WAHAI SAHABAT

KENANGLAH DAKU DALAM DOAMU..

Sesekali bertemu kawan kawan lama,hati gembira sakan.
Berbagai2 cerita suka duka zaman persekolahan terkeluar!Masing2 ada cerita tersendiri termasuk aku!
Tanpa aku sedar,mereka perasan apa yang aku tak tahu mengenai diri sendiri.
Baju kurung cekak musang jadi trademark aku,sebut je budak yang pakai baju cekak musang,rambut ikal,kain singkat.
Apa?kain singkat?setahu aku,aku pakai kain labuh!tapi mereka tetap kata aku pakai kain singkat macam anak abu!
Zaman dulu,sebut anak abu!orang akan ketegorikan orang tu bebas dan degil.

Opps!anak abu itu bukan aku!
Aku ok,aku tak bebas seperti yang di fikirkan.
AWAS! jangan serkap sembarangan....

Kau tau tak?kita orang dulu tak suka kau!kata seorang rakan lama.
Ya ke?kenapa?tanya aku hairan
Sebab kau SOMBONG!katanya lagi
Oooo..itu je ke?aku bukan sombong tapi aku pemalu!jawapku pula
Piiii lahhh!banyak le kau punya pemalu!kata mereka lagi
hahahahaha ketawa kami berderai bersama
Sombong kah aku?setahu aku,sifat semulajadi aku ialah.....tegas dan tak mengada ngada.
Aku tak pandai nak berpeleseran,sebaik tamat sekolah,aku terus balik ke rumah.
Tak pernah melepak tak tentu hala,kecuali ada hal tertentu je,baru aku akan dok lama sikit kat sekolah.


Kau tau tak?kita orang dulu,suka tengok kau gi pendidikan Jasmani!kata sahabat
kenapa?tanya ku lagi
Sebab kau pakai seluar pendek!peha putih melepak!goyang iman siuttt!gurau nakal dari kawan lelaki
Banyak lah!aku pakai seluar panjang apa?bantah ku pula
Mana ada!selagi tak pendek seluar,jangan panggil nama kau lah!kata mereka lagi
Hahahaha!ketawa lagi...

Dalam hati,kerja gila betul aku!pakai seluar pendek,tak tutup aurat!subhanallah!berdosanya aku.
Sebab itu,ustaz kata..
Sekali kita buat dosa,ianya akan menghantui kita seumur hidup kita.
Benar ustaz!sebaik terdengar kata2 mereka.Hati aku jadi pilu...
Mengapa aku leka sangat?sehingga lupa aurat sendiri?

Sahabat bertanya..
Dulu2 kita tak kawan kan?tanyanya ramah
Betul!saya bukan kawan kamu,masa tu,saya takut nak kawan dengan kamu sebab kamu pakai tudung labuh sampai ke punggung.Pengakuan berani dari aku
Hahahaha!Betul2,saya perasan kamu tak rapat dengan saya,tapi...kadang2 pemakaian tak melambang sepenuhnya diri si pemakaiannya.Kadang2 jauh panggang dari api!luahnya lagi
Setuju!jangan nilai orang dari baju kan?aurat itu dia dengan tuhan,kita tak layak nak hukum orang lain kata sahabat di hujung meja.

Sayunya hati,dulu2,kita remaja,hati gembira tanpa beban perasaan.Bila dah tua2 macam ni,rasa banyak yang kurang dalam hidup kita.Ssekali bertemu dengan kawan2 lama,buat kita rasa...banyak sungguh masa yang kita telah bazirkan.Mujur ALLAH beri kesempatan untuk sedar.Jika kita leka,nescaya!masuk neraka tak keluar2 lah jawapnya.
Ish!pandai je...jerkah sahabat depan mata.
Kita tak lah nakal sangat,cuma pakai seluar pendek je,dosa2 besar kita tak buat kan?Oklah tu,kita taubat banyak2,ALLAH maha pengampun....sambung sahabat lelaki kami.
Insyaallah,mudahan2 ALLAH menerima taubat kita.

Sesekali berkumpul,kami semakin rapat.walaupun bukan sekelas,bukan kawan serasi bersama.Tapi,kita masih boleh berbaik baik selagi kita sentiasa berlapang dada menerima sahabat seadanya.

Dulu aku sombong!
Sekarang aku lah manusia paling peramah!
Muahahaha!
Jangan malu untuk menyapa ,gerenti tak menyesal!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK