MIMPI

MIMPI MAINAN TIDUR?

Orang kata mimpi mainan tidur,orang kata bila mimpi yang menakutkan,itu bermakna sebelum tidur kita tak basuh kaki.
Walau apa pun orang kata!syukur aku jarang mimpi,kecuali sesekali sahaja.
Dek jarang mimpi,sesekali mimpi berbaloi baloi wehh!
Sekali mimpi mesti berpeluh di buatnya.Pada aku mimpi mainan tidur,itu benar.Mimpi bila kita penat,itu juga benar.
Cuma kalau dapat mimpi yang menakutkan,memang tak berbaloi tidur malam tu.

Perasan tak?kadang2 kita rasa macam tak lepas nak lompat parit atau kadang2 kita rasa macam nak jatuh dari tempat tinggi.Berdegup rasa jantung!Mak kata tu bukan mimpi tapi itu mamai!hahaha...ada2 aje mak ni.
Kebiasaannya mimpi yang aku dapat ada jalan ceritanya:
Mimpi banjir besar,mak kata nak dapat rezeki.Alhamdulillah.
Mimpi macam nak kiamat,mak kata itu biasa.
Mimpi orang ludah muka kita atau jumpa benda2 kotor,mak kata itu petanda tak baik,ada sesuatu yang bakal terjadi.
Mimpi api,mak kata itu juga tak baik buat kita.
Satu je mimpi yang aku tak pernah tanya mak,malu.....
Mimpi apa?tanya sahabat
Mimpi romen romen!muahahaha!

Apa yang aku nak kongsi bersama ialah..
Mimpi mati atau mimpi kita telah mati atau sewaktu dengannya.
Dalam mimpi tu,aku ada di ruang tamu rumah.
Aku kesana kemari,berlari2 anak.Aku nampak semua orang sedang menangis,semua orang mengelap air mata,semua orang menahan pilu.kelihatan adik beradik aku semuanya ada ketika itu.Mereka sedang teresak esak menangis.walhal,aku ada!mencuit dan menegur mereka.Namun semua orang tak nampak kelibat aku.
Ada apa ya?aku terpinga2,aku panggil mak,tapi mak tak dengar,aku panggil lagi mak tetap buat tak tau,Seolah2 kewujudan aku tak di sedari oleh mak.

Mak!mak!ini kita,ini kita mak sambil menarik2 baju mak, walaupun tak dapat menyentuhnya,aku cuba menarik perhatian mak,tak menjadi,mak tetap menangis seolah2 ada sesuatu yang buruk sedang berlaku dan tak perasan kehadiran aku masa tu,keciknya hati,mak tak hiraukan aku lagi.Huhuhu
Mak!Mak!ini kita mak!pandanglah kita!lihat kita mak,kita nak bercakap dengan mak walaupun sebentar cuma.Mak!.....
Aku pergi menyapa semua orang yang ada masa tu,tapi semua buat tak tahu.Masa tu aku bagaikan ibu ayam hilang anak,kesana kemari bagai tak keruan.
Tetiba...
Aku nampak sekujur tubuh terbaring kaku,aku lihat mukanya.AKU?aku dah mati ke?
Subhanallah,apa dah jadi ni?aku takut,aku gigil,satu badan jadi sejuk!aku takut...Ya ALLAH!apa dah jadi kat aku?
Aku pergi kat mak lagi...
Mak!ini kita,mak!!!Tiada jawapan,mak tak nampak aku!
Mak tetap menangis,mak lap air mata yang berlenang dengan hujung lengan bajunya.
Mak!kenapa mak tak dengar,kita panggil mak ni!kita ada dekat mak ni,aku tarik baju mak,tapi bagaikan tak tersentuh!aku panik,aku takut,aku tak keruan masa tu,apa dah jadi kat aku?aku pandang lagi sekujur tubuh itu,aku jengah lagi,sememangnya aku!aku nampak jenazah tu adalah AKU!

Aku tak daya,kaki aku lemah nak berdiri,kaki aku tak terdaya untuk melangkah,aku hanya pandang sepi jenazah di depan mataku itu,aku hanya dapat menangis semahu mahunya.
Aku sedar,tak guna nak nangis,aku memang dah mati.Aku dah mati!
Oh!tidak!!!!aku terus menangis sepuas hati..
Aku terduduk di tepi dinding,melihat orang menguruskan jasadku,aku hanya bertelengku lemah disitu,tidak jauh dari jasadku.
Aku pasrah! mereka mandikan,kapankan aku dengan lembut.Aku benar2 dah mati,aku nangis lagi dan nangis lagi...
Aku lihat semuanya dengan jelas,mereka mengusung aku keluar rumah.Aku dapat melihat semuanya.Subhanallah!subhanallah!aku dah mati!

Alfatihah setiap 7 langkah,aku lihat keranda itu meninggalkan rumah,aku ikut dari belakang,aku susur lahan perjalanan itu.Sah!aku dah mati,aku nangis sepuas hati..
Ya ALLAH ampuni aku.
Mak,kita dah mati mak!aku nangis lagi tapi tak seorang pun yang mendengarnya.

Sampai di tanah perkuburan,aku di masukkan ke dalam liang lahat dan di perkemaskan.Tanah di jatuhkan sedikit demi sedikit,sekarang yang tinggal hanya sebahagian muka sahaja.Aku panik sebenarnya,tak tahu nak buat apa.Yang mampu dilakukan,hanya doa sahaja.

Ya Allah Ya tuhanku,jika engkau beri aku kesempatan,aku ingin mengubah diri menjadi lebih baik lagi.Itulah doa yang aku ucapkan tika tu.Ketika usia aku menjangkau awal 20thn.

Tiba tiba,mata aku terbuka dan aku lihat keliling,aku nampak pintu,aku nampak meja,katil dan semuanya.sah! ini bilik aku!
Syukur!syukur!terima kasih ya ALLAH!kau dengar doaku.Terima kasih kerana memberi aku peluang lagi.Terima kasih!

Bila cerita dengan mak,air mata tua itu berlenang di pipi.
Itu tandanya ALLAH sayang kamu,ingat!solat jangan tinggal,tutup aurat.Emak cakap kamu tak mahu mendengarnya.Semuga mimpi ini akan buat kamu sedar,kita sebenarnya yang menzalimi diri sendiri.
Aku sekadar diam dan bisu tak bersuara.
Aku tak pandang sepi,langkah pertama yang aku buat ialah bersedia untuk memakai tudung kepala dan menutup aurat dengan lebih sempurna.
Aku mula memakainya tudung,pada usia 21thn di saat aku sedang meniti usia ke arah dewasa.
Aku tak lah nakal sangat,maacm anak remaja yang lain juga.Gaya hidup pun bukanlah sosial sangat cuma tak pakai tudung dan tak mengerjakan solat dengan sempurna.selebihnya aku macam biasa je.Bf pun tak de..banyak habis masa klr dgn kawan untuk shooping je...tak pernah masuk disko,tak pernah main cinta dan pendek kata tak pernah buat sebarang kemungkaran!.Cuma mungkin Allah sayang aku supaya tidak terlalu jauh dari landasannya.Memakai tudung telah memendekkan langkah ku,banyak perkara yang kita nak buat tergendala hanya kerana kita memakai tudung di kepala.walaupun aku tidak sempurna,tapi...aku sentiasa memperbaiki diri dari sehari ke sehari...Mudah2an..taubatku,doaku...Allah akan terima.aku sentiasa berharap agar bila aku mati...Aku sudah menjadi manusia yang bersih drp dosa yang kelihatan atau pun tidak,yang sengaja atau pun tidak...
Bila ingat mati,aku rasa...biarlah Allah panjangkan usia aku agar aku dapat memperbaiki diri sebelum menemuinya...

Ya allah..Ya..tuhanku...
Ampunkan semua dosa2 hambamu
Ampun segala2nya
Ampunkan apa jua perlakuanku..
Aku sedar aku banyak dosa..
Ampunkan aku...
Ampunkan aku....huhuhu...




Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH