SELAMAT HARI RAYA EDIL ADHA

CATATAN KE ENAM PULUH DUA



Jatuh pada hari jumaat, bermakna aku tak dapat nak balik kg...huhuhu!!!
Suami kerja hari sabtu dan anak2 sibuk dengan persediaan exam,letih nya bila ingat semua ni....
Tapi...di sebabkan kami tiada saudara mara,kami mencari hiburan sendiri dengan bercuti di Penang!Seronoknya......lapang dada,luas pandangan mata dan anak2 turut gembira..
Aku sebenarnya nak kekalkan tradisi menyambut setiap raya...iaitu dengan memasak dan sebagainya.Tapi..di sebabkan rutin hidup kita zaman kini,sangat mencabar!Cuti2 begini lah...kita baru mampu menenangkan hati.Maka,aku dgn terpaksanya...telah menempah bilik di Bayview selama 3hari 2 malam!ish,ish,ish...raya2 gi berjalan,dah mcm org cina je...itu kata hati,tapi...apa nak kesah org kata apa,yang pasti kita tetap sambut dgn cara sepatutnya...sembahyang raya dan makan makanan yang menjadi kelaziman di pagi raya,tak lupa juga...takbir!
Di pagi raya,sempat juga aku buat soto dan beli lemang serta rendang tok!

Aku ada satu citer,ianya berlaku lama dah...jiran mak aku tu orang Spore,masa hari raya haji..seperti biasa,mak sediakan juadah di atas dulang untuk di hantar ke rumah jiran2,Masa anak2 hantar kerumah org Spore ni...dia terperanjat beruk!
Ada apa ni?
Hari ini hari raya haji mak cik..
ya ke?mak cik tak tau pun...
Anak2 hanya tersenyum je tanpa membalas kata2nya itu...
Bila sampai di rumah,mereka pun dgn kepohnya menceritakan semula kpd kami.Tercunggap2 bagai di kejar anjing lagaknya
Persoalanya:
Anak,suami dia cuti,bagaimana mungkin anak atau suami dia tak bagitau
esok hari cuti...
Beliau mesti jawap,cuti sempena apa?
Suami dia pasti akan jawap...hari raya haji le..
Isteri pasti akan kata....OOOOOOOOOOO....
Tak ke gitu dialog normal manusia?
Bila terjadi hal sedemikian,rasa sangat kita dah tak ambil tau banyak benda dalam kehidupan kita,kita dah unpama hidup hanya untuk makan,hiburan dan tido je...perkara lain?biarlah...asalkan perut kenyang!
Baru2 ni pun terjadi hal yang sama..jiran masih tido di kala org lain sedang bertakbir!Jika tak sambut secara besar2an,cukup le sekadar bersederhana,setidak2nya anak2 akan mewarisi contoh yang kita telah bagi pada mereka wpun tak penting pada mereka.Sekurang2nya apa yang kita patut titik beratkan tidak tenggelam dek arus kemodenan.Bayangkan lagi 10thn?jika kita tak berusaha untuk memperkenalkan perayaan yang kita ada,di khuatiri mereka akan terikut2 menyambut perayaan lain yang biasanya akan di sambut penuh meriah.Sedih juga bila lihat anak bangsa kita seolah2 lalai dgn budaya kaum lain,pada mereka,Islam agama tua yang penuh dengan pantang larang!Pada mereka mungkin Islam itu mundur..tak memberi mereka kemahsyuran..
Lihatlah sekeliling kita,agama kita terpinggir di bumi sendiri.Orang Islam  takut dan benci pada islam itu sendiri.Amacam?
Tak tau nak kata apa lagi...aku takut,hari2 mendatang,bila lihat kekejaman Syiah,kita perlu lebih kuat mengisi ilmu di dada anak2,agar berpegang teguh pada agama.Doakan agar mereka tetap terlindung daripada semua kesesatan.Dunia sudah hampir ke garis penamatnya,hanya ALLAH yang maha mengetahui bila berakhirnya sebuah penghidupan...huhuhu...takutttttt

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK