TRAUMA KAH AKU?

MAINAN PERASAAN SAHAJA

Aku takut pada kegelapan!
tambah2 lagi,dengar kadar jenayah yang meningkat,malam adalah waktu buat aku tak lena tido.Aku takut dengan bayang2 kejahatan insan zaman moden ni.Kalau dulu2,bila malam je orang semua tido,kucing tido,ayam pun tido...tapi..sekarang ni,lagi malam lagi hidup dunia ni..



Sejak dari dulu2 lagi,aku memang tak suka malam,aku jadi takut!kadang2 terfikir jika ada orang jahat masuk dan perlakukan yg bukan2 kepada aku dan anak2.Pasti aku akan meraung setengah mati!semuga ALLAH tak duga aku begitu.

Kes sembelih leher orang pun buat aku trauma!aku takut betul!bila aku tertido dan sedar leher aku terdonggak sikit pun aku akan betulkan sebab takut orang akan mudah sembelih leher aku tu,ngeri le.Bila baca citer orang bunuh orang !aku jadi lebih trauma!aku jadi lebih stress!

Seandainya dia masuk utk ambil barang2,aku akan biarkan dan halalkan,asalkan jangan di apa2kan kami.
Malamlah waktu rehat yang paling baik!tubuh kita berehat di malam hari,usus kita akan berhenti bekerja ketika kita tidur.
Pendek kata,malamlah satu masa paling baik untuk berehat di rumah.


Walaupun aku dah tertido awal,dalam pukul 2@3 pagi,aku pasti bangun untuk lihat sekitar rumah.Aku akan dok dalam gelap hanya untuk jadi pemerhati hehehe.Dah mcm burung pungguk rindukan bulan je.Tak tau nak buat apa,tapi itulah aku,pada aku malam tu banyak orang jahat!mcm hantu juga,malam2 baru nak keluar!mana ada hantu keluar siang hari!.Itu sebab orang kata,orang zaman sekarang bukan kita takut hantu!Tapi hantu yang takut kita!


Aku selalu pesan kat anak2 dara aku,jangan tido mati tau!pasang2 sikit telinga tu,orang jahat ramai kat luar tu.Semuanya cerdik2 belaka!pantang lepa pasti dia bermaharaja lela.Kebanyakkan kes yang dahsyat2,mungkin orang luar kot yang buat,Orang Indon misalnya,boleh tahan galak juga mereka.Habis merompak!boleh balik seberang.Asalkan ada ongkosnya,bisa aje ke seberang tanpa banyak soal!orang Malaysia tak mungkin buat gitu kecuali merogol je.
Kenapa cakap macam tu?
Betullah!orang melayu tak kerja,dok goyang kaki je.Orang asing datang Malaysia untuk cari duit,mereka tak sempat nak cari hiburan lain,kalau ada pun,boleh di kira dengan jari!
Pandai betul kau buat huraian kan?kata sahabat
Hehehehe!cakap tak berbayar!suka hati le nak cakap apa pun!balasku pula


Orang kata malam tu indah,tak di nafikan malam mmg cukup indah!tapi...malam juga akan buat kita sakit jiwa dengan bayang2 kejahatan manusia yang ungkal maarif!orang lain tido,mereka bangun untuk menduga kesabaran orang.Menteri kata Malaysia negara selamat,tapi....hari2 kita baca mcm2 citer yang buruk2 ttg Jenayah!merompak,mencuri,merogol,membunuh dan 1001 mcm lagi masalah..
Menteri mana yang kata macam tu?Tanya Kak jah garang.
Sabar kak,sabar...menteri tu gurau kot?kata ku lagi
Menteri yang kata macam tu di panggil menteri lahabau!kata Kak leha lagi

Ada sahabat beri usul,mungkin satu hari nanti setiap orang ada pistol sendiri untuk lindungi diri sendiri.Nak harapkan polis?payah sikit le...call lambat datang!ada aje alasannya...call pukul 9 pagi!tapi...sampai pukul 11 pagi!pernah aku terkena..
kenapa Encik lambat?
Ada kerja lain kak?
ooo...gitu ke?Encik tau tak?kalau orang jahat tu dapat masuk rumah saya,mungkin dah mati semua orang dalam rumah ni tau..
Maaf kak...
Itu aje yang mereka akan katakan...apa kita nak buat?sabar je le....

Sebab tu,kita sendiri kena cari alternatif untuk keselamatan klrga dan harta.Pergi le upah pak gate ke,rela ke,atau bela anjing2 yang ganas2 tu.
Namun begitu,aku faham,hanya polis yang blh kautim isu2 jenayah ni.,Sebab mereka terlatih!
Cuma sejak kebelakangan ni,mereka agak sibuk dgn isu2 politik yang tiada kesudahan.Ada mcm2 hal yang berlaku,simbah cat lah,pijak gambar lah..fitnah le dan berbagai isu2 remeh temeh yang lain.
Kerana kesibukkan melayan ahli2 politik ini,tumpuan mereka kurang pada isu2 jenayah yang lain..
Sebagai rakyat kita perlukan kepakaran mereka untuk membenteras jenayah,tapi,setakat ini,masih gagal untuk mengurangkan kadar jenayah di Malaysia ni..
Apa yang perlu kita lakukan?
Berusaha dan kemudian bertawakkalllah!

Walaupun aku takut malam hari,
Tapi..
Aku kena rehatkan badan juga,aku kena bekerja seperti biasa
Selamat malam
zzzzzz



Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH