UMRAHKU

CATATAN KE TUJUH TIGA

Aku sebenarnya nekad!jika ikut kemampuan,aku rasa aku tak layak pun pergi...Kurang ilmu aku ni...masih banyak yang aku perlu pelajari,apa yang aku tau sekadar dapat ilmu melalui pembacaan je...
Kehidupan harian aku sangat sibuk!Mungkin orang akan kata aku saja beri alasan,tapi...jika ku susun jadual harian aku ni...madang sibuk,dari pagi hingga ke malam!tak sudah sudah menguruskan keluarga.Pada aku selagi anak anak tak besor panjang,selagi itu lah tenaga aku penting untuk menguruskan kehidupan mereka.Bila fikir balik,mati tak tau bila...itu yang buat aku gagahi jua.Jika nak fikir semuanya,aku tak akan kemana mana!

Ya Allah...permudahkan jalanku Ya Allah...Permudahkan urusanku juga....amin..

Dalam nekad,hati terdetik juga...bila nak belajar ni...Walaupun Umrah tak seperti haji,tapi...tetap ada adab adab yang aku kena ketahui.5 rukunnya juga aku kena betul betul tau...Mohon Allah permudahkan semuanya.Aku takut aku tak dapat melakukannya dengan baik tapi..aku yakin...Allah ada! dan dengan keizinannya aku pasti dapat melakukannya dengan baik..Mudah mudahan...

Bila ingat anak anak juga,buat aku serba salah,boleh ke anak ku yang kecil menerima ketiadaanku selama 13 hari tu..mampu kah orang orang sekelilingnya memelihara si kecil comel aku tu..Kat sini juga aku yakin pada Allah...hanya Allah yang dapat membantu aku menyelesaikan masalah ini,dengan keyakinaan yang ada,aku rela meninggalkanya di Malaysia.Aku bukan pergi melancong tapi...aku nak lakukan ibadah!aku nak ziarah makan nabi...aku nak lihat sirah nabi, aku nak kunjung Mekah dan aku nak kunjung Madinah dan yang paling penting...aku nak menyatakan sesuatu dalam hati terus padanya.Sebelum ni,aku hanya belajar,membaca mengenainya sahaja...kali ini,aku nak pergi ke tempat tempat sejarah ini.Aku sangat teruja!aku sangat berkeyakinan untuk ke sana bersama suami,anak dan mak...aku sentiasa berkeyakinan pada Allah.Semuanya dengan izinnya.

Satu lagi....aku nak bersama emak,jalan sama sama,pimpin tangan lembutnya,uruskan semua keperluannya...mungkin lambat pergerakkannya tapi...aku ingin melayannya sebaik baiknya,walaupun aku tak tergambar dugaan menjaga atau melayan kerenahnya,namun...nawaitu aku hanya ingin menunaikan umrah bersama emak sekali dalam hidup ini.Tiada apa yang aku dapat berikan padanya,hanya ingin melihat dia gembira di hujung usia.Mungkin ini sahaja kenangan yang aku ada,Sejak mendirikan rumahtangga,aku dah lama tak melayannya dengan baik..kesibukkan diri buat kita tak perasan nak belai rambutnya,nak potong kukunya dan nak bantu apa yang patut.Aku tak menyalahkan sesiapa,tuntutan hidup buat kita tak berkesempatan ke arah itu.Sebaik menikah sahaja,tugas kita sudah tidak untuknya,tapi....untuk keluarga.Tapi...jika berkesempatan,tak salah kita cuba menyenangkan hatinya.Bersyukur pada allah kerana mengurniakan seorang suami dan menantu yang baik untuk mak tumpang kasih sayang yang ada.Pohon agar sikap baik suami berkekalan hingga bila bila.....amin...

Ya Allah....permudahkanlah urusan kami...amin...




Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH