PEREKA TERBAIK

KEBAIKAN DI BUAT UNTUK KANAK KANAK

Kak!cantik baju Aaliya tu akak tempah kat mana?Tanya ustazah As.
Kat  rumah kawan As,kenapa?aku jawap..
Cantik!saya suka..balas Ustazah As lagi
Jubah macam ni mudah sikit As,zip kat depan utk bbdk mcm Aaliya ni ..mudah!kalau butang,payah sikit,getah kat lengan baju tu pun utk mudah juga,kalau awak letak butang....balik sekolah tercokoh depan akak tunggu bukakan butang..sekarang ni...dia buat sendiri semuanya.Seluar ni,akak memang tempah supaya nampak kemas,kalau pakai seluar bebas,nanti mcm2 kaler!terangku panjang lebar
Betul lah kak,saya suka kata As lagi
Saya hanya senyum je,tak terfikir apa2 pun.Rekaan biasa tapi kemas.

Tetiba As bersuara.
Kak!apakata saya suruh akak uruskan jubah2 untuk tahun depan,saya sibuk sangat ni.esok nak gi KL ambil buku,saya tak sempat nak fikir benda2 ni semua,Boleh ya kak?tolong lah saya rayunya lagi.
Mana akak ada masa As oii!banyak kerja jawapku pendek
Alahai kak,rumah kemas hari2 pun sama je,boleh le tolong saya,saya tahu siap je!nanti saya bayar lah!kata As lagi.
Kalah dengan rayuannya,aku angguk tanda setuju.
Setakat tu je tau!jangan le minta macam2!kataku lagi
ok..ok...akak tolong saya tau...kata As lagi
Ok...jawapku lagi...(dalam hati,macam2 lah As ni!)

Pertama sekali,kena cari tukang jahit,setuju dengan harga,pergi pula cari kain dan hantar balik kat tukang jahit.SELESAI!

Penat sebenarnya,bukan mudah nak jadi orang tengah.
Kita kena buat semua!dari cari kain,beli kain,hantar kain ke tempat tempahan dan rungutan selepas siap.Buat kita tak sabar.
Berapa kak sehelai?tanya As sebaik aku selesai mengangkut 2 beg besar baju2 tu.
Ikut harga As lah!RM40 sehelai..jawapku
Mahalnya!tak boleh kurang ke?tanyanya lagi
Ish!tak boleh le,kan dah setuju dengan harga tu?kataku lagi
Mahal sangat tu kak?saya rasa macam tak mampu...katanya lagi
Dalam hati,itu hari dia yang bagi harga,bila dah siap banyak pula ceritanya)
Tak boleh!akak dah janji dengan tukang jahit tu harga sepasang RM40..jawapku lagi
Oklah!lain kali minta kurang sikit kak sambung As lagi
Dalam hati...aduhai,bukan mudah rupanya nak jadi orang tengah.Rasa tak berbaloi2.
Selesai urusan jual beli,aku pun berlalu...
Hati tak gembira,tak rasa seronok dengan jawapan yang As beri.Tekad!pertolongan pertama dan terakhir!Malas nak layan lagi.Serik!

Mula2 minta tolong,lepas siap!siapa sangka ini berlaku?
walaupun dia tak perasan,tapi hati ini tersentuh jua..

Kepada Ustazah As,ini aje bantuan yang dapat akak berikan,lainkali akak beri alamat dan As gi tempah sendiri ya.Akak dah tua,tak sesuai angkut kain ela banyak2.PENAT.....

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH