ANAK PERTAMA

AINA FARHANA

Kini aku gembira
Yang ku tunggu dah tiba
Anak ku lahir sudah
Hai anakku yang pertama

Sungguh cantik rupanya
Lirik wajah ibunya
Bertapa bahagia
Hai...dengan kehadirannya

Kau ku jadikan raja
Didalam rumahtangga
Kucurahkan semua
Hanya untukmu sayang

Buah hati
Wahai permata
Besarlah kau segera
Anakku yang pertama


                                            Gambar hiasan sahaja...bukan muka Aina Farhana
Anak sulung aku lahir setahun perkahwinan kami.Masa tu...aku tak le mewah sangat.Dengan gaji suami RM1600 je...kami meneruskan kehidupan serba sederhana.Tiada apa apa yang istimewa pun untuk aku ingati,masa tu..aku tinggal di rumah sewa  dengan kadar bayaran RM150 sebulan.Rumah kosong bagai padang jarak padang terkukur!Tapi kami bahagia.

Hari demi hari..akhirnya anak aku lahir setelah 9 bulan 10 hari duduk di dalam perut ni.
Tus!tetiba terdengar bunyi mcm letupan kecil je...aku yang tengah tido di subuh hari bingkas bangun.Terasa air mengalir membasahi kain yang di pakai.Berlari ke bilik air kerana fikir aku terkencing!tahan punya tahan..air tetap klr juga.
Melalui pembacaan,aku tau aku akan melahirkan anak yang di tunggu2 tu...
Bersiap sedia ke hospital.Masa tu..hanya mampu ke hospital besar je...ada duit tapi..pada aku lebih baik di peruntukkan untuk akikah dan kenduri nanti.Kebetulan kawan2 pun sering kata...beranak kat mana pun tetap sakit!hospital swasta ke,kerajaan ke...sakit tetap sakit..

Aku yang tak tau apa2 ikut aje pendapat ramai.Keputusannya...beranak di hospital kerajaan.
Sampai di hospital..macam biasa le..terhegeh2!nak daftar,nak cek buka rahim pun semuanya lambat kecuali jika nyawa benar2 di hujung tanduk!
Pengalaman ini semuanya amat berguna,banyak yang aku belajar daripada pembacaan sahaja.Bila nama di panggil masuk di sebuah bilik,kelihatan seorang Dr lelaki yang muda sedang menanti...
Buka kain ya...dan naik atas katil tu..
Apa?buka kain?tanyaku
Ya...baring kat situ..balasnya
Aku pun dah macam orang bodoh naik dan baring cuma kain aku tetap tak buka...malu siut!
Dr muda tu macam faham je...sambil di masukkan sesuatu untuk melihat berapa cm pintu rahim dah buka..tanpa melihat cuma pastinya sekilas pandang le...klu tak...lain pula jadinya nanti...!
Malu mmg malu...orang lelaki ni kadang2 pandai buat anak,tapi...perempuan juga yang menanggungnya.Malunya....
Selepas selesai di periksa..aku di masukkan di ward..sepanjang hari itu,rasa sakit mmg tiada.Muka selamber je...sesekali..nurse tanya..sakit tak kak?tak...jawapku..
Masa melawat,suami,mak datang...hantar makanan..aku makan sambal udang dan lain2 lagi...masih tak sakit lagi...
Selepas maghrib,terasa sakit pinggang,bawah ari2 bagai di pintal2...sakit berulang2 kali...aku muntah 2@3 kali..semuanya aku urus sendiri.Pergi ke bilik air sambil nangis2,mana nak tahan sakit,mana nak basuh kain muntah aku sendiri.Tiada yang membantu...semua buat sendiri...Aku dah tahan lagi...aku rasa dah nak buang air besar,di samping sakit yang semakin kerap.sedihnya rasa hati..layanan yang aku dapat sangat memeritkan...Atas usulan rakan2..aku pergi jumpa seorang nurse yang sedang tido.

kak,saya rasa nak bersalin lah...
Lambat lagi tu...anak sulong tu...silaphb esok pagi pun tak bersalin..pergi tido!balasnya
Kak,saya rasa mmg mcm nak bersalin..sambil muka berkerut menahan sakit
Awak ni...suka sangat ke Dr masukkan jari kedalam awak punya tu...ingat elok sangat ke?balasnya lagi
Kak...saya tak kira..saya rasa nak bersalin sekarang...bantahku
Dia bangun untuk kejutkan Dr yang bertugas..semua orang sibukkan tido je...sakit kita,tanggung le sendiri.
Bila Dr pekse..terus dia suruh hantar ke ward bersalin.
Tak lama kemudian...anakku pun klr!
Kelibatnya nampak gelap!suara pun tak keluar!rupa2nya anakku sudah lemas!dia terpaksa di tahan di ward atas sebab hampir lemas dan di khuatiri dah minum atau makan najis sendiri.
Masa tu..nak marah,nak apa pun tak tau...sebagai pesakit,aku mmg akur...tak tau nak buat apa2 pun...
Sehari je aku dok kat hospital,anakku di tahan hampir 24jam!hasil pemantauan...semuanya ok dan dia boleh di bawa klr keesokkan harinya.
Allah huaakbar...Allah maha besar...dalam sekelip mata je...aku dah jadi ibu..aku dah punya seorang anak yang di beri nama...Aina Farhana yang telah berusia 19thn kini.

Lahirnya dia bawa sinar,wpun kami tak kaya...tapi...kami cukup makan pakai,Aina cukup susu...tiada apa yang aku blh banggakan dalam hidup ini hanya kecekalan melayari bahtera menjadikan  kami semakin sukses sekarang..
.Alhamdulillah...

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK