SELAMAT HARI LAHIR ALIF

CATATAN KHAS BUAT MU

Sempena hari kelahiran Alif,ibu hanya boleh menghadiahkan doa dan kasih sayang sahaja.Ibu tiada harta yang melimpah ruah,ibu tiada duit bergunung,yang ibu ada hanya kasih sayang seorang ibu khas untuk anak anaknya sahaja.



Seperti biasa,tiada hadiah mahal2 yang kamu mampu adakan..biasanya kami belikan dia permainan LEGO,tetapi...sejak timbul isu Lego mencipta permainan yang menghina Nabi kesayangan kita,ibu tak galakkan untuk kita beli jenama itu.Mula mulanya Alif tak faham,tapi..bila ibu tunjukkan artikel itu,baru Alif percaya dan turut serta untuk memboikot LEGO!


Ada orang kata mungkin fitnah,tapi...ibu tetap tak akan beli,harap anak ibu faham walaupun hari hari bertanya,mengapa orang dewasa suka buat kerja yang tak elok?hari hari tanya samada Lego sudah mohon maaf kepada umat islam...bila ibu kata...belum lagi...Alif akan mengeluh panjang.Tak pe sayang,kita masih ada jenama lain yang sama je fungsinya.Kita beli yang itu je ya...
Sampai di Jusco,Alif hanya mampu menukar hadiah legonya kepada beg dan peralatan sekolah yang baru sahaja.Kesian anak ibu...walaupun kecewa dia tetap menunjukkan sikap perihatin pada agamanya sendiri terutama tentang isu ini.

(Nanti,bulan 12 ni..kita balik Johor,kita pergilah Legoland..kataku pada suatu hari..Dia hanya merenung ku dengan pandangan yang pelik je...Aku kehairanan...Kenapa?tanyaku...Dia hanya pandang sambil mengeleng geleng kepala tanda tak setuju.Ops!baru aku teringat,kami sedang BOIKOT LEGO!..malunya bukan kepalang...kita yang tua tak peka,anak kecil ini lebih mengingati apa jua yang kita katakan...)



Pada hari sabtu,kami sambut dengan kakak sulungnya,esoknya kami sambut bersama kakak dan abangnya pula.Sambutan kami hanyalah makan makan je...biasa sahaja.Tapi...anak anak dah biasa dan tak pernah meminta minta sesuatu yang kami tak mampu.Terima kasih untuk anak anak ibu...ibu sayang kamu sama macam ibu sayang nyawa sendiri.

Semuga kalian akan menjadi manusia berguna di dunia dan di akhirat.Ya Allah Ya Tuhanku..peliharalah anak anak ku dari segala keburukkan dunia dan perdekatkan mereka kepada kebaikkan.Amin..

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK