DI MANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG

DI MANA KITA BERADA,DI SITULAH TEMPAT KITA..

Dulu2,masa baru pindah ke sini,aku rasa dunia ini sempit sekali,tak de apa2 kat sini..MCD pun tak de,Giant pun tak de...Tesco?apatah lagi...boring sangat..yang ada hanyalah Econsave,Fajar dan Billion je...serta kedai2 kecil yang lain.

Mujur lah suami,bukan jenis suka terperok di rumah,dapatlah klr ke bandar Ipoh,Penang dan KL.Semenjak tinggal kat Sitiawan ni,setiap minggu ada shj program kami,semestinya klr dr pekan kecil ini walau apa pun terjadi!
Kami terpinggir di bumi sendiri,kami tak dapat terima kenyataan dari bandar besar ke pekan kecil.OMG!bekunya otak!

Namun begitu,pekan ini ada berbagai2 kemudahan asas dan tidak perlu ke bandar Ipoh utk sebarang urusan  berkaitan seperti EPF,Emegresen dll.Kat sini juga banyak pantai2 utk riadah klrga,jika ingin lebih seronok...jom kita ke Pangkor!Rilek sambil menikmati alam semulajadi...Untuk ke Pangkor hanya memakan beberapa minit je,tak membebankan langsung..Perkhidmatan Feri pun banyak..Jomlah ke pangkor!
Amboiii..macam iklan!




Di pangkor ada berbagai2 aktiviti klrga yang kita blh lakukan untuk org yang minat,begitu juga kat pekan kecil ini,kita masih boleh bergembira misalnya...pergi mandi di Teluk Batik..




Atau bersantai di Marina Island!Pulau buatan manusia.Boleh le..


Setiap hari minggu,di sinilah kami menghabiskan masa lapang bersama anak2 sambil mencuci mata!makan makan,minum minum sambil menunggu senjakala tiba.
Bosan?
Kadang kadang..
Mengapa mesti bosan?
Sebab tak ada apa!pamggung wayang hancing!
Mall dia,mati segan hidup tak mahu!
Itu yang bosan kot?

Teringat pesan mak..
Di mana bumi di pijak,di situ langit di junjung!wpun  bosan jauh drp klrga,namun aku tetap menghargai takdir yang ALLAH susun untukku.Syukur ya ALLAH.
Jika aku tak pindah ke sini,bendang pun aku tak pernah jumpa!setiap kali pergi dan balik,kami pasti akan jumpa sawah yang luas terbentang.Setiap kali dia masak!kita akan terasa..
wah!seronoknya jika kita dapat berlari di tengah2 nya..
Mesti kita akan ketawa gembira melihat padi2 menguning dan semakin tunduk berisi.


Apa yang perlu kita lakukan..
Hargailah apa juga yang kita ada,hargailah apa juga kesempatan yang ALLAH beri pada kita.
Terima kasih ya ALLAH

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH