PEKAN KECIL PARIT BUNGA MUAR

KENANGAN SEIRING JALAN..

Aku pernah tinggal di sini pada suatu masa dahulu,lebih kurang 5thn lamanya.Aku tinggal bersama dengan atok lelaki dan perempuan.Masa awalnya suka le...ada macam macam buah tempatan di sekitar aku.Hendak duku,pandang atas dan petik!nak rambutan....di mana pun boleh di dapati,durian,manggis,langsat dan lain lain lagi.Masa musim buah,kebun orang kebun aku,kebun aku tetap kebun aku...balik sekolah,boleh singgah makan rambutan di tepi tepi jalan,petik dan makan..rambutan merah,kuning serta gading di petik di hujung jari je..tapi...mesti bersopan,petik elok elok..jangan sampai merosakkan pokok.Jika aku buat onar...pasti atok akan tau!ish,ish,ish..orang kampung aku ni memang kuat mengadu.Cucu ketua kampung tak boleh buat silap!mesti jadi contoh terbaik untuk penduduk tempatan.Masa aku tinggal di sini...aku macam anak anak lain juga cuma aku tak punya emak bapa je...Atok lelaki aku,Ketua Kampung yang di lantik berpenggal penggal..mungkin daripada awal kampung tu di buka,dia dah di lantik jadi ketua kampung kot?tu  yang lama bebenor...Uda Mail nama paling senonim untuk atok.

Sebagai cucu ketua kampung,aku kena jaga perilaku,tak boleh sombong sombong dengan orang kampung,kena bertegur sapa jika bersua dengan penduduk kampung..Antara sebutan yang kerap aku gunakan ialah....TOK........dan senyum!Jika terlepas pandang,tak sempat sampai di rumah atok dah tau...Kenapa tak tegur si polan dan si polan...?aduhai.....payah kawan dengan orang orang tua ni...tak rock!

Zaman dulu dulu,jalannya kecil aje..bertanah merah lak tu..kalau baru di turap dan hujan..memang payah le nak jalan,habis kasut tayar basikal lekat dengan tanah becak tu..daif betul!Setengah perjalanan kita kena bersihkan tapak kasut atau tayar basikal dengan ranting kayu yang dah di bawa awal awal.Jika tak...nak angkat kaki pun payah!apatah lagi tayar basikal...kelakar sungguh!sampai sekolah dah comot balik.Apa nak buat ....itu aje peruntukkan yang di beri,...redho je le...

Zaman aku dok kat situ pun,api belum ada...nak masuk api pun payah!orang kampung berkira betul...paling aku ingat ...seorang perempuan telah 'meruntuhkan' sebatang tiang letrik gara gara tidak mahu tiang itu terkena pokok duriannya.Pak Puk Pak Puk...di galinya sekitar tiang itu sehingga tumbang!geleng kepala atok melihat gelagatnya.Nak bagi letrik pun susah!orang kampung memang degil dan payah nak di ajak berunding.Hingga sekarang tiang yang di alihkan tu masih kekal di kiri jalan!Aku tak pasti pula samada perempuan tu masih ada atau dah tinggalkan pokok duriannya untuk ke alam barzakh!hehehe...
Dalam kepayahan,akhirnya api berjaya di masukkan dan kampung ku terang benderang juga akhirnya...
Itu baru api,belum lagi air...masa aku dok situ...guna air perigi je..seronok mandi air perigi,sejuk..jika pagi pagi...biasanya tak mandi pun..basuh muka je..colek kat mata kiri kanan je...masuk bilik air pura pura mandi tapi...ada tektik brooo...curah air kat kaki..konon konon mandi,tapi...mak cik aku cerdik!keluar je...dia akan rasa seluruh badan!jika masih kering maknanya aku tak mandi,kena cubit dan kena mandi balik!Sakit jiwa.....sejukkkkk...
Masa air paip masuk kampung,airnya kecil je..mujur le aku masih kecil boleh le,mandi kat tempat meter,atok cabut meter dan tadah air kat situ,kalau nak tunggu sampai ke bilik air...maknanya...tak mandi le...

Suasana kampung sememangnya indah belaka,antara penduduk semua saling kenal mengenali,tak kira apa bangsa pun..hidup mereka muafakat,Orang cina di layan dengan baik,dan bangsa itu pun selesa bersama kami.Walaupun aku cucu ketua kampung,atok tak lah kaya...hidup ala kadar je...tiap tiap pagi aku jalan kaki je ke sekolah,setiap hari berharap ada orang yang akan tumpangkan aku ke depan.Rumah atok paling hujung lebih kurang 10 kilometer dari sekolah,seperti biasa,hanya mampu berjalan kaki setiap hari.Dalam perjalanan aku akan jumpa kubur,jumpa hutan,jumpa rumah berhantu dan jumpa rumah yang memiliki banyak anjing!penuh pancaroba hidup aku setiap hari....bila jumpa kubur aku beri salam..Assalamualaikum ya ahli kubur....dan jalan tanpa menoleh ke belakang.Mula mula dulu ada juga rasa takut,tapi...dah lama jadi alah bisa tegal biasa.Hutan dan rumah berhantu yang aku maksudkan tu kebun orang cuma tiada rumah sekitar tu...jikalau lalu kat sini,hati memang berdebar selalu...tapi...atok ajar,baca lah apa juga surah pendek agar hati tenang...
Kat sini juga aku ada memori yang aku ingat hingga sekarang.Dulu dulu..kami sekelas akan berlumba untuk datang ke sekolah paling awal!kebetulan,kami mana ada jam,jam kami hanya ikut ayam berkokok dan cahaya bulan je...Pada suatu hari,aku terjaga paling awal,tanpa melihat apa apa signal pun,aku bersiap untuk ke sekolah.Aku dah biasa jalan sendiri,tak jadi masalah untuk aku melangkah pergi.Aku berjalan dan terus berjalan...sehinggalah aku sampai di kawasan yang sunyi ini,dari jauh aku lihat kelibat seorang tua berbaju putih dan berserban serba putih juga.Jalan kampung tu kecil je..kalau biasanya ada pejalan kaki di kiri kami akan mengelak diri untuk jauh sikit ke kanan.Dari jauh aku dah bersedia untuk meyapanya seperti yang aku kerap lakukan kepada penduduk kampung di bawah jagaan atok.Jika aku tak menyapa,belum 1 jam!atok pasti tau..dan ini akan menjadikan isu besar dan aku akan kena marah!
Semasa kami betul betul berada di jarak yang paling hampir dan setentang...aku pun memanggilnya...TOK....dia paling dengan renungan paling tajam...sambil berdehem garang!aku tak memikirkan apa apa walaupun aku rasa pelik kerana wataknya sangat garang...sepuluh langkah ke depan...aku menoleh ke belakang dan..........aku tak nampak dia lagi,walhal...kawasan itu tiada penempatan manusia...apa lagi!aku lari sekuat hati dan lari terus lari.....dalam hati...siapa ya orang tua tu?perasaan takut mulai menguasai diri tapi...aku tetap teruskan perjalanan aku ke sekolah dalam hati yang masih memikirkan siapa orang tua itu?hantu ke?orang ke?entah lah...tapi..yang pasti...aku betul betul takut!Sementara di rumah,atok sibuk mencari aku,rupa rupanya...semasa aku keluar rumah,jam manunjukkan pukul 3 pagi!subhanallah...atok marah betul kat aku,masa aku cerita tentang orang tua tu...atok mengucap panjang,tulah...keluar lagi pagi pagi buta!mujur tak di ambilnya kamu..itu amaran pada kamu agar jangan keluar pagi pagi lagi...Sejak tu,aku akan keluar saing dengan  orang lain,jalan sama sama agar selamat.Dalam hati...serik!

Cabaran terakhir sebelum sampai ke sekolah ialah anjing!kat depan sebelum sampai ke jalan raya,ada sekeluarga bangsa cina membela hampir 5 ekor anjing.Jika nampak kita,anjing itu akan kejar dan bising,Ianya sangat menakutkan dan menyusahkan.sebelum sampai sini,dari jauh aku akan ambil kayu sambil mulut kumat kamit baca surah,apa aje surah aku baca asalkan jiwa tenang..bab ni..ikut nasib kadang kadang anjing anjing itu tidur atau keluar kawasan!hehehe...masa ni...aku akan melintas rumah tersebut dengan lenggang kangkung je...Jika ada,aku akan memberi isyarat seolah olah akan memukulnya dengan kayu yang aku bawa tu...

Semasa di kampung,aku tak seperti orang lain,aku jarang dapat bermain main kerana atok sangat mengawal kami.Hidup aku hanya kesekolah dan di rumah je..tugas yang paling buat aku stress!ialah menangkap anak ayam untuk di masukkan ke dalam raga di bawah rumah!faham faham le...ibu ayam kan garang,kita kejar anak dia,dia kejar kita dan petuk!aku cukup sakit jiwa bila atok suruh aku...tangkap ayam!aku akan kejar sehingga dapat,aku keluar pagar,dia masuk pagar..kadang kadang terpijak sampai keluar isi perut!Zalim?mana ada zalim..masa tu...apa yang aku tau...sakit hati aku berbalas dengan kematian anak ayam itu...Padan muka!aku penat kejar ko,aku kedalam ko keluar,aku keluar ko ke dalam...citt!
Lagi satu tugas ialah....cari kayu api!seronoknya masuk kebun getah dengan atok..bila balik,macam macam kami bawa balik,pucuk ubi,pucuk paku..ubi liar dan lain lain lagi.Ubi di bakar,pucuk paku atok masak lemak begitu juga pucuk ubi...sajian ini biasa untuk kami..ada masak lemak,mesti ada sambal ikan bilis petai dan ikan kembung@ ikan selar goreng.Yum,Yum,Yum...





Pada aku,sukar sungguh hidup di kampung ku itu, walaupun begitu..kami bahagia....keadaan kampung ku jauh betul dari arus pembangunan.Cuma sekarang je,keadaan dah banyak berubah.Bila balik kampung,jalan nak susur masuk pun asyik terlepas je...tanda paling selamat hanya masjid je...terlepas masjid kena buat u-turn!
Jalan pun dah bertar..kawasan misteri pun dah ada penghuninya...pendek kata...semua kearah kemajuan yang sepatutnya.Kawasan kubur pun aku tak takut sebab atok aku dah jadi penghuni di situ,kebetulan dia orang berjasa,dapatlah di kuburkan di hadapan sekali,jika aku balik..kami akan pastikan singgah untuk sedekahkan al fatihah untuk arwah.Rindu sangat sangat kat Pak Tua dan Mak tua.Jasa Pak tua dan Mak tua akan tersemat di hati,aku amat menghargainya.

Sekarang ni,jika aku lalu di depan sekolah pun aku terasa kecilnya sekolah tu...sedih dan rindu dengan kehidupan dulu..
Apa nak buat,zaman dah berubah,kita kena ikut aturan hidup yang telah di tentukan oleh ALLAH.


Semua hanya tinggal kenangan...terlalu banyak kenangan tak terungkap walaupun ketika itu aku hanya berusia 12thn.Aku tak sempat bersekolah menengah di sini kerana emak dah bawa aku pulang ke Johor Bahru ketika usia aku 13thn.Sesudah usia menginjak jauh...aku tau...kenangan paling terindah aku miliki ialah ketika aku berada di sini..Jika ada kesempatan aku akan bercerita lagi....aku akan cuba melakar balik ingatan di Parit Bunga,Muar Johor..

Insyaallah..

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH