BLOG YANG MENGAIBKAN

CATATAN ENAM PULUH TUJUH

BLOG PORNO?
 Blogger erotik, Alvin Tan Jye Yee mahu terus melakukan 'banyak aksi seks' dengan pasangannya, Vivian Lee selain bercadang untuk menyimpan rakaman hubungan intim mereka.

Malah dia tidak menyesal mengenai kontroversi yang dicetuskan akibat penyiaran gambar erotik di blog mereka.

"Kami akan terus bersama dan melakukan banyak hubungan seks serta merekodkannya," katanya kepada The Star pada Rabu.

Pemegang biasiswa Asean kini mendapat perhatian ramai selepas imej lucah mereka disebarkan di internet.

"Ibu bapa saya tidak begitu bimbang tentang isu moral, tetapi mereka lebih prihatin masalah yang mungkin saya hadapi dengan undang-undang dan peraturan universiti saya (National University of Singapore)," katanya.

Pasangan dari Malaysia itu juga berkata mereka berminat untuk memanfaatkan aktiviti.

Malah mereka juga kini mewujudkan akses khas kepada peminat mereka dengan menghantar e-mel selepas blog mereka disekat.

"Ini adalah tempoh kritikal dan kami berhasrat untuk menggunakan masa ini untuk mencari pengikut. Mungkin kita tidak akan memuatnaik video dan gambar itu untuk tatapan umum, tetapi kita boleh terus menjadi blogger. Kami mahu Alvin dan Vivian menjadi satu nama yang dikenali kerana melakukan seksual terbuka," kata Tan.

Pasangan itu turut mendedahkan mereka menerima banyak e-mel termasuk cadangan untuk aksi seks daripada lelaki dan wanita.

Selain itu Tan juga menolak daripada ancaman tindakan undang-undang.

Tan dijangka menghadapi pendengaran tatatertib oleh lembaga Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) bulan ini.

"Saya terkejut mereka memberikan saya begitu banyak masa untuk bersedia. Saya akan pertahankan asas saya. Semua yang ingin saya katakan, telah disampaikan kepada media," katanya.Tamat.

Komen aku... 

 Dunia makin rosak!blog begini pasti ramai pengikutnya,impiannya tak akan musnah malah bercambah menjadi satu fenomena yang bakal mengegarkan manusia.Mereka ibarat Dajjal zaman moden,telah hilang malu dan harga diri.Pendedahan sex secara terbuka sudah tidak menjadi masalah,tambahan pula klrga tidak menitik berat bab moral.Aduhai...Alvin,kamu tak fikir panjang...kamu fikir hanya sekarang...kamu berfikiran terlalu moden sehingga kamu membayangkan dunia ini hanya milik kamu,tanpa mengira orang lain.Jikalau kamu tak rasa malu...kamu fikirkan pula keturunan kamu,anak2 yang bakal lahir dan suku sakat serta orang sekeliling.
Cara kamu berfikir sangat menakutkan......walhal...alat sulit adalah anggota badan yang patut kamu tutup!Jika tidak...kamu sama sahaja seperti.......................



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK