KAWANKU

CATATAN KE LIMA PULUH LAPAN

Semua  orang ada kawan,kawan bermakna sahabat,teman,rakan dan apa jua perkataan yang membawa maksud yang sama.
Sebagai kawan,kita biasanya akan cuba untuk menjaga hati,memelihara hubungan baik agar persahabatan kita kekal.Biasanya juga,kita tak akan anggap semua kawan yang kita ada tu sebagai kawan rapat.Kita akan hanya ada 1@2 sahaja kawan yang boleh menjadi kawan paling rapat untuk kita mencurah rasa atau mengadu nasib.Biasanya juga,kawan macam gini lah yang akan sama sama bersusah payah dengan kita dalam apa keadaan sekali pun.Aku ni,susah sikit nak mempunyai kawan sebab aku dah biasa berkawan dengan adik beradik sahaja,kebetulan aku mempunyai jumlah adik beradik yang ramai.Bagi aku,berkawan dengan adik beradik lebih mudah kerana jika jahat kita,jahat lah adik beradik tu dan sebaliknya...Bila kita berkawan dengan orang luar,jahat dia kita pula yang akan di persalahkan.

Bila sebut je kawan,semua orang akan ada cerita tersendiri mengenainya.Ada yang mengembirakan,ada yang mendukacitakan.Tapi..itu semua fitrah alam,rambut sama hitam hati lain lain.Jikalau Si A ok,Si B pulak sebaliknya.Ada kawan yang nak menguasai kita dan ada pula yang akan duduk di bawah kawalan kita.Apa sahaja yang kita mahu mereka akan berusaha untuk mendapatkannya.Kawan begini sangat jujur dan lurus bendul!mereka setia dan akan kekal selagi kita tak melakukan sesuatu yang  mengecewakannya,mereka akan tetap setia!

Yang suka menguasai ni,dari dulu hingga sekarang...banyak melambak di muka bumi ini!Kawan begini selalunya..nak dengar kata mereka je.jika kita membantah!mereka akan naik darah dan akan meninggalkan kita sehingga kita sanggup tunduk kepada mereka.Kawan begini sememangnya membosankan dan menakutkan..

Ada kawan umpama talam dua muka,orang begini selalunya..manis muka,lembut gigi dari lidah!jika berkata kata...boleh cair jiwa!Jika bercakap...aku lah ni karang,semua perkara dia tau...Bila kita mengadu sesuatu,biasanya mereka akan mendengar seolah olah simpati,sepaling saja!10 orang sudah tau apa yang berlaku kepada kita.Kawan begini sememangnya menyakitkan hati dan tak rugi jika hilang dari pandangan mata!

Kawan pembuli!kawan macam ni pun ada juga?Cukup ramai kawan bermasalah di sekeliling kita kan?Bila sebut pembuli sahaja,agak agaknya ada ke langkah keselematan untuk memantau anak kita daripada jadi pembuli atau di buli.Kebetulan anak anak aku tak pandai bergaduh!Bagilah apa pun isu,mereka hanya akan memberi kemenangan kosong sahaja pada pembuli,Mereka tak akan melawan !bukan takut tapi...malas nak layan!slogan tu aku dah ajar untuk mereka faham,tidak semua pembuli kita patut layan kerana...kalah bukan bererti kita lemah tapi...kita bijak mengawal perasaan..

Aku ada satu contoh sejenis kawan..tahun 2011,telah menemukan aku dengan kawan kawan lama dari sebuah sekolah di selatan tanah air tercinta.Kira kiranya... kita panggil Reunion 2011 le konon...Semuanya berjalan lancar,walau pun ada cacat cela sedikit kita cuba bersangka baik je...

Dinner tu nanti ko pakai dress dinner le..kata kawan yang aku maksudkan ini
Manalah aku ada baju macam tu...aku bukannya bekerja atau ada sosial life yang memerlukan aku pakai baju baju macam tu...kataku
alahai...ko ni macam orang kampung le...katanya separuh mengejek
Tak kisah lah...mungkin paling tidak pun aku carilah baju baju muslimah yang sesuai...kataku lagi
Susahlah ko ni...tak maju!katanya lagi...
Tapi...di sebabkan aku berfikiran terbuka..dalam hati...suka hati aku le nak pakai baju apa!huh!!

Selesai Majlis,aktiviti kami pun berkurangan,sehinggalah aku dapat tahu tentang keretakkan rumahtangganya.Huru hara!orang moden tengah huru hara!Tapi...tak le aku marah sangat cuma dalam hati...ko kata ko cantik,ko sempurna,ada gaya,moden,berpelajaran dan mewah!tapi...bila dah jadi gini...semua pekung keluar!tak de apa apa pun yang ko boleh banggakan wahai kawan...habis luar dalam citer ko aku tau...ish,ish,ish...buruk bebenor..!!

Masa berlalu,hinggalah semalam,aku dapat cerita,ko suruh kawan kawan kita keluar group sebab group sekolah tu group orang bodoh!tak sayang mulut betul ko ya...tuduhan ko sangat keterlaluan!Ko kata mereka bodoh,tapi..mereka berjaya menjaga keluarga,mereka berjaya menjadi suami atau isteri yang sepakat!ko ada apa?busuk hati,dengki dan jahat!Hidup dah macam gitu pun hati masih tak bersih!Bagaimana le,ALLAH nak tolong ko..wahai kawan aku yang paling tak bijak!ko belajar tinggi,tapi...otak ko otak udang!lelaki Negeria dapat tipu ko...itupun ko tak sedar sedar!lantak ko le minah...aku apa peduli!Jangan esok lusa,NGO datang kutip ko!
Namun...jauh di sudut hati...aku rindu zaman silamku,aku rindu zaman di mana aku tak perlu fikir apa apa pun...Jauh di sudut hati juga...aku sangat merindui kalian.

Kesimpulannya:
Dalam pergaulan,kita akan jumpa berbagai bagai lapisan masyarakat...kita akan menghadapi 1001 macam masalah,namun kita tetap kena terus berjalan umpama bidalan ini,jika kita tak tahan di lambung ombak usahlah berumah di tepi pantai lebih baik kita cari rumah di atas bukit!

Nasihat ku..
Setiap kali berjumpa dengan kawan yang bermasalah,hindari untuk terus berhubungan...katakan padanya...cukup sampai di sini sayang...


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK