LESEN RADIO

SATU KETIKA DULU..

Pernah dengar?mungkin bebudak generasi baru tak pernah tau.Dulu dulu, setiap rumah yang berTV dan beradio mesti ada lesen!Tak mahal cuma RM24 setahun.Menjadi  kesalahan beso, jika kita tak mempunyai lesen.Lesen lesen ini, boleh di dapati di mana mana pejabat pos kat Malaysia ni.

Biasanya,lesen lesen ni, akan di bingkaikan atau di semat kat mana mana tempat yg mudah di lihat atau di cari bagi memudahkan pemeriksaan penguat kuasa  kelak.



Yang menariknya,pada masa tu RM24 tu besar sangat,mana ada orang yang mampu atau sewenang wenangnya nak keluarkan RM24 hanya untuk sekeping kertas?Pada hemat aku lah,semua lapisan masyarakat tak peduli bab bab ini semua, daripada beli lesen baik le kita beli beras!Tapi,di sebabkan ianya WAJIB!semua orang mesti ada lesen ini,jika tak mahu di denda.

Lesen TV di mansuhkan pada 1999,kalau tak silap aku le.Zaman Rahmad Rahmat menjadi Menteri Penerangan,itu pun kalau tak silap fakta!he!he!he!

Yang aku nak imbaukan balik ialah gelagat masyarakat yang tiada lesen ketika di periksa oleh Pihak berwajib termasuklah mak aku.
Bila ingat balik,kesian mak aku,macam macam cara dia nak tutup kesalahan tu.Nampak je kelibat orang orang ni.Mak akan berusaha untuk menyembunyikan TV dan radio.Walhal,macam mana gaya pun,TV atau radio itu sememangnya sukar untuk di hapuskan!he!he!he
Macam mana nak hapus?
Kah!kah!kah!
Macam macam cara tu,zaman itu TV masih hitam putih,saiz pun besar siap ada pintu!Biasanya,penguatkuasa main terjah je,sampai depan pintu, bukannya ,mereka tunggu di luar rumah,mereka akan serbu masuk ke dalam rumah!Nak ikut hukum akal,memang payah nak tipu.Adakalanya,alasan paling paling bodoh akan di berikan.TV dah lama rosak atau TV ada tapi tak pernah tengok pun Tak ke haru biru!Mujur antenna TV rumah aku kat dalam,boleh le buat tipu sunat!kalau kat luar?dah jelas lagi bersuluh le

Mak cik ada TV?biasanya soalan inilah yang akan mereka tanya
Tak de,dah lama TV mak cik rosak jawap mak perlahan
Biasanya,mereka akan masuk dan siasat sendiri cuma,jika tuan rumah kata rosak!tidak pula dia cuba menjadi mata lalat tapi..kebanyakkan mereka akan jadi mata lebah!Faham tak?kalau tak faham,boleh le pm saya.He!he!he!
Adakalanya,TV tu akan di bungkus macam kuih koci!tak nampak body langsung!
Punyalah pandai mereka sembunyikan.Walaupun dalam  keadaan terdesak,akal mereka tetap berjalan,Itulah gunanya kemahiran hidup.

Jika di fikirkan balik,penguatkuasa itu mesti faham situasi masyarakat,sebab itu mereka buat buat tak tahu je,kalau ikut logik le...mereka masih boleh cuba hidupkan TV itu untuk kepastiaan...mengapa mereka tak berbuat demikian?Kerana.......mereka dah tau,penipuan sedang berlaku!..ha!ha!ha!...
Apa apa pun...aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada penguatkuasa yang pernah terjah rumah aku tu dulu.Dengan budi bicara mereka le mak aku tak di saman!Jika mereka saja nak perdajalkan mak aku,pasti mak aku dah lama kena denda dan mungkin berhutang hingga sekarang.
Lagi satu,bayar lesen tak berbaloi,citer tak banyak yang sedap sedap.Yang ada hanyalah citer citer yang penuh dengan pengetahuan Am!iaitu berita,peristiwa dan dewan rakyat!Kartun pun cuma ada Disney,Cumi dan Ciki serta citer P Ramlee.

Zaman tu,mana ada siaran TV macam sekarang ni,yang ada cuma TV RTM je.Kebetulan kami dok di Johor,dapatlah siaran Singapore moden le sikit...he!he!he!
Rasanya dengan siaran dan cerita yang terhad tu,RM24 tu tak berbaloi2 kot?
Mujur sistem lama ni dah di hapuskan,jika tak,makin ramailah orang tak beli TV dan sebagainya.Sejak lesen ini tidak di wartakan lagi,mak aku boleh menonton dengan hati yang gembira.He!he!he!
Silap haribulan TV tengok dia!he!he!he!





Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH