BERLADO KITO YO!

CATATAN KE TUJUH PULUH TUJUH

Aku mula pandai memasak hanya selepas kahwin,pada awalnya...aku memang tak pandai langsung memasak!apatah lagi menyiang ikan atau memotong ayam!Yang aku biasa buat hanyalah menbersihkan taugeh,menyiang ikan bilis dan lain lain kecuali memasak!
Masih aku ingat,awal awal dulu,nak goreng ikan pun menjadi masalah paling berat untuk aku,panaskan kuali letak minyak dan pijarkan(panas)...selepas minyak panas...aku akan perlahankan api sebelum memasukkan ikan!atau pun...jika ada suami,dialah yang akan meletakkan ikan ke dalam kuali.Begitulah bodohnya aku dalam bab memasak ni...
Lagi satu kebodohan yang paling terserlah ialah...pertama kali memasak kerang,aku tak tau nak letak apa,cuma bila aku cium baunya tak macam masakkan emak,aku buang ke dalam tong sampah!bila aku cerita dengan kawan kawan...mereka ketawa kerana..masak kerang rebus mesti letak daun kunyit le!

Selepas beberapa tahun,kepakaran mulai terserlah!setakat masak nasi beriani pun aku dah boleh walaupun guna rempah segera.hehehe..

Suami tak cerewet tapi..adakalanya dia minta juga menu yang bukan bukan...antaranya...BERLADO!
Aku tak tahu resepi yang betul cuma reka sendiri,sekali dua buat tak sama macam yang pernah aku makan.Aku pun mulai melupakan menu yang sangat di gemari itu.

2012,aku mula mencuba lagi....
Lada merah hidup,bawang merah,tomato biji dan sedikit bawang putih.Semua ramuan tu di kisar halus dan di tumiskan sehingga kering!letak garam,gula dan siap!Letak le di atas apa juga..ikan,ayam dan sayur sayuran terutamanya terung berlado!

Mudah dan ringkas!mengapa lah aku tak belajar awal masakan mudah ni...kesian suami,sekian lama baru dia dapat mengembalikan nostalgia ketika bersama ibunya.Agaknya,itulah sahaja menu yang ibunya selalu masak untuk nya ketika pulang dari sekolah.

Disebabkan aku orang Johor,asam pedas jadi taruhan!tapi..suami akan mencemek panjang ketika membuka tudung saji!Lomahhhhhh..katanya tapi...bila masakkan yang di gemari....nasi akan ditambah berkali kali....

20thn...telah memberi aku banyak ilmu...jikalau aku tak menikah!mana maunya aku masak seterrorrr ini...Yang pasti 20thn juga telah menjadikan aku manusia yang trauma bila siang menjelma...
Apa nak masak hari ini?lauk apa nak di beli hari ini?huh!!!pening kepala sebaik celik mata!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK