MENUNAI HAJI KE MEKAH

LUAHAN HATIKU

Kak Uda dan Abang Uda,
Seronoknya...lihat pasangan ini bersiap siap untuk mengerjakan haji pada 22hb ni.Bertuahnya mereka kerana dapat ke sana untuk mengerjakan rukun islam.Mungkin sudah lengkap diri mereka kerana dapat melakukan 5 perkara dalam tuntutan Rukun Islam itu:
*Mengucap 2 khalimah syahadat
*Sembahyang 5 waktu
*Berpuasa di bulan ramadhan
*Menunaikan haji kepada yang mampu
*Mengeluarkan zakat
Alangkah bertuahnya mereka mereka yang dapat menunaikan 5 perkara itu dengan sempurna.

Bila giliran aku?Entah le...mungkin ada cuma tak tau bila.Mudah mudahan,sebelum aku menutup mata.Bila melihat mereka,hati aku pula berbunga bunga...tumpang gembira sama melihatnya.Mudah mudahan mereka selamat,mereka di kurniakan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah ini dan semuga mereka mendapat haji yang mabrur..amin..

Kak Uda dan Abang Uda,
Kita tak menitip sebarang surat sebagai tanda perpisahan tempohari,bukan sombong atau ego..kita tak tahu nak kata apa.Kita sedih sebab kita tak dapat ikut serta cuma..kita berharap agar kak uda dan abang uda tak lupa untuk sampaikan salam kita untuk Rasulullah,sebutlah nama kita di sana agar ada kesempatan untuk kita dan keluarga menziarahi nya sendiri.Dan melihat makan Rasul dengan 2 mata ini sendiri.Kita pasti kita akan dapat kesana antara cepat dan lambat je.Allah pasti mendengar luahan kita,kita pasti....

Kak Uda dan Abang Uda,
Sekarang ni,zaman orang semua mengutuk Nabi,burukkan nabi dengan berbagai cara.Bukan orang asing je yang mengutuk nabi, orang islam sendiri pun sama.Sebagai umatnya..kita marah!sakit hati kita,kalau kita ada kekuatan,kita pasti akan cuba menutup mulut mereka mereka itu,tapi,siapa lah kita,tak punya kuasa,kita hanya punya suara yang lemah untuk mengatakan ketidak puasan hati.Apa yang dapat kita buat hanyalah mengikut pesannya,mengikut Al-Qur an dan sunnahnya dan sentiasa ingat padanya Ya Rasulullah..

Rasulullah
Dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya
Kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau
Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam al quran
Rasulullah
Kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu dan
Kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Begitulah indahnya bait bait ayat ini...semuanya terluah daripada hati yang sentiasa merinduinya.
Walaupun semua golongan mengutukmu tapi...hati kami tetap bersamamu.Mudah mudahan keimanan kami tetap! dan tak berganjak walau seinci pun...
Mati dan hidup kami hanyalah islam.Islam kami indah,islam kami ialah agama terbaik.
Apa pun kata kamu,kami tetap akan bersama Islam.
Mudah mudahan kami di jauhi daripada semua bala dunia kesan daripada kesombongan mereka.Amin..



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK