ZALIMNYA...

MANUSIA ZAMAN INI..


Subhanallah,sampainya hati ko budak!sanggup ko campak bayi kecil ni dari tingkat 3!gila ke apa ko ni?jahat sungguh le.BENCI TENGOK MUKA KAU!
Hitam hati kau budak oiii,Budak kecik mcm ni tak tau apa2 le bodoh!sakit hati betul aku baca artikel ni!Mcm nak makan komputer ni,sakit hati weiii!!!

Bila aku tengok wajah ko,aku rasa lagi sedih!aku ingat ko ni cacat ke?kurang upaya ke?atau bodoh2 alang!rupa2nya elok ALLAH jadikan ko nak oiii!kenapa ko tergamak campak anak ko sendiri?


Ko orang ni mmg degil,bukan sekali citer2 ni kita baca.Mana BF kau?APA?dah lari!Gitu le lelaki,sedap sama2,sakit sorang2!

Kaum lelaki ni nak syok je,sebagai orang pempuan,kita le yang kena jaga diri kita.Jangan mudah terpedaya,kelak kita juga yang dapat susah!lihat sekarang ni,mana BF ko tu?tak kan le,sayang masa senang je,bila ko kena tangkap mcm ni,mana dia?kenapa ko tak tarik sama agar dia pun dapat tempias drp perbuatannnya itu!

Kesiannya lihat muka ko nak oii,lepas ni,ko akan dapat susah!banyak hal yang ko kena tanggung sendiri.Ambil ikhtibar semua anak2,tolong le jangan le buat mcm ni!MALU,DOSA!
Sanggup ke nak mengadap ALLAH kelak?
Apa yang nak kita jawap nanti?
Kita akan bertemu ALLAH seorang demi seorang.Tak terkecuali!

Kesian bayi2 kecil tu,mereka tak tau apa2.Jika ko campak ke mana pun!mereka tak dapat melawan.Setahu aku,bayi dalam usia begitu sangat takut!mereka kan masih buta,tak nampak apa2 pun!bayangan!masa bayi tu nak di campak,genggaman bayi tu pasti kuat dan kejap!Pasti dia menangis,pasti dia gementar.Untuk pengetahuan,dalam usia kurang dari 3 bulan kebawah,Sebenarnya anak2 ni,tak nampak apa2 pun!Pandangan mereka hanya akan terang bila umur mereka atas 3 bulan,bayangkan!tetiba berdentum ke bawah!tak sempat nak berpesan,tau2  dah jatuh terlentang.

Saban hari,kita sering di jamu dengan berita sensasi.Anak kecil di buang merata rata tempat.
Tapi nak salah kan siapa?Ibubapa?mungkin ya mungkin tidak,semua itu adalah takdir diatas kecuaian kita sendiri.Kita yang salah!kita tak hiraukan anak2 bangsa sendiri.Kita tak  berani menegur apa juga yang mereka lakukan.
Kita sama2 hanya pandang tanpa buat apa2!
Siapa kata?tanya Kak Leha
Aku lah!jawapan paling  ringkas!
Kenapa?tanya Kak Leha
Yalah!akak berani ke tegur anak jiran beromen tepi jalan?tanyaku
Ikut keadaan...kata Kak leha
Kenapa akak kata gitu?tanyaku lagi
Bukan mudah nak tegur,silap2 kita kena marah balik!katanya lagi
Tau pun akak!bukan mudah nak tegur anak orang,sepatutnya ibubapa mereka yang tahu..kataku lagi
Betul lah tu!ramai sangat yang dah lupa diri,tak ingat hukuman ALLAH nanti kata kak Leha lagi

Pernah rakan adik datang ke rumah mak,makan soto ayam yang mak masak.Berbaju putih,dia masuk kan ke dalam seluar jeans ketat padat!
Kebetulan dia berbadan gempal,jadi kami tak terfikir apa2 pun pasal dia.
Tup!tup!..
Masuk paper,seorang anak pegawai bomba telah melahirkan seorang anak dan di bunuh!
si ayah telah menanam bayi tersebut di kawasan lapang belakang rumah mereka.
Semua rahsia tersimpan rapi.
Sehinggalah,si anak tadi ke rumah datuknya dan sebaik datuk nya tahu keadaan sebenar.Atok itu telah pergi ke balai untuk membuat laporan tentang hal tersebut.
Si Datok tak mahu subahat!
Walaupun sayang pada cucu dan anak menantu.Salah tetap salah!
Oleh itu,tak semua kesalahan anak2,datang dari didikan ibubapa.Sebagai manusia berakal,anak2 yang telah akil baligh perlu tahu sempadan pergaulan.Bila dah jadi gini,siapa yang susah?
Diri sendiri dan keluarga kita sahaja

Kepada anak2,ingatlah!masa muda hanya sekali,tolong jangan persia siakannya.



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK