UMRAH

UMRAH DAN AKU

Hajat di hati nak bawa mak.Hanya ini sahaja yang akan mengembirakannya.Bukan emas belian yang dia hajati tapi..nak ke Mekah lagi.Tak puas hati katanya,walaupun dah 2 kali ke sana.
Pada awalnya,aku nak bawa anak anak kesana,di sebabkan anak anak aku masih kecil,aku rasa lebih baik aku bawa mak.Jasa mak terlalu banyak,tak terhitung banyaknya...dalam hati aku berkata...apalah salahnya aku mengembirakannya selagi mak bernyawa.Anak anak.. mungkin ada  rezeki kita boleh ke sana,tapi...biarlah ibu bawa atok dulu ya...


Mak dah tua,umur pun dah hampir 72thn.Kesihatan pun tak begitu baik terutama bahagian kaki,atas sebab itu,aku mahu memberi tumpuan kepadanya.Mungkin jika aku bawa anak anak..aku akan sibuk dengan mereka dan mak akan terabai.Perkara paling aku bangga sekali,bila suami tak langsung membantah!bila aku cadangkan nak bawa mak,dia langsung tak berkata apa malah terus bersetuju...Terima kasih my darling,hanya ALLAH akan membalas kebaikkan kamu itu.
Perancangan awalnya juga,kami pergi bertiga,tapi..setelah di fikirkan sebaik mungkin kami akan bawa anak bujang kami bersama mungkin dia boleh membantu dan menemani ayahnya sewaktu aku sibuk dengan mak.


Aku mendaftar hampir sebulan yang lalu,belum bayar apa apa pun kerana belum ada kata putus samada trip kali ini mendapat visa atau tak...masa berjalan,aku menunggu bagai buah tak jatuh!
Aku bertindak sendiri,dengan terus menelefon agensi yang menguruskan penerbangan kali ini iaitu...TH Travel..
Jawapannya..insyaallah,insyaallah dan seterusnya isyaallah...
Siang tadi...jawapan yang aku dapat daripada Pengurus besar Tabung Haji di tempat kami ialah....tarikh 10hb yang aku pilih itu sudah penuh!walhal...baru aku telefon pada hari jumaat,mereka memberi arahan agar aku buat pembayaran RM500 setiap penama sebagai cagaran.Hari ini,dah penuh!ada kepatut??
Aku telefon mak,aku minta mak doa banyak banyak agar ada ruang untuk kami dan ALLAH permudahkan setiap urusan kami.Esok aku akan menapak lagi ke Tabung Haji...aku hanya mohon agar  ALLAH sudi menerima kedatangan kami, insan yang penuh dosa...


YA ALLAH,aku baru sekali datang sebagai tetamumu...aku baru sekali nak menatap makam nabiku..aku baru sekali nak mengunjungi semua tempat yang bersejarah dalam islamku.Aku telah membacanya sejak dulu lagi...dulu dulu....bila aku melihat gambar makan nabi...dalam hati aku hanya satu...aku pasti ke sana,aku mahu melihatnya sendiri,aku mahu menyaksikan semua peninggalannya sendiri,dengan mataku sendiri dan dengan pengalamanku sendiri.Aku dah puas mendengar cerita orang,kali ini....aku mahu melihat dan merasainya sendiri...Permudahkan urusan ku ya ALLAH..amin...

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK