku ada diabetis ketika mengandung..takutnya....apalah dugaan aku agaknya.Aku jadi serba salah,hati berbelah bagi...antara mau di teruskan atau pun tak,ikut doktor,semuanya normal,tapi...dek hati yang tak bersedia.Aku minta doktor gugurkan supaya tiada sesal kemudian hari.Masa tu,fikiran …

CUTI SEKOLAH

ANAK SUKA,IBU TAK RELA

Cuti sekolah?menakutkan dan mengerikan tapi...melegakan bilamana kita tak perlu tergesa2 untuk menghantar mereka ke sekolah seperti biasa.Walaupun kita kena juga bangun pagi mcm selalu,tapi...setidak2nya,kita tak perlu terkocoh2 untuk menguruskan mereka.Yang dimaksudkan menakutkan itu ialah....bila mereka ada di rumah,suasana jadi lintang pukang!dapur tak berhenti berasap,singki sentiasa penuh pinggan mangkok,baju pastinya menggunung tinggi dan TV 24jam bersuara!Opss!!hampir lupa,suara orang ketawa,nangis akan silih berganti..suasana yang buat aku cepat STRESS!

Masa aku tinggal di Selatan tanah air,cuti sekolah atau cuti apa pun,kami tak merasa sangat kerana banyak kegiatan yang boleh kami buat bersama2 saudara mara.Tapi..bila aku dah tinggal di Utara tanah air ni...aku rasa,tak tau nak kemana atau selangkah je mesti bermodal.Kami kesunyian sebenarnya,kami tak de sesiapa kecuali sahabat handai,bukan mereka tak menghiburkan tapi..sejauh mana le kita nak berhubung…

KAMPUNGKU YANG INDAH...

Image
DAN PERMAI


Aku di besarkan di kampung je,seronok sebenarnya hidup dalam suasana kampung.Mandi di perigi,api hanya pelita minyak tanah dan makan apa yang ada aje.Serba serbi sederhana...

Awal pagi,kami akan di kejutkan dengan kokokkan ayam jantan yang sangat peka dengan waktu,tak perlu jam loceng,ayam jantan tidak akan menghampakan...tepat masa setiap pagi...kokokokokkkkkk!!!begitulah saban pagi kokokkan itu pasti berbunyi,ianya menandakan subuh sudah datang lagi.Masa ni,kami masih mengunakan sistem air cara kuno,perigi...airnya sejuk hingga ke tulang!kalau mandi memang mengigil tak hilang....errrr..Selalunya,perigi bukan berdekatan dengan rumah,ianya terletak sedikit jauh dari tapak rumah.Begitu juga,perigi atok...untuk sampai ke sana,kita kena susuri laluan kecil yang kiri kanannya belukar kecil.Sejuk jangan di kata le..tergigil gigil selepas mandi,gigi bertemu dan tergesel sehingga berdecit decit bunyinya.

Selepas mandi,kami mesti sembahyang subuh sebelum memulakan rutin harian.Atok…