AL FATIHAH

PERGI TAK AKAN KEMBALI

Assalamualaikum,Zi..sayup terdengar suara kawanku dari Selatan
Waalaikumussalam...ada apa hal Zan,pagi2 tefon?Tanyaku seperti biasa.
Kak Ina dah meninggal...Jawapnya sayu...
Innalillah Wainalillah hirajiun,bila Zan?tanya ku
Pagi tadi,pukul 7.30 pagi...
Dah ajal kan Zan..mohon agar Arwah di tempatkan di kalangan orang2 beriman ya..
Yalah...harap2 begitulah...jawap Izan lagi..
Oklah..nanti saya bagitau rakan2 yang lain...Terima kasih ya...
Ganggang tefon di letak...terdiam aku...
Sejak tefon aku rosak tempohari,banyak no tefon kawan2 hilang ...tu yang buat aku terlupa pada Kak Ina.Kali terakhir aku call dia,lbhkrg 2 @ 3 bulan yang lalu...
Suaranya seperti biasa..ceria..
Jika kita bertanya...Kak Ina sihat?Dia pasti akan tanya balik...Zi dengar suara Kak Ina mcm mana?sihat ke sakit?Sudah pasti aku akan jawap..sihat!kerana suaranya tidak membayangkan keadaannya yang sebenar.Kak Ina,kakak kwn baikku dan kawan kepada kakakku...Aku mengenalinya sejak 1983,di sebabkan jarak umur yang agak jauh,kami tidaklah di kira rapat sangat...cuma bila aku berkawan dengan si adik,baru komunikasi kami menjadi baik dan banyak kenangan manis bersamanya...
Selepas berkahwin,kami memulakan haluan masing2 sehinggalah...2011 sekali lagi kami berhubungan gara2 si adik yang mempunyai masalah rumahtangga ketika itu.Masalah si adik cukup besar tapi...kerana keegoaannya...semuanya menjadi lebih kalut!.Semasa kita kecil,kakak abang yang menjaga kita,sebaik sahaja kita berkahwin,corak kehidupan akan berubah jika kita mudah lupa diri.Kita selalu lalai bila kita ada sedikit kemewahan...walhal,masa kita kecil2...merekalah yang mendampingi kita siang dan malam.Agama mengalakkan kita mentaati suami..tetapi...usahlah membabi buta!Ada isu2 yang tak elok di ikuti,kita perlu terangkan dengan baik kepadanya.Mustahil suami kita tak faham...Islam pun tak galakkan kita memutuskan silaturahim antara saudara seislam sekalipun.

Hari berlalu...aku hampir lupa pada nya..sehinggalah pagi ini...berita ini buat aku kesal,kenapalah aku tak cuba menjejaki beliau walhal aku ada balik ke selatan minggu lepas.Aduh!cuainya aku...kesana sini boleh sampai tapi...aku tak cuba menziarahinya...Maafkan saya Kak Ina..semua ini menjadi satu pengajaran pada saya di masa akan datang.

Telefon berbunyi lagi...
Hello....
Gee...ini aku...sayup suara tu...
tersentak aku!lama betul aku tak dengar suara ini,apa mimpi dia walaupun aku tau tujuannya menelefonku.
Gee...ini aku,Kak ina dah meninggal...terdengar tangisnya...
Aku tau...pagi tadi Izan bagitau...aku dah hebahkan pada kwn2 dan Kak Zah.Tapi...kami minta maaf sebab tak dapat ziarahnya.Kak zah otw ke Senai untuk menunaikan Haji di Mekah.Sampaikan takziah utk emak dan abah ko ya....kami semua sayang ko ...
Ya...aku tau...tangisnya bertambah kuat.
Oklah...bawa kereta baik2 ya....Take care...pesan ku...
Terima kasih Gee...balasnya sebelum perbualan di matikan.
Berderau darah tak hilang lagi...inilah suara yang hilang lama...kami semua tertanya2 kemana gerangannya pergi.
Dari kejauhan aku selalu  mencari khabar...aku tau keadaannya cuma kami tak pernah bertemu sejak dia menjauhkan diri daripadaku...
Sahabat...
Kak Ina..selalu tanya pasal ko...dia terlalu risau keadaan ko...Masa ko tgh ssh tempohari...Kak Ina buatkan sembahyang hajat agar Allah permudahkan jalan ko...Hubungan adik beradik tak akan putus wahai sahabatku.Kita sentiasa memerlukan pertalian itu,tambahan di dunia serba moden di mana nilai perkahwinan terlalu rapuh!kita tak tau bila kita akan jatuh ke bawah!Suami hanyalah pinjaman,Allah bagi kita untuk meneruskan kehidupan yang menjadi fitrah manusia iaitu berpasang pasangan.
Tapi...mereka tak kan kekal..lambat laun mereka akan tinggalkan kita jika kita tidak elok di mata mereka.Itulah perangai lelaki zaman kini.Kita tak boleh mengharap walaupun kita di galakkan jangan berhenti berharap.
Sahabat,aku tau ko kesal...kerana hubungan kalian yang tak baik selama ini.Tapi...Kak Ina tak pernah benci ko...kerisauannya menjadi beban dalam diri...Mana mungkin seorang kakak mampu mendiamkan diri ketika seorang adik memerlukan pertolongan.Tapi...silapnya ko...tidak menjadikan adik beradik sahabat yang sejati..Walhal..merekalah yang paling memahami kita sebenarnya.
Bila dia pergi...ko tak mungkin dapat memiliki hatinya,ko tak mungkin dapat dengar hilai tawanya lagi..ko tak akan dengar gemersik suaranya dan ko tak akan dapat merasa hangat tubuhnya lagi...semuanya dah pergi ....
Sebagai kawan,semua ini menjadi contoh pada aku agar sentiasa menghargai adik beradik.Pada aku...merekalah sahabat,merekalah saudara di dunia dan akhirat.
Pemergian Kak Ina mungkin ada hikmahnya..Kak Ina pasrah dan berserah pada nasib...Namun,Allah menyayanginya...Allah ambil dia kerana Allah tak mau Kak Ina rasa kesakitan itu lagi.Pergilah Kak ina...kami akan menyusul nanti...

Mohon Allah  panjangkan  pertalian kami dan memberi keberkatan kepadaku...amin..


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK