BORAK AJE

CATATAN KE ENAM PULUH SEMBILAN

Seperti biasa,lepas hantar anak,pergi minum pagi bersama Kak Anum,borak sambil minum pagi sangat menyenangkan,sekurang2nya,aku tau juga perkembangan2 semasa.Sedang sibuk berbual,mata tetap mengerling mencari satu wajah!lama tak nampak wajah ni,kelmarin masa minum dengan suami dan anak anak dia baru masuk kerja.Tak kan le dah berhenti!ketika pertama kali nampak dia,aku tau dia budak baru,cara dia meletakkan hidangan buat aku takut.Manalah tau,dek kekalutannya,air mungkin tertumpah kat anak kecil aku tu.Cuit kaki anak dara supaya lebih memberi perhatian kat kepala adik tu...takut tertumpah air panas,kuah panas sehingga bakal memudaratkannya.

Mira!tengok adik tu....kerah saya sambil mata melihat wajah itu.Member buat selamba je...anak dara aku memberi isyarat supaya aku jangan kata apa apa,biasalah anak dara,malu sepanjang masa.Tapi,aku tak peduli,sebagai orang tua,aku kena pastikan semuanya selamat.Kecuaian akan membawa bencana!
Dia tak faham le,orang Nepal ni...2@3 bulan baru faham bahasa kita.,kataku lagi.Perasan juga si wajah ni mengerling kat aku..

Masa nak bayar,si wajah ini ada di situ.Aku curi pandang tanda namanya,Amir?Dalam hati terdetik,orang Nepal ada nama macam orang melayu ke?tapi...simpan hasrat hendak bertanya.,diam kan aje walaupun mulut ni dah gatal nak bertanya juga.Dah dasar mak Cik kepoh!Terburai juga isi hati ni...
Nama kamu Amir?macam nama orang melayu lah kataku padanya
Memang le saya orang melayu katanya lagi.
Oh ya ke?patut le muka macam orang melayu,saya ingat kamu orang Nepal,sebab kat sini orang Nepal je yang ada.Kataku sambil menahan gelihati.Betapa bodohnya aku,tak tahu bezakan orang tempatan dan warga asing!
Si wajah tu hanya tersenyum hambar,aku yang tak berperikemanusian ni,tersenyum puas setelah dapat membuka pekung orang,jahatnya manusia kan?patut le ada syurga dan neraka!

Tapi,pagi ni,aku teringat kat dia, nak tahu perkembangan si wajah tu
Mana budak melayu yang gemuk gemuk tu?tanya aku pada pelayan kat situ
Yang mana?tanyanya balik
Alahai...yang melayu tu,Amir kataku padanya
Oooo...itu budak sudah berhenti katanya lagi
Kenapa?tanyaku hairan dalam hati terdetik juga,mungkinkah kerana pertanyaan aku tu buat dia merajuk pergi.
Tak tau...hari ini kerja esok sudah tak datang terangnya lagi
hehehe...sah!Amir marah atau rasa terhina kerana di katakan orang Nepal Amir,Amir...apa nak malu...aunty cuma tanya sebab keliru je,aunty bangga sebab Amir tak pilih kerja.Timbul rasa bersalah di hati,namun nasi sudah menjadi bubur,aku tak dapat nak buat apa apa.Amir dah tiada, dia pergi bersama maruah diri.

Bila citer dengan Kak Anum,dia pun turut ketawa dengan kekepohan aku tu,melampau you ni tau!Tak baik buat budak macam tu,kan Amir dah jadi penganggur semula...hehehe


Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH