YEAH!BALIK KAMPUNG LAGI...

TAK TERUCAP DI BIBIR..

Bila balik kampung,apa yang ada di benak fikiran?
Seronok tapi.....
Penat.

Dari utara hingga ke selatan!hampir 8 jam (8jam sebab bawa laju,kalau bawa 110km/j dan santai2,boleh jejak 12jam) dalam perjalanan perasaan berbaur baur!..punggung bagai di bius!kematu,kebas..fuhhh!sebal rasanya dok dalam kereta lama2..
Keadaan kereta dah mcm nak pergi perang!penuh sarat dengan beg dan lain lain lagi.Nak lunjur kaki pun..cukup payah!
Sepanjang jalan,anak2 yang besar buat hal sendiri.Anak2 kecil seperti biasa...bercokak!(bergaduh sesama sendiri) ada aje yang tak kena di antara mereka.

Sampai di selatan.
Singgah beli martabak Larkin paling terkenal di Kg Melayu Majidee,fuhhh!ramai orang,beratur panjang.Ish,ish,ish...ingat nak beli 1 je,di sebabkan penat beratur,3 keping martabak di bawa pulang...
Singgah di Jusco Permas jaya,berbuka di Sedap Corner,lepaskan rasa teringin di hati dengan juadah yang ada.Tempat jatuh lagi di kenang,inikan pula tempat bermanja..Muahahaha!

Oppss!nak kongsi pengalaman,kesilapan besar untuk hari ini ialah
Menunggu waktu berbuka bersama kanak2 belum akil baligh.Yang tak tahu sabar!yang tak tahu bertenang!Tak boleh terlepas pandang!straw dan masuk dalam mulut,air dah di sedut setengah straw,tak boleh terleka,ada aje yang cuba mereka buat.Pendek kata,kesabaran anak dan ibu  teruji di meja makan!

Jumpa kawan lama,Rostam Abu Bakar bersama keluarganya,tak sempat nak borak panjang,hanya bertanya khabar je.Apa2 pun seronok lihat Rostam bahagia bersama keluarga tercinta.Rostam yang teman kenal sejak tingkatan satu.Sekelas dan selalu borak2 di belakang semasa cikgu tak mai main lagi.

Selesai makan kami pulang,perjalanan yang mudah sekarang!kalau dulu,untuk sampai ke Pasir Gudang,banyak masa terbuang dek kesesakkan lalu lintas,sekarang ni,cukup mudah!10 minit anda sudah sampai ke destinasi yang di inginkan,iaitu PASIR GUDANG.Highway yang dulu sedang di bina telah siap dan memudahkan kita untuk ke Singapore atau bandar JB.
Terasa rindu akan rumah kami di tengah2 antara Permas Jaya dan P.Gudang.Walaupun rumah sederhana je,itulah harta kami semasa mula2 nak hidup dulu.

Sampai di rumah,mak dan semua ahli keluarga sedang menunggu,inilah keluarga teman,buruk baik.Hanya mereka yang teman ada...
Teman dan mereka sangat rapat.Teman sayang mereka dan sentiasa berharap mereka sihat dan kami boleh bertemu lagi.
Sebaik melihat wajah mak,teman tahu....
Tak ada insan lain yang akan menenangkan hati kita kecuali dia....
Mak!kita sayang mak tau!muahhhh!

Selamat Hari raya untuk semua
Maaf zahir dan bathin.

Gambar semasa kami kecil dulu...comot tapi...comel..


Gambar terkini,di usia hampir setengah abad.Rindu akan kehidupan lampau.
Namun apa kan daya...
Masa tak akan berpusing kembali.Yang ada hanyalah kenangan 
yang sukar di lupakan.




Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH