POLITIK DAN AKU...HUH!

TAK SUDAH2!

Aku ni,tak le terlalu mengikuti hal2 politik ni.Pada aku,cukup makan,cukup pakai dah oklah tu!bersyukur pada ALLAH..


Lambang ni,dah senonim dgn aku,sejak aku kecil lagi.Aku dah terdedah dgn logo ni.Kebetulan datok aku ketua kampung,jadi setiap kali nak pilihanraya,rumah datok akan di datangi oleh penduduk untuk mendaftar.

Logo ni,dah hampir 55thn berkuasa di Malaysia.Pada awalnya,pentadbiran mereka ok je.Perdana Menteri silih berganti tanpa ada ragu di hati.Cuma sejak2 kebelakangan ni je,pentadbirannya agak huru hara!
Mcm2 cerita kita dengar,walaupun tak semuanya benar,ada juga yang termakan dek otak ini.Sebagai rakyat kita jadi celaru,masakkan tak de angin pokok boleh bergoyang sendiri kecuali ada beruk di tgh2nya...hehehe
Semua rakyat kat Malaysia ni,tidak suka perpecahan.Semua orang suka perpaduan,saling hormat menghormati di antara kaum cuma bila ada mcm2 artikel ttg isu perkauman,kita jadi bimbang,apa akan jadi dengan anak bangsa kita?Pentadbir yang kita lantik kebanyakkannya Melayu.Mengapa kita rasa Malaysia bukan tanah air kita seorang,mengapa kita perlu berkongsi ramai2.Ada Indon,ada Bangla,ada Nepal,ada Afrika atau segala mcm bangsa lain..
Adakalanya,kita rasa jauh terpinggir dek wujudnya manusia2 yang pelik ni...
Semua untuk tenaga kerja kak oiiii kata sahabat
Ya saya tahu!tapi anak2 kita tak mampu ke?tanyaku lagi
Anak2 kita MALAS!
Muahahaha!bab ni tak dapat den nak nolong!

Kepada Parti pemerintah,anda masih boleh di terima jika anda ubah corak pemerintahan seperti yang rakyat mahukan.Kamu semua menongkah arus sebenarnya.Kamu semua cuba mencetuskan kemarahan rakyat!apa salahnya,kamu ikut apa tuntutan rakyat kerana tanpa kami tiada kerajaan!
Kamu tak perlu menipu atau bertindak ganas!Melayu satu bangsa yang sangat penurut,bangsa yang beralah dan bangsa pemaaf!Sekali kamu melutut mengakui kesilapan,semua rakyat tak mungkin sanggup membakar kampung sendiri!Melayu akan tunduk lemah kerana sememangnya sikap kita begitu lah....
Sepatah kata Tun Mahathir...MELAYU MUDAH LUPA..

Tapi,sekarang ni,mungkin tiada penawar untuk rakyat kerana rakyat dah bangkit!rakyat dah perasan hak2 mereka mula di cabuli.Kami bayar gaji kamu semua,bukan banyak sangat!tapi..awat kamu semua boleh jadi kaya raya!sedangkan rakyat tetap begitu walaupun bergaji beribu2!atau berpuluh2 ribu!
Pelik bin ajaib...

Malaysia negara 10 terkaya!wah!kayanya negaraku,tapi mengapa masih ramai rakyat miskin tak cukup makan,dan melarat?mengapa?
Nak tahu kenapa rakyat hidup merempat?tanya sahabat
Kenapa?jawapku pula
MALAS!
Sekali lagi,aku terkedu...
Mungkin le...MALAS mengatasi segala!
Tapi,tak semua malas.ada yang rajin cuma peluang tak ada..
Masih saya ingat,mak saya pernah memohon sebuah gerai dari tahun 1983.Tapi,gagal!permohonan ditolak sebab dah penuh!
Berniagalah mak saya bertahun2 di hadapan rumah,dari saya sekolah sampai saya bekerja..
Tetiba..pada satu hari,ada call kata mak saya dapat gerai yang pernah di mohon satu ketika dulu.
Pendek kata,dari mak saya bergetah!sampai mak saya dah tak ada getah!baru le dia beri gerai yang satu ketika dulu mak saya impikan.Nak tahu apa jawapan mak saya?
Apa?tanya sahabat tak sabar
TAK PAYAH!BERIKAN SAHAJA PADA KRONI ANDA!Mengapa nak beri pada saya?setelah saya dah tak minat nak berniaga lagi?
Itulah kata2 mak saya khas untuk PBT tempat tinggal kami.
Berani kan?
Nak tahu sebab apa?
Sebab mak saya dah jemu dengan apa yang berlaku.Itu je..

Bukalah mata wahai pemerintah,kami bukan nak kongsi harta kalian,cukuplah ada rasa kasihan pada kami,jangan di bebani kami dengan percubaan demi percubaan anda melabur duit kami kepada perniagaan yang dah tahu rugi!atau buat projek2 mega yang tak mendatangkan faedah kecuali pada anda semua.Kasianlah pada anak bangsa,,jikalau anda tidak menjaga harta karun kami....bagaimana mungkin anak bangsa akan datang di pandang mulia hanya kerana kebodohan kalian mentadbir negara..

Kami melantik kamu semua untuk bekerja bukan untuk berniaga di antara kamu dan kamu.Kamu berdosa besar kerana menganiyai kami.Kamu pungut hasil tapi kamu kaut untuk diri sendiri.Berbaliklah pada agama,kerana agama sahaja yang dapat membantu kamu kekal di tangga teratas!

Logo parti ini,masih blm dapat di lancarkan kerana tidak di ikhtirafkan oleh ROS!Walau pun begitu,ianya berjaya menarik ramai pengundi muda utk sama2 berjuang!Reformasi!takbir!bergema di setiap ruang.
Nak salah kan siapa?
Mana mungkin kita blh menyalahkan rakyat jelata.Rakyat perlu sesuatu utk berharap,jika parti yang menerajui tidak dpt membela rakyat!apa guna kita terus bersama...
Parti ini masih baru,kita mungkin kurang yakin kepada mereka,boleh ke?mampu ke?larat ke?atau sama je mcm parti lama...semua tu bermain di fikiran rakyat.Selagi,para pemimpinnya mahu berjuang bersama islam,kita wajib sokong tanpa berbelah bagi...apa pun yang kita mahukan...islam mesti bersama kita.Ustaz berkata,selagi pemimpin tu masih mengucap 2 kalimah syahadat,kita wajib akur...tapi...cuba kita fikirkan..bagaimana mungkin kita nak ikut...jika subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak pemimpin itu kita tak tahu di mana???jemaah di mana?bersangka baik mungkin juga mereka solat di rumah.Sebagai pemimpin yang baik,mereka wajib menunjukkan contoh tauladan yang baik juga.Kerana mereka yang menerajui Negara.Jika mereka sekadar ibu ketam mengajar anak ketam berjalan lurus sedangkan dia sendiri berjalan merenggg...apa yang kita nak sokong lagi?Jika kita hanya sayang pada parti,tak sayang pada agama...kita akan terus menjadi rosak!..

Bila baca blog2 politik yang melambak2 ni...aku jadi kecewa dgn pejuang2 melayu ni...mereka cakap tak serupa bikin,suka buat kecuh pada isu2 yang remeh temeh je...melalak bagai nak gila pada isu yang pada kita tak payah fikirlah!
Seorang guru tuition di Tangkak telah menghina sahabat2 nabi dgn melukis watak mereka pada kertas2 soalan murid!bila isu ni terbongkar!tak ada pula..terdengar PERKASA,PERKASAM atau AHLI JOGET PUNGGUNG gi serang guru cina tu...semua senyap mcm tikus mondok!buat dek je....sebab apa?tidak dapat upah!tidak dapat pingat!tidak dapat ganjaran yang mereka lahapkan...Semangat mereka ibarat gengster biskut lemak,lepas rendam dlm air terus kembang!..poyo je....
Aku sendiri jadi pusing kepala nak sokong sape..Namun begitu...Pas pilihanku itu pasti!


Aku bukan tak sokong parti lain,selagi parti tu membawa kita kejalan yang di redai,aku pasti akan sokong!aku pasti akan memberi segala taat setia pada penerajunya tapi parti sekarang ni dah mcm hilang punca!buat apa pun tak menjadi,ianya amat memalukan.Nak suruh dengar ceramah atau acara2 berkaitan pun dapat upah!amacam?semua sokongan hanya untuk RM!aduh!!!tak boleh gitu...kita kena sokong separuh nyawa bukan main2,sokongan kita utk bina kerajaan bukan main pondok2!Siapa pun yang menang,kami rakyat akan sokong cuma buatlah perubahan,PM jangan sayang bini lbh2 ,semua tindak tanduk PM dan isteri buat kita bimbang,siapa sebenarnya yang menjadi ketua negara?Petanda dunia hampir kiamat bila perempuan menjadi ketua dan lelaki menjadi tukang anguk2 geleng2...

Apa pun terjadi,kita melayu jangan berpecah!kita kena bekerjasama,siapa pun si polan nak sokong!biarlah....siapa pun si minah nak undi biarlah!usahlah kita ambil tahu lantaklah!setiap kerjasama yang kita berikan untuk memilih ketua itu sangat penting!tersalah pilih kaluuuu,kita rakyat yang gigit jari.Sepenggal bukan 5 hari brooo...sepenggal membawa makna kita kena lihat,dengar dan saksikan setiap pemerintah yang kita lantik itu menjadi semakin kaya raya!hahahahahahahahahahaha....duit makan tak habis 7 keturunan!!!!


Aku kaya!aku kaya!.....rakyat?piiiii jalan dahhhh!!!bagi BRIM500,bagi BRIM100...sonyoplah nanti....

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK