MASALAH YANG TAK SUDAH!

SELAGI ADA NAFAS,MASALAH TETAP AKAN DATANG..

Masalah apa?
Nak tau?
Kaki perempuan,kaki lelaki,kaki judi,kaki minum,kaki rogol dan lain lain lagi.
Watak aku atau peranan aku?
Nak tau?
Jabatan Kebajikan Masyarakat!
Kenapa mereka cari aku?
Ha!ha!ha! sebab muka aku macam wanita melayu terakhir kot?
atau mungkin Allah nak duga aku.Walhal aku ni bukan baik sangat!mudah naik angin gak...
Almaklum,manusia biasa mcm kamu2 semua.
Dari bulan March lalu,aku jadi tempat rujukan sipolan,macam macam bantuan di minta,mulanya, nasihat,lama lama...minta duit!
Sekali,2 kali,3 kali,4 kali aku bagi percuma je.Aku bukan kaya tapi aku takut ALLAH murka jika aku tak membantu.Kerana aku mungkin ada sedikit kelebihan walaupun tak sehebat CT.

Kenapa dia jadi gitu?
Aa ahhh suami nak cari kasih baru!nak cari body baru,yang lama,agaknya dah tak mengancam!dah tak hangat dan dah tak sedap kot?
Masalahnya,aku yang jadi mangsa.Mereka bercanda pagi petang siang malam,laki aku pula yang kena tanggung masalah keluarga mereka.Pelik,pelik...
Puas aku cuba nasihat  suaminya itu,tapi tak berhasil,member buat dek je...
Baru baru ni,sang isteri hantar sms nak pinjam duit lagi.Selama ni,aku bagi percuma je tapi kali ini, mungkin malu,dia kata nak pinjam je.Agak agaknya bila le nak bayar kan?kerja tak de sumber pendapatan pun tak de,ada hati pula nak bayar!boleh caya ke?
Tindakkan aku?
Sudah pasti lah sang suaminya yang dia cintai bagai nak rak!
Aku tefon mamat gatal tu
Weiii!aku ada hal nak cakap ni
Ada apa zie?balasnya
Bini ko call aku nak pinjam duit utk bayar peti sejuk.Kataku padanya
Berapa dia nak pinjam?tanya nya lagi
Tak banyak Rm200 je balas aku
Peti sejuk aku RM123 je.Kenapa dia nak pinjam RM200 lak!jawapnya caya tak caya
Aku mana lah tau,RM123 ke RM200 ke,apa aku peduli?ko punya peti sejuk ko bayar le...awat aku lak yang  kena bayar?aku punya peti sejuk pun tak terbayo tau!kata ku lagi...
Alah..ko kata je ko tak de duit!habis citer!katanya lagi.
Dalam hati,musibat betul mamat ni,mudah betul dia lepas diri.Anak bini nak makan apa jika begini caranya!dia sibuk bercinta tapi keluarga terabai.
Ginilah,aku minta ko settle le masalah keluarga ko ni,jangan le letakkan masalah ko ni atas bahu org lain.Aku tak bekerja,harapkan suami.Kalau aku bagi maknanya.,duit suami aku.Tapi,dah banyak kali ni,aku malu le kang suami aku kata kawan kawan aku ni semuanya bermasalah!Tolong ya,ko selesaikan.Kalau boleh tak mahu cari aku lagi..anak anak ko pun dah besar,aku rasa ko org mampu utk hidup mcm org lain kataku panjang lebar.Aku minta maaf sebab tak dapat nak bantu lagi,aku pun dah tak daya lagi nak urus masalah orang lain.Tolong lah,jangan ganggu aku lagi pinta aku lembut.
Oklah Zie...nanti aku selesaikan..balasnya lagi dengan suara paling sayu.Mungkin dia ambil hati atau dia akan terus buat tak tahu?Hanya Allah yang mengetahuinya.

Persoalannya:
Layak le lelaki macam ni nak berbini lebih dari 1!
Layak ke lelaki ini di panggil bapa atau suami?
Layak ke org mcm ni di tolong,Sang siteri berFB kat HP je,berbagai bagai status keluar!Jom kita makan nasi beriani Batu Pahat!jom kita gi sana jom kita gi sini!pendek kata macam macam status riang ria yang keluar setiap hari!
Aduhhhh!!orang macam ni pun ada..sakit kepala di buatnya.

Ya Allah Ya tuhanku,aku bukan kaya Ya Allah,aku tak bekerja,aku harapkan ikhsan suami untuk makan dan pakai,tapi,kawan kawan aku cuba mengambil kesempatan di atas kebaikkan hati aku ni.Bukan dia sorang yang cuba mempergunakan aku,ramai!tapi,aku tak mampu Ya Allah,aku tak kaya,aku tak punya harta melimpah ruah!aku cuma ada secukupnya..
Maafkan aku kawan kawan,bukan aku tak mahu membantu,tapi aku sendiri kena tanya diri!apakah aku mampu?






Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK