ADAT ORANG BERCINTA

SEMUA INDAH BELAKA

Kadang2 masa blm kahwin,kita selalu fikir yang indah2 je..
Kadang2 masa bercinta dulu,lbh baik drp berkahwin!klu dulu...kita selalu mengimpikan 1001 macam impian dlm perkahwinan kita....itu cuma anggan2 je...kenyataannya.....habuk pun tarak!
Sebulan dua je bahagia,selebihnya...suka tak suka...kita kena tempohi jua.
Mungkin lelaki pun sama,punya impian nak itu nak ini,bergantung pada pasangan.Jika pasangan sebaliknya...hancur harapan punah impian.


Tahun pertama hingga ke 5,sebenarnya thn mula2 kita mengenali di antara satu dgn yg lain.Org kata...jika lulus tempoh percubaan ini,thn berikutnya tak menjadi masalah lagi.Tetapi...jika 5thn awal ini,sdh berbagai mcm masalah...ianya akan berlanjutan hinggalah bila2..namun begitu,doa kena banyak2 jika dapat pasangan yg bertentangan dgn kehendak kita.
Seperti juga pasangan lain,aku juga tak lepas drp masalah rumahtangga.Biasalah...sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri.


Tetapi,ada satu hal yang jelas kelihatan dlm rumahtangga bangsa melayu ni ialah...suami tak romantik!jika romantik pun di musim2 tertentu je...Pempuan tak gitu...sepanjang hidupnya,ia akan pastikan hubungan sentiasa hangat cuma kebanyakkan lelaki tak faham...atau buat2 tak faham.
Kebanyakkan pempuan akan memastikan rumahtangganya tip top!suami di layan umpama raja,berbakti tak kira waktu...celik mata hingga tutup mata,pempuan akan memberi perkhidmatan tanpa jemu.Melahirkan anak bukan 1,2 atau 3!tapi....hingga 14 pun ada!atau lebih dr itu...begitulah budimannya pempuan.Pempuan tak nak harta,cuma nak perhatian je...kalau dapat suami berduit,itu kira bonus le...selebihnya...biar sederhana tapi...bahagia!
Lelaki ni....kadang2 mcm pembuli jalanan,mentang2 lah...agama srh pempuan taat setia kat mereka..ada yang mengada2 lak!order mcm le..kita ni..tak pandai penat!tak pandai marah!dan tak pandai menjawap!


Sikap lelaki ni,kdg2 membosankan juga..time ngurat dulu2,setiap hari!kalau blh nak melekap mcm ulat gonggok!tefon mcm dok sebelah rumah je...kdg2 naik lemas!Bila kita senyap sehari!cari..mcm le bagus sangat!walhal...hampasssss!!!
Lelaki ni...pura2 je...perangai mereka umpama hbs madu sepah di buang!Sebenarnya..sejak kita berkawan dgn mereka..kita kena bersedia untuk kena tipu setiap masa!dari segi perasaan,dari segi apa pun....dalam diri lelaki tiada kesetiaan pun...yang mereka fikir hanya seksual je...Cuba lihat contoh2 terdekat,isteri mati tak sampai setgh bulan!lelaki dah mcm lipas kudung!merapu tak tentu pasal!paling kuat,44 hari kemudian dah nak menikah lagi.Sebab tu...kita kaum pempuan ni...kena belajar menerima penipuan drp lelaki.Kalau sayang pun...jgn le 100%..tinggalkan lah 20% utk diri sendiri.Kalau sayang kita 100%!itu yang semuanya kita bagi...lps tu...yang ssh nya kita,yang menanggungnya kita...mereka?hai2 bye2 le jawapnya.


Kalau pempuan,hari2 istimewa mesti mereka ingat,hinggakan saat pecah dara pun mereka blh ingat tika dan saatnya.Tanya lelaki...mereka akan mereng sekejap sbb mmg mereka tak akan ingat dan tak mahu ingat!cittt!!!
Tarikh2 istimewa misalannya...sang isteri akan ingat sebab...hidup isteri ni..azab sebenarnya...20thn,kenyang makan penampau!kenyang makan maki hamun..sebab tu...pempuan akan ingat sentiasa.Jika 30thn usia perkahwinan,mereka juga akan ingat dan sgt menghargainya...nak tau kenapa?20thn atau 30thn bukan satu masa yang pendek!lama tu............kdg2...isteri mahu sesuatu,bukan kerana mata duitan..tapi...upah penat menjaga kerukunan rumahtangga...20thn atau lebih,menjadi bibik percuma!tak bergaji...tangan dah mcm kertas pasir!muka dah mcm pisang bonyok!pendek kata....mereka sebenarnya hendak di hargai..bukan di buli...mereka bukan nak intan permata..cukup sekadar hadiah ikhlas drp suami..

Kepada lelaki melayu atau apa bangsa pun...jangan anggap pempuan muda je cantik!pempuan tua pun cantik jika kena caranya.Tolong menolong,bekerjasama mengurus rumahtangga...bakal melahirkan wajah ceria sang isteri.Jika...di biarkan mereka bersendirian membina mahligai,secantik mana pun seorang pempuan akan berkerut juga dek penat ,letih,lelah dan yang paling dahsyat sekali ialah...STRESS!
Oleh kerana itu...belajarlah menghargai pasangan anda,jangan biarkan dia merana sendiri...apa jua permintaannya...tunai lah seadanya kerana...drp situ mereka juga menilai diri anda....wahai lelaki merangkap suami,merangkap pembuli dan merangkap tuan tanah kedaung!mengerti lah....


Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH