AHAD YANG INDAH

RUTIN HIDUP

Pagi pagi dah bangun,kemas,basuh baju,siapkan apa yang patut sebelum keluar ke pasar.
Kebetulan,anak sulong aku balik,dia ni banyak cekadak sikit!Bila aku tak masak,dia akan kata
ibu ni,bila Aina balik,malas masak!Aina bosan le makan ayam goreng dgn kicap hari hari kat sana.Dahlah,cafe tu ada tikus,ada lipas rungutnya setiap kali balik ke rumah.
Selalunya aku akan jawap
Oklah tu,belajar le susah sikit,hidup nak senang je pun payah juga!dahlah malas belajar!ayat biasa tapi penuh bisa!
Alahhhh,masak lah,ikan merah masak sup tu...letak kentang banyak banyak
Apa?ikan masak sup?lomah den...sampuk suami yang tak sudah sudah FB je
Nanti saya goreng le sekelor untuk kamu balasku untuk mengampu si ayah
Ok....biasanya itulah jawapannya
Horey!...sorakkan kemenangan bagi si anak
Anak anak yang lain,tak berapa cerewet,apa yg di bagi akan di makan tanpa soal.Walaupun kadang  kadang tu ada juga permintaan mengejut!

Sebenarnya,untuk ke pasar Sitiawan ni,adalah satu detik yang paling sukar.Pasar kampung lah katakan,busuk yang amat!tak tau le nak kata apa tapi kalau di singkap balik kerusi meja rak segala mungkin segala ular ada terdapat di situ.KOTOR!
Pelik betul dengan masyarakat kita ni,tak bersistem langsung!atas je kemas tgk bawah!ehemmm...rasa nak muntah!
Tapi...apa nak buat,kat situ je,yang mudah nak dapat segala ikan,sayur dan ulam ulaman.Ada Tesco,giant atau billion tapi..pagi2 mcm ni...semuanya baru bangun tido..
Kalau lihat lantai! kalau orang cerewet mau puasa selamanya.Berlendir,berlumut dan pendek kata tak menarik sungguh!Bangunan lama,buruk dan uzur.Bayangkan bangunan lama zaman 50-an..

Dalam terpaksa,aku susuri juga lorong lorong kecil dalam pasar tu.Pilih ikan merah 4 kelor,bila sebut harga!RM40!walaweiii...mahalnya.Jika tak punya semangat yg tinggi mau aku pulangkan balik ikan ikan tu demi anak...aku keluarkan juga RM50,Wang bertukar tangan.Dalam hati,mahal gila harga ikan sekarang ni..Pak menteri buat apa le agaknya.Ada pantauan tapi,,tiada tindakkan di ambil.Kalau ada pun mengambil masa yang lama untuk di selesaikan.Meeting,meeting...hari pun malam.Selepas mengambil baki,aku susuri lagi ke arah belakang pasar busuk ni!kedai kedai menjual sayur pun mempunyai persekitaran yang kurang menarik ,kotor dan kelam kabut!Bab sayur,aku tak cerewet sangat.Apa pun boleh asalkan halal!
Aku susuri perlahan lorong lorong kecil untuk pulang.Dalam hati berkata,banyak yang perlu di buat di pasar ini.Wahai,pihak berwajib,pasar adalah tempat di makan bahan bahan mentah di jual,kat sini sumber makanan sebenarnya,Ikan,daging dan sayuran ada di jual di sini,kerahkan lah peniaga agar menjaga kebersihan sikit.Kadang kadang tu,sayur sayur tu di lepakkan di lantai macam tu je...geli betul lah!
Kalau dulu,pasar ini di panggil Pasar Tuak.Mula mula datang dulu ada juga pergi ke sini,bila aku tau punca org tempatan panggil pasar tuak,buat aku jadi serbasalah!bahagian bawah jual bahan mentah,bahagian atas jual makanan non halal!mcm mana tu?kita mesti rasa cuak kan?Lama juga aku tak kesini,hinggalah aku dapat tahu,bahagian atas telah di tutup dan hanya bahagian bawah sahaja di gunakan.Namun begitu,kadang kadang je aku ke sini,jika nak mengejar masa,aku akan beli di kawasan sekolah anak anak je..

Selesai semuanya,kami pulang,dan bermula lah perang periuk belangaku.
Juadah siap tersedia,kami makan bersama.
Sementara aku mengemas di dapur,anakku pula  bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Lumpur.Anak dara aku ni pantang cuti!kalau aku tak ke sana dia pasti pulang ke mari alasannya...Aina rindu bilik Aina.yalah tu..
Senang hati je dia,suka balik tak suka tak balik.Ingat balik tu free ke?sekali balik pasti habis RM50!kalau tersalah haribulan gara gara kecuaiannya...kena lagi keluar duit!ish.ish.ish...anak anak  zaman sekarang,langsung tak tau kesusahan.Taunya...duit pasti ada bila di minta.
Mudah mudahan anak anak aku menjadi manusia yang berakhlak mulia.Amin..

Selesai tugasan hari ini...aku tido hingga ke petang!YES!!





Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK