CERITA MALAM RAYA

SUNGGUH MERIAH!

Dari seawal 8 pagi,kami dah mula bertugas secara bergotong royong,semua orang cuba mengambil bahagian.Suasana raya makin terasa.Tapi,kalau dah dasar kaki ngulau!(curi tulang) ada aje agenda di sebaliknya oleh aku dan suami.Cari daunlah,cari daging lah.Yang pasti,kami tak ada masa semua orang sedang kopek bawang,tengah cuci ayam.
Bila balik!
Semua menjeling!
Terdengar suara sumbang...
Cerdik le hidup,bila time kopek bawang...HILANG!
Bila buat salah,muka kena seposen,tersengeh macam kerang busuk,jangan lawan,takut tak dapat makan.

Pergi Angsana,jalan2 cuci mata dengan adik2.
Singgah Ariani cari tudung,sakit kepala sebab ramai sangat manusia.Walaupun ada tawaran hebat,hati tak tertawan dek tekak yang terasa mual lihat tudung berkaler2 tu,tak de mood nak pilih.Nafsu terus hilang!
mentang2 le harga murah,longgok macam kain buruk.
sakit kepala mak wehh!

Pergi Kampung Melayu cari martabak larkin,Malangnya,TUTUP! mak kata...org gila je yang nak tebor martabak di tengah2 malam ni,kau ingat diaorang  tu tak tahu raya ke?
Dia saja je tu mak!saje je nak ngulau dari buat kerja!kata kakak ipar.
Aku sekadar senyum kambing.Dalam hati.,dah macam tuk bomoh!boleh baca otak kepala orang lain.

Lepas maghrib,main bunga api!berdentam berdentum...meriah sungguh!Biasanya aku tak suka mercun atau benda2 yang sewaktu dengannya.Tapi untuk kemeriahan,boleh le...

Acara memasak diketuai oleh mak,bibik 1 dan bibik 2,kami hanya sediakan bahan seperti bawang dan segala bawang!cuci ayam dan daging.
Acara seterusnya ialah..sambil memasak kami borak sampai pagi!ceewaah!!!


Mercun,mercun dan mercun...begitu mudah duit hangus!




Amir,takut mercun!

Bila hari raya,inilah yang berlaku.Lelaki gi masjid,takbir..
Kami kaum perempuan biasanya...
beginilah...
Banyak benda yang tak sempat di lakukan.
Akhir kata...
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA.

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK