SELAMAT HARI RAYA!

KAMI UCAPKAN UNTUK ANDA SEMUA

Pagi2 lagi kami semua dah bangun,semua mengayakan pakaian baru yang berwarna warni.Ada biru,hijau merah dan macam2 lagi,meriah dan sangat meriah!
Lepas sembahyang raya,kami makan bersama dalam kumpulan ahli keluarga yang cukup ramai..84 orang semuanya!ramai kan?

Seisi bergambar di adakan,semua orang posing,semua orang seronok nak tunjuk gaya terkini.
Mungkin emak orang yang paling gembira,seorang warga emas yang di kelilingi orang2 tersayang.Mungkin dia bangga kerana,anak2,cucu2 semua menyayanginya.


                                    2012,kami berjaya berkumpul sekali lagi....


Senyuman seorang emak..apakah 2013 dia masih gagah begini?Di harap emak di panjangkan umur dan di kurniakan kesihatan yang baik,amin...


Selamat hari raya untuk semua..
Mak selalu pesan,kalau mak dah tak ada...jangan berpecah!sesekali berkumpul lah..
Hidup muafakat,yang susah di bantu,jangan lupa sedekahkan doa untuk mak dan abah.Harta yang mak ada,bagi sama rata,jangan gaduh2
Nanti mak yang dapat susah..
Ingat tau!
Jawap dalam hati....
Insyaallah mak,kami akan sedekah semua harta mak supaya mak dan abah akan bahagia di sana.


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK