ISU FILEM HINA NABI S.A.W

SATU YANG BUAT KITA KECEWA

Isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad menerusi filem ternyata menguji
 umat islam. Apakah umat islam ambil sikap marah, atau umat islam mampu memanfaatkan penghinaan untuk memperkenalkan islam kepada manusia?

Jika kita tengok sendiri  filem tersebut, memang secara spontan akan lahir perasaan marah; mulut terus membebel ayat-ayat makian bagi kaki maki; mulut akan keluar ungkapan istighfar bagi mereka yang lidah tidak pernah putus dengan ungkapan zikrullah.

Marah memang marah, kerana itu adalah hakikat bagi manusia yang menyayangi. Orang yang terlalu sayang kepada ibubapanya, akan marah jika ibubapanya itu  dihina; orang yang sayangkan gurunya yang didoktrin keramat juga akan marah, jika guru yang dianggap keramat itu dihina. Hakikat sayang, boleh melahirkan benci bagi menyalahi bendayang disayangi.

Marah adalah perkara emosi. Ia tidak boleh disalahkan kerana ia sememangnya wujud dalam diri manusia.  Yang salahnya apabila manusia itu emosional, iaitu marah yang melampaui batasan yang sepatutnya.

Marah itu jadi bagus, jika ia dapat memberi kebaikan. Tetapi marah akan jadi buruk, jika ia dijadikan  sebagai alat untuk melakukan tindakan luar dari rasional kemanusiaan.

Isu hina Nabi Muhammad SAW, sewajarnya wujud perasaan marah yang boleh mendatangkan kebaikan. Dengan maksud, kemarahan itu  tidak melampau, disamping ia memotivasikan diri kita untuk melakukan pendekatan yang lebih hemah dalam memperkenalkan islam kepada manusia. Tetapi, jika tindakan kita keterlaluan sehingga berlaku pertumpahan darah, penafian mutlak terhadap hak kebebasan, ia akan mengundang pandangan buruk kepada Islam itu sendiri. Sememangnya, pandangan buruk ini amat disukai oleh musuh-musuh Islam.

Filem itu dibikin, mungkin dengan tujuan provokasi. Ia sengaja diwujudkan untuk menaikkan kemarahan umat Islam yang seterusnya pihak pembikin filem mahu tengok pertumpahan darah dilakukan di pihak islam. Apabila ini berlaku, ia merupakan modal dan model terbaik untuk dijadikan bahan persepsi masyarakat lain untuk memburukkan islam di masa akan datang.

Ekoran itu, kita perlu berhikmah dalam hal ini. Kita berdemonstrasi, pastikan demonstrasi yang mendatangkan natijah yang baik. Kawal emosi, jangan sampai emosional. Kawal akal, agar bertindak rasional. Unsur keganasan hendaklah dijauhi, agar ia tidak dijadikan modal dan model untuk memburukan islam di masa akan datang.

Isu ini tidak rumit diselesaikan jika diselesaikan dengan rasional, tetapi akan menjadi rumit jika mahu diselesaikan dengan emosional. Tariklah rambut dalam tepung itu dengan segala kebijaksanaan, supaya tepung tak berselerak, rambut tidak putus.

Wallahu ‘Alam.
Al Bakistani..(izinkan saya menyalin untuk simpanan blog saya ni...)


Kalau kat atas tu org bijak pandai yang menulis,tapi orang mcm aku ni,pendapat mcm org kebanyakkan yang lain juga.
Ginilah...aku pun marah juga bila orang kutuk Nabi kesayangan kita.Memang marah!kalau aku ada kuasa,pasti aku akan bersuara membantah dengan lantang sekali.Aku mesti buat sesuatu sebab aku sayang Nabi,aku akan selalu rindu nak jumpa Nabi.
Sakit hati ni...geram dan jiwa jadi memberontak!tapi....ada kebenaran pendapat2  yang pernah aku baca....kalau sayang nabi kita kena berubah,kita kena ikut sunnahnya,kita kena kuat dan sentiasa bersama..kukuh mempertahankan islam.Tapi...apa yang kita lihat hari ini?islam dah mcm islam yang menyukarkan!semua orang islam sendiri membenci dan takut dengan Islam.Kita  nak buat apa lagi?bila pemerintah yang kita pilih utk menerajui negara kita sendiri tak bersuara..diam seribu bahasa...hati ni sakit,terluka dan geram dengan sikap pemimpin kita tu...kalau bab muka kena pijak!semua anggota PDRM di kerah utk menjejaki manusia itu.Bila bab mcm ni?kamu semua lihat le sendiri..
Malas nak komen lagi....
zzzzzzzz

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK