PENYAKIT WARISAN:DIABETES,KENCING MANIS..

CATATAN KE TUJUH PULUH EMPAT


Sama je maknanya tu...2 perkataan tu cuma bezanya dalam pengunaan bahasa je...Bahasa Inggeris dan bahasa malayu.Pusing lah macam mana pun...kesudahannya......Salah satu penyakit yang banyak terkena kat masyarakat masa kini.

Punca?
Pemakanan ,kurang bersenam dan keturunan

Aku?
Terlibat secara langsung melalui keturunan.Emak mengidapnya sejak bertahun tahun dulu..

Salah satu sebab aku di dapati berisiko untuk menghidapnya ialah....pernah melahirkan anak 4.1 kg dan  keturunan.Bila buat cek kat hospital...esok bawa rekod anak anak yang lepas.Esoknya....comfirm!gi cek glukos...huhuhu...

Masa aku ngandung anak ke 4,aku di dapati ada sindrom kencing manis ketika usia kandungan hampir 5 bulan..Masa tu,aku masih boleh menjaga pemakanan dan semuanya ok...
Semasa aku mengandung anak ke5,baru beberapa minggu...diabetes telah bersarang dalam darah!aduhai....dugaan sungguh!aku panik takut ada kesan pada anak,tapi...hasil penerangan Doktor...aku akur dan meneruskan kandungan hingga lahir.Sepanjang itu,insulin lah teman aku,kena cucuk sendiri 2x sehari..pagi dan petang sebelum makan.Boringnya...insulin amat aku perlukan untuk jaga baby,daripada kesan diabetes itu.Jika aku cuai dan tak perihatin,anak aku bakal menanggung segala2nya.Demi si kecil,aku terus sabar menahan nafsu makan dan menjaga pemakanan sebaik mungkin.Sebelum mengandung,berat badan hampir 63 kg tapi...hampir bersalin.berat aku hanya 57kg sahaja.Kerana diabetes juga,aku kena melahirkan secara pembedahan..kerana baby dah semakin lemah masa tu.Tapi...demi keselamatan kami berdua,aku ikut sahaja nasihat Doktor.

Sebaik sahaja,aku melahirkan...aku minta Doktor berhentikan insulin kerana aku nak menjaga pemakanan sendiri.Hampir 6thn...aku berjaya menjaga makanan tanpa bantuan ubat ubat diabetes.Mudah mudahan... segalanya berjalan lancar.amin...

Aku sentiasa mengawal pemakanan agar aku tetap terhindar daripada diabetes.aku cuba walaupun dugaannya amat berat sekali.Lepas raya raya macam ni...tak payah le gi cek darah!pasti gula tinggi...tak kuasa aku nak dengar semua tu...berserah je...



Jaga pemakanan ni sesuatu pekerjaan yang sangat mencabar!tak boleh makan itu ini...hanya makan roti gandum pagi petang siang malam untuk ganti nasi.Air pun tak boleh yang manis atau bersoda,kuih muih....jangan harap le...
Mula mula ikut,lama lama bosan betul!serba tak boleh....sakit jiwa...curi makan dah jadi amalan aku.Tapi...bila fikir sakit ni,kadang kadang muntahkan balik lepas makan...tension betul!kalau teringin nak makan durian,hanya layak makan seulas je...buat rasa rasa kata emak.Pada aku lak,kalau nak makan bior le betul betul...jikalau setakat seulas...kamu beli dan makan bawah pokok je le...kang kalau bawa balik,pasti saya makan..ayat biasa bila suami nak makan durian.
Teh tarik?aduhai...boleh gugur jantung bila tau ada teh tarik yang sedap di sana sini...kalau tak sedap,aku tak kisah sangat,tapi...jikalau tau di kedai itu ada teh terik paling sedap!aku pasti minum tanpa syak lagi.Sakit belakang kira...

Setakat ni,diabetes masih terkawal,cuma jika aku mahu diabetes itu pergi....aku kena jaga pemakanan dan merubah corak kehidupan harian...senam,senam dan senam...letihnya....bila le nak mulakan senam untuk sihat ni.

Bila teringat gambar2 kudis,luka yang teruk dan segala gala kecacatan akibat penyakit ni...aku cukup ngilu,tapi...nafsu mengalahkan otak le...sebaik gambar gambar tu hilang dari pandangan,makan tetap makan....lantak,lantak,lantak.....kalau sakit nanti...makan le ubat!mudah kan?jangan esok menyesal kak long oiiii....







Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK