RAMBUT ala2 CENDAWAN!

KESAL DULU PENDAPAT,KESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA LAGI.

Satu hari,teman pergi kedai teman anak teman gunting rambut.Teman,Mira dan Aaliya.Entah bagaimana,teman terasa ingin melihat dia berambut pendek.Mula2 dia tak mahu,puas pujuk akhirnya dia beralah dan setuju untuk pendek kan rambutnya.

Mula2 dia ok....
Lama2 mukanya mula kelat macam orang makan asam kedondong!
Teman pelik tapi...tetap biarkan sampai lah selesai kerja cina gunting tu.
Lepas cina tu letak je gunting,dia mula menangis.Semua orang panik termasuk le teman.
Macam biasa,cepat bayar dan cepat2 keluar dari situ.

Masuk je kereta,dia mula mengamuk bagai nak RAK!
Teman tanya...kenapa?
Dia kata...saya tak mahu gunting rambut!kenapa gunting rambut saya?
Teman dan Mira terpukau dek jeritan dan tangisan yang tak henti henti.
Sampai di rumah,dia tetap menangis sampai tertido.
Suami dan anak2 semua tak setuju dengan tindakkan teman.Memaksa dia pendek kan rambut.

Semalam dia BOIKOT teman,tapi sebagai ibu,teman pun kecewa.Teman tak faham isihatinya.Teman pentingkan diri,sehingga tak sedar perbuatan kita tu sangat menyakitkan hati orang lain.
Dik,ibu minta maaf tau,lain kali ibu tak gunting lagi tau...
Dia ngangguk je.Budak kan?bukan pandai berdendam lama lama.

Bila kejut bangun sahur,dia jeling teman,berletus!dalam hati,mak aiiii! masih marah lagi rupanya.Sebab salah,teman buat dek je...
Malas nak panjang2 kan cerita.

Lama juga dia BOIKOT teman.
Teman pujuk juga,teman janji tak akan buat lagi.
Tapi...
Kenapa adik marah sangat?
Dia jawap..memanglah saya MARAH!ibu gunting rambut saya macam cendawan!
Teman terpaku...
Oooooooooo..patut le dia marah sangat!rupanya tersalah pilih peten.
hehehehe


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK