HARI RAYA HARI BAHAGIA..

MASIH TAK PUAS BERCERITA..

Anak2 yang paling gembira,sebab bulan puasa dah habis!esok dah boleh makan sesuka hati....
Alif,Aaliya..raya sakan dengan baju baru,paling tak boleh tahan.dah pandai nak cari duit raya.Tak tahu nak buat apa,tapi...pada dia,duit raya adalah suatu keseronokan yang sukar di cari.

Kalau dahulu,kita hanya suka2 untuk cari duit raya,tapi,sekarang trend tu dah bertukar...sakit hati betul,bila bebudak mula mengambil kesempatan untuk cari duit dan bukan bermaafan di antara satu dengan yang lain.

Datang rumah orang hanya untuk duit raya?Tak patut,tak patut.
Datang rumah orang,salam pun tak pandai,main langgar bahu je...tetiba nak duit raya!
Aku rasalah kan,sebagai ibubapa,kita kena ajar anak2 adat bertandang,mesti beri salam,mesti hormat tuan rumah,mesti jaga tingkah laku,jangan le gelojoh sangat dengan duit2 ni semua...
Ini tidak,nak duit je...minta air,minta kuih tapi...tak makan!grrr

Kalau dulu,kita masuk rumah orang,semua orang dlm rumah tu kita salam..kita susur hingga ke dapur.Tapi sekarang,org yang bagi duit je mereka salam,kalau setakat kita dok goyang kaki,haram!tak di salamnya...
Kempunan le gamaknya ya  kak jemah!
Tak apa,Kak Jemah pun tak HERAN!Pinggan tak retak,nasi tak dingin,Orang tak ajak,dia masuk campur!

Maafkan saya ya..



Teringat zaman remaja dulu.,kalau dah malas nak layan bebudak datang beraya,kami buka lagu China.Pasti hari itu,duit raya tak habis!
Hehehe...


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK