ISU JAKUN

BILA ITIK DAN AYAM BERBICARA

Aku baru dapat seorang kawan yang bernama JASNI AMAT.Dia add aku,bila lihat dia kawan kepada seorang rakan yang memang aku kenal sekian lama..tanpa fikir panjang aku pun .... LULUS!
Hanya beberapa minggu je dia menjadi rakan FB aku..
Nak di jadikan cerita,semalam aku berbalas komen dengan dia,banyak isu semasa yang aku loyar burukkan.Macam macam isu le yang kami perkatakan sehinggalah aku tertulis JAKUN!tetiba je...dia melenting balas komen aku..macam macam perkataan keluar!Tambah marah lagi bila aku like komen komen dia...aduh!Jasni...tak sangka pula kamu boleh marah yang amat sangat...Pada aku Jakun tu perkataan yang menunjukkan kita tak tahu atau tak pernah lihat sehingga kita akan kata..weii!!jakun betul lah ko ni...
Aku dah kelam kabut sebab komen komen tu kat wall beb!!!malu sehhh!!tanpa fikir panjang aku pun msg kat dia minta maaf sebab tertulis perkataan JAKUN tu..aduh!marah sungguh!panik mak ko...
Panjang lebar le aku mohon maaf sebab dah menyinggungkan perasaan dia dan takut juga dia buat sesuatu yang tak wajar!
Aku tak terniat apa2 pun...ish...bodohnya aku ni...tak perasan apa apa pun masa lihat profilenya..aku lihat sekali imbas je...kecuaian aku telah membuat hati seorang kawan baru terluka.Mungkin selama ini,kita suka memperlekehkan orang asli sehingga mereka rasa terpinggir.Dalam diam,mereka menyimpan perasaan dan sentiasa fikir masyarakat melayu dan bangsa yang lain akan mengutuk mereka dan memandang rendah kepada mereka.

Bila aku baca dengan teliti profile dirinya,barulah aku jumpa jawapannya...Beliau sememangnya dari suku kaum JAKUN!Pang!!! rasa pecah kepala aku ni...bagaimana le aku boleh terlepas pandang mengenai dia..patut pun dia marah bagai nak gila!


Tiada langsung niat di hati nak kutuk dia,kejadian berlaku secara spontan je...itu sebab ada pepatah berkata...jangan suka sangat ,nanti menangis.....
Kesilapan besar bila kita melukakan hati orang orang macam Jasni Amat.Mungkin dulu mereka jauh ketinggalan,tapi...kini...keadaan berbeza,mereka dah jauh lebih maju dan membanggakan...Mana sangka rakan FB ku dari suku kaum paling istimewa.Aku sangat bangga,aku boleh mengenali mereka dengan lebih rapat dan memahami lebih mendalam masyarakat mereka.

Maaf Jasni,akak akan kenang semua ni sebagai satu pengajaran yang berguna...di antara kawan kawan yang kita miliki itu..tak semuanya sama bangsa atau sama keturunan dengan kita..Akak akan lebih berhati hati ketika meLULUSkan permohonan seseorang yang hendak berkawan dengan kita.Tak mahu lah pisang berbuah dua kali....Maafkan akak ya Jasni...

Jawapan yang buat aku hiba..tak apa lah kak kita lupakan semua tu k antara kita 00........






Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH