ALAHAI...ANAK DENN

LELAH MENYERANG!

Kalau dulu,ada simptom selsema baru bawa ke semput,sekrg ni...dah sesuka je nak semput bila2..
Awaal pagi tadi dah mula tunjuk tanda2 nak semput,aku hantar juga ke sek.mcm biasa...


Balik dari sekolah keadaan mcm tu juga,tak de le teruk sgt,tghari masa nak hantar ke sek.kebangsaan,dia mengeluh....Alif rasa mcm tak selesa le...
Aku tetap hantar mcm biasa dan pesan agar telefon kalau ada apa2..atau aku akan datang masa rehat nanti.Masa dah sampai depan Sek.aku rasa mcm tak patut pula hantar dan pusing balik ke rumah.Biasa le anak2 ni...bila ada kat rumah tak le teruk semput tu...masih boleh bertahan rasanya.
Petang....bawa ke klinik,mcm biasa....Doktor periksa semua,alasan biasa juga,kahak kental,hidung sumbat dan semput melanda...kali ni tak ambil gas mcm gambar di atas kerana....banyak masalah kat hidung je.
Dapat bil...RM100!fuhhh!!mahal betul!ubat kecik2 je...tapi...harga melambung tinggi!
Kalau tak kaya,kayap doktor ni....keluh hatiku...
Kalau dah budak,tetap perangai budak juga...sakit sama mcm tak sakit pun...siap nak ajak gi Tesco!
Tak padan dengan semput!ada hati nak gi makan angin..
Lepas makan malam,bagi makan ubat,spray hidung,ubat titis utk elak hidung sumbat...akhirnya....mamat hensem tido dgn lenanya...


Mudah2an esok akan kembali sihat supaya boleh melakukan aktiviti seperti biasa..
Ibu Sayang Alif...

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK