WANITA PALING ISTIMEWA


BUAH HATIKU..


Insan paling istimewa,insan yang telah bersusah payah menjaga aku dari kecil hingga dewasa,setiap detik,ingin aku hidup bersamanya,menyulam kasih di sepanjang waktu selagi hayatnya masih ada.Aku mungkin bukan anak yang terbaik!tapi...sentiasa cuba untuk menjadi paling istimewa di hatinya.Ingin gembirakannya di kesempatan yang ada...


Emak...
kita sentiasa berdoa agar mak sihat sentiasa,setiap sembahyang..kita tak lupa bacakan doa ibubapa.Ya..ALLAH ampuni ibubapaku,kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani aku semasa kecil,semua doa kita yg terbaik utk mak.

Dulu....kita mungkin nakal,tapi setiap kali kita dapat gaji atau bonus,maklah org pertama yg kita akan tanya
Mak nak beli apa?Biasanya mak tak mahu apa2 pun,tapi kita akan tetap beli apa yang pernah katakan pada kita.
Masa tunggu SPM,kita keja kat kilang buat album,gaji tak seberapa tapi maklah org yang kita bagi duit2 tu sehingga kita hanya layak genggam RM10 je.Tapi,kita bangga dapat sukakan mak.Emak tak minta tapi,kita yang sendiri beri untuk belanja harian.

Masa keja kat Kilang tu,kita tak sanggup tau mak,kita tak pernah cerita dengan mak,yang kita kena buli dengan tokey kilang tu.Kita keja bahagian buat kulit album tu,habis melekat gam kat tangan,nak cuci hampir berjam2,baru boleh bersih.Mereka kata,kerja kat situ ada target,setiap 100 keping kulit album yang berjaya kita buat,ada imbuhan yang bakal mereka berikan,tapi,setiap kali kita nak ceceh target yang dimaksudkan,kita di suruh pergi ke  bahagian lain.Apa yang kita buat tadi tu,kira halal je.Kita sedih tau mak,mereka tipu kita.Tapi,masa tu kita tak pandai melawan,kita diam je.Dalam hati,sebenarnya kita dendam.Kita benci lihat kilang tu!tapi..kita tak buang semua.Kita ambil yang baik untuk jadikan tauladan hidup.
KITA MESTI BERANI MENYUARAKAN APA SAHAJA YANG KITA RASA HAK KITA.



Mak...
Dulu2,mungkin kita ada buat salah kat mak tapi bila kita ada anak2,ada juga sikap kita dulu2 ALLAH dah balas cash kat kita hehehe..
Walaupun perangai kita tak seteruk mana.Terasalah juga,dulu2 aku mungkin pernah buat mak gini ,mungkin dulu2 kita pernah sakitkan hati mak,Ampunkan kita ya mak,maafkan kita ya,kita insaf,kita insaf sungguh2!
Yang pasti,kita sayang kat mak sampai bila bila...


Mak
Masa kita ada teman lelaki,kita mesti bawa jumpa mak,kalau mak kata...
Hitam sangat!gemuk sangat!atau mak kata secara terus terang...
MAK TAK SUKA..
Kita akur,kita tak kisah,kita akan ikut kata2 mak,sebab mak kan harta kita yang paling berharga.Setakat lelaki2 tu kita buat mak marah!tak mungkin..
Kita akan pilih mak dari mereka.Mak yang lahirkan kita,mak yang besarkan kita dan mak yang jaga kita masa kita susah.
Mereka?
Mereka hanya datang setelah kita dewasa dan cantik bergaya.Belum tentu mereka sayang kita macam mak sayang kita.

Apa yang perlu mak tahu,kita sayang ALLAH,kita sayang rasul dan sebab kita dah ada suami,kita kena taat pada suami kita,tempat ketiga kita sayang suami kita dan kemudian kita sayang mak.
Mak jangan kecil hati,sebab kita buat ini semua untuk beri mak pahala kerana berjaya mendidik kita jadi insan yang baik.

Semuga mak faham dan kita sayang mak...

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK