RAMADHAN 2012

PENGALAMAN PAHIT BUAT SI KECIL

Tak sabar nak ajar Aaliya puasa,tahun lepas Alif dah mula berpuasa,kecuh!balik sekolah je terus meraung bagai nak rak!habis semua orang kena marah terutama teman le...Dalam hati, susah rupa2nya jadi ibukan?
Nak pastikan anak solat,anak puasa,anak jadi insan mulia bukan satu kerja yang mudah.Stress!

Beberapa hari kemudian si bujang teman dah ok,dah faham matlamat hidup,dah redha.
Dalam berhuru hara,dia berjaya juga menghabiskan hampir sebulan puasa.Kalau tak silap teman 3 hari je dia ponteng.Syukur..

Tahun ini,cabaran buat si anak dara.
Hari2 teman dah pasak dalam hatinya.Adik mesti puasa tau!kalau tak...jangan harap dapat berhari raya!
Dengan ini,esok semua orang kena puasa!
Ok adik!esok pagi bangun sahur lepas tu tak boleh makan sampai maghrib tau!
Dia angguk je.Entah faham entah tak....teman pun tak tahu.

Hari pertama..LULUS!walaupun ada sikit2 ragamnya,tapi masih boleh di kawal.
Hari ke dua hari ketiga...tetap ada ragamnya tapi masih boleh di kawal.


                                       Gambar Alif di ambil thn 2011,pertama kali berpuasa..

Hari2 berikutnya...
Sok sek kat dapur,teman nampak kelibat dia sedang makan biskut dengan selambanya.
Teman tanya...kenapa adik makan?
Dia jawap...saya lapar...
So sweet....dek lapar langsung tak bertanya.
Teman kata...ok,makanlah!esok jangan makan curi2 lagi tau?
Dia hanya senyap dan tak pedulikan teman,makan terus tak toleh kiri kanan.


Hari2 berikutnya...
Ibu!ibu!....boleh tak saya makan?saya lapar lah...
Tak boleh le,kejap je lagi..
Ibu!ibu!dah azan tu...boleh tak saya makan?
Tak boleh,kena tunggu azan no 3 tau...
Masa tu baru azan asar dan dia kena tunggu azan magrib lak!kesian tapi...tak dapat nak buat apa2 kena ajar juga agar dia faham kelak.Semasa menunggu adakalanya hingga tertidur di sofa,belajar lah sayang,anak2 kat Afrika tu..langsung tak makan,mereka masih bertahan hingga kini.


Hari2 berikutnya...
Si abang pun kadang kalanya,buat hal gak tak nak puasa sebab dahaga.Macam2 helah dia buat..
Ibu,kalau kita korek hidung,batal tak?
Tak....
Ibu,ibu...kalau kita terminum air paip,batal tak?
Kalau tak sengaja tak batal..
Tapi...Alif sengaja le...
Mana ada sengaja..Alif tipu kan?
Betul!sengaja minum...
Tak pe ALLAH ampunkan makhluknya...
Ibu ni....benci lah!!!baik Alif tido!..


Hari2 berikutnya...
Mengajar mereka berpuasa,sangat meletihkan,adakalanya...terdetik di hati,tak payah puasa le bebudak!letih nak layan kerenah kamu ni..
Untuk menarik minat mereka,macam2 hadiah aku tawarkan...
Adik puasa,nanti ibu bagi duit raya tau!adik nak berapa?
RM900 ribu boleh?
RM900 ribu?aduhai...anak2,ayah nak cari RM10 ribu pun,keje pagi petang siang malam anak oiii
Boleh tak ibu?
Jawapanku bersahaja....BEREHHHH!adik puasa je ya...
Ok...jawapnya sambil berlalu..
Aaliya,Aaliya...mentang2 kita suruh dia puasa..demand sungguh!RM900 ribu tu nak cari kat mana?ish,ish,ish....


Hari2 berikutnya...
Mereka dah tak meragam.Bangun sahur,hari2 mereka lalui dengan gembira.Tak sabar nak tunggu raya!Sebenarnya pada hakikatnya,bukan mereka je yang tunggu raya,tapi ramai orang dewasa sama seperti mereka.RAYA bermakan HABIS PUASA!
Ustaz kata tanda puasa kita di terima bila kita rasa bulan puasa tu sekejap je.kalau kita rasa lamanya bulan puasa.Dah boleh muhasabah diri.Ada yang tak kena le tu...hehehehe

Masa aku menulis ni,lagi 2 hari je nak sambut raya.Alif,baru sehari je buang dan Aaliya ponteng puasa 7 hari.
Sepatutnya kamu ajar anak2 solat dulu,puasa kemudian...kata mak
Dalam diam,sebenarnya kita ajar anak2 kita dua dua sekali mak,kita bukan nak dia puasa je,tapi kita nak dia solat juga.Kita nak dia jadi manusia berguna di dunia dan di akhirat.
Insyaallah...





Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK