CERITA RAYA LAGI DAN LAGI!

HARI RAYA DAN AKU..

Sebut saja raya,semua orang gembira.Yeah!yeah!yeah! esok hari raya!!
Sebut je raya ,masa ni le kita nak ziarah ke kampung2 atau rumah2 kwn2 yang lama kita tak jumpa.
Seronoknya...dengan baju tradisional,kita ke hulu ke hilir hingga jauh malam.

Siang tadi,ingat nak singgah rumah nenek kat Muo ( sebutan oghang Muar),masuk je tol Pagoh,jalan dah jam teruk!kete gerak  macam siput..terhenjut2...sakit jiwa!


Tak boleh marah2.,semua orang nak beraya,sama macam kita.Semua orang pun ada hak untuk guna jalanraya ni.Sabar2.Jangan rebut2,jangan potong barisan,senang kata,semua org bayar cukai jalan.Dan selalu ingat,sopan santun amalan hidup kita.

Hampir sejam!masih belum sampai tempat di tuju,Tup2..dapat idea 'putar alam',U-Turn dan terus ke KL,ini bermakna tak balik kampung langsung lah tahun ni,Maaf kan kita Mak Cik Pak Cik,bukan tak sudi tapi tak berani nak redah jalan ini.Maaf kan kita ya...

Otak terus berpusing untuk mencari alasan manasabah!
Apalagi...angkat phone dan call...
Assalamualaikum,Chik kita minta maaf,kita nak turun Muo, nak gi ghumah Cik,tapi jem sungguh ni tak berganjak walau seinci pun!Harap Cik faham ya,kirim salam pada semua,ada masa kita datang ziarah Chik ya...
Untungnya,Chik macam faham je atau macam pura2 faham jer.Harap2 Chik beno2 faham masalah kita ya,kita bukannya kacang lupakan kulit tapi kacang tak berkulit!

Perjalanan diteruskan,Menuju ke Kuala Lumpur!Ibu kota yang penuh panorama!Beraya sakan semalaman,ke hulu ke hilir memohon kemaafan agar di ampuni segala dosa.

Esok berangkat ke Temerloh dan Jerantut,harap2 jalan tak jem seperti semalam.
Sebagaimana yang di rancang,semuanya berjalan lancar,singgah rumah kawan2 suami(asyik kawan dia je,kawan aku buat tak tahu je),dan kemudian ke Jerantut.Pekan kecil tempat kakak ipar ku tinggal.Walaupun jauh dari pembangunan,tapi...Boleh lah!

Ok ke kampung kakak ipar U?tanya sahabat
Boleh lah!kampung biasanya sunyi sepi je,line internet tak de,kalau ada pun tak selaju biasa.Tenggelam timbul.
kalau setakat nak tengok youtube,tunggu esok pagi pun tak lepas lepas!
Lambat gillllla!sepatah kata budak zaman sekarang.

Cuma seronoknya,anak2 bebas berlari,bermain tembak2 dan tangkap ikan.Niat hati nak berenang tapi pencemaran air berlaku gara2 perlombongan besi di hujung desa.Air yang jernih bertukar keruh!Gunung jadi botak!gondol!gara2...semua orang nak jadi kaya raya!Kesian alam.....


Malam di kampung seperti biasa,sunyi,tiada aktiviti,tiada hiburan yang boleh kita kunjungi...Al maklum..pekan kecil je.Pendek kata,malam di sini amat suram.Amat sesuai buat pengantin baru,kalau pengantin lama macam aku ni,sesuai dok kat bandar yang huru hara je.Dengan suara anak2 yang membingitkan telinga.Dok mana pun tak sesuai dahhh!


Mesti sejukkan,kampung kan banyak pokok?tanya sahabat
Sejuk?panas gilla!tak boleh lelap mata,rasa berkepam!tapi..letih punya pasal!tertidur juga...jawap aku.
Ooo...mungkin hutan dah habis di tarah kot?tanya sahabat lagi
Tau tak pe...Muahahaha!
Dah licin dahhh!gunung ganang,hutan belantara,dah habis dahhh!yang tinggal hanya gondolan sana sini jawap aku lagi
Apa nak jadi lah kan?sambung sahabat
ENTAHLAH!mohon ALLAH selamatkan kita.Pasak bumi di gondolkan,akar kayu yang mencengkam bumi di buangnya.Yang tinggal hanyalah harapan agar bumi kita tak mudah goyah!

Bila raya je ,aku akan ke mari..
Di kesempatan begini,baru lah kita dapat melihat kehidupan orang lain.Yang paling menarik hati,bila kakak bawa keliling kampung dan melihat kehijauan desa,ladang limau kasturi.Kat sana melambak sampai jatuh ke bumi,tapi di pekan kecil aku....
Setengah plastik kecil limau kasturi lebih kurang RM4 atau RM5.
Dalam hati...
CEKIK DARAH!
Adakalanya,terpacul di bibir,hidup di mana mana sekali pun!yang penting ada duit semua boleh jadi!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK