REUNION SMM 81-85

CATATAN KE DUA PULUH ENAM

Sebut je perkataan REUNION!ramai orang terbayang masalah2 yang sedang masyarakat hadapi sekarang.
Jatuh cinta dengan bekas mak we atau pak we lama.walhal,masa jumpa dulu,hingus pun tak kering lagi,tup,tup,tup....dah tua2 gini lak,cinta boleh berputik semula.

Pada aku,benda2 ni mengarut!sampah! dan memalukan je.Anak dah mcm tangga,rumah pun ala kadar je,tak mewah,makan apa yang ada je,hari2 ikan kering,telur mata lembu! atau bubur air,ada hati nak menikah lagi?apo kono jang oiiii.....buek malu jo...


Aku tak sokong 100%!!pada aku,ikut hati,jika nawaitu dah tak betul,apa jadi pun tak betul juga akhirnya.Pengalaman aku banyak!kalau ada fail dah tinggi gunung kot?semuanya berakhir dengan aku yang kono!
Suami nak bercanda dgn wanita lain,aku juga yang jadi JKM nya...Jabatan Kebajikan Masyarakat!
Sebab tu,aku cukup anti dgn lelaki yang sibuk mencari cinta di usia emas ni.Anak2 bersepah!anak2 membesar dgn jiwa yang kacau! Pendek kata,jika kita nak mencari cinta biarlah sekali je,jika kita sdh ada anak2,uruskan mereka sebaik mungkin.Jangan jadi lelaki dayus!wanita lain ko beri makan,tapi,anak2 sendiri orang lain yang bagi makan!ibarat kera di hutan kamu susukan,tapi...anak di rumah mati kelaparan!ish,ish,ish...buruk laku bang dan kakak oiiii

Sikap lelaki begini menjadi penyumbang masalah sosial yang maha dahsyat!Anak2 tercicir dalam persekolahan,anak2 menjadi pendendam,anak2 kurang kasih sayang dan anak2 akan menjadi manusia kurang segala2nya..

Dalam hal ini,wanita pun sama juga,tak tahu malu kot?anak2 dah besar panjang masih nak cari lelaki lain!alasan!kurang kasih sayang,kurang mewah dan kurang enak!ish,ish,ish...kome ni,sebenarnya mengada2,tak tahu bersyukur pada ilahi.Dah elok2 hidup aman bahagia,nak cuba pula cinta yang lain.Jika elok.,oklah jika kurang elok?redho je lah tapi jika dapat yang macam lahabau?muahahaha!

Jodoh kita ditetapkan ALLAH sejak azali lagi,cuma doa yang dapat mengubah segala qada dan qadar itu,kita merancang,hanya ALLAH yang menentukannya.

Ambilah ikhtibar dari kejadian,sekali kita melangkah,kita jangan pandang ke belakang  lagi.Ianya akan buat kita sentiasa menyalahi nasib
Semuga ALLAH lindungi aku dan suami serta anak2 drp perbuatan CURANG!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK