ABAH,KITA RINDU ABAH...

KENANGAN PALING BERMAKNA

Tersentuh hati bila ingat abah,hanya mampu sedekahkan al-fatihah tiap2 hari.
Hanya mampu,doakan agar abah bahagia dan roh abah ditempatkan di kalangan orang2 beriman
Dah hampir 8thn abah pergi meninggalkan kita semua,abah lelaki hebat,tabah dan kuat semangat.
Abah bersusah payah mencari rezeki buat kami.
Terima kasih abah.

Hari ini hari raya,maknanya dah 8thn kami tak beraya bersama abah.Dah lama kita tak cium tangan abah.Dah lama kita tak cakap dengan abah..
Selamat hari raya abah,maafkan kita..
Biasanya sejak abah sakit sebelah badan,abah cukup mudah menangis,Cakap apa pun,pasti abah akan cemek menahan sendu.
Dah lama kita tak dengar abah panggil kita,minta air atau garu tengah belakang.
Dah lama kita tak dengar mak mengadu pasal abah,kalau tak...
Tadi abah marah mak.
Bila kita tanya,betul ke abah marah mak?
Biasanya abah akan sengeh dan jawap...Mana ada?mak kau tu saja je...
Biasanya kita akan toleh kat mak dan kata...abah kata tak ada pun!mak saja buat pitenah!
Biasanya juga mak akan balas...yang tadi tu apa?bukan marah ke?
Dengan selamba abah akan jawap....saja je gurau...

Tapi...suasana tu dah tak ada lagi.
Kita dah lama tak dengar suara abah,tawa abah.
Kita dah lama tak beli kuih kapit kegemaran abah,kalau kita nampak kuih tu kat mana2,kita mesti ingat abah dan kadang2 beli sekadar untuk menikmati apa yang abah pernah suka.
Bila abah makan,selalu jatuh kat baju..
Sepah sepah..
Mak selalu akan kata...jangan sepah2 nanti semut datang.
Abah akan jawap...memang lah sepah,kuihkan ni rangup.

Tapi...tu semua dah tak dapat kita temui lagi,yang tinggal hanyalah kenangan kekal abadi.
Yang mampu kita buat hanyalah...doa di angin lalu.Mengharap agar abah bahagia di sana.

Tahun ini agak meriah raya kami,bukan tak ingat abah,tapi....kita semua sengaja menyambutnya sedemikian rupa utk membuktikan didikkan abah yang terbaik buat kami.Kami tidak mungkin menyukarkan abah dan hanya ingin mendamaikan abah di sana..
Kita akan cuba ringankan beban abah.
Sahabat kita kata,kalau u gi mengaji,sepanjang pergi dan kembali,semua pahala akan dapat kat abah.
Kami buat semua tu untuk abah.
Semuanya!Tak tinggal satu pun...
Kita tahu,masa kita kecik,abah kena kerja,kerja,kerja...
Hingga lupa amal diri sendiri.

Sekarang tiba masanya,kita adik beradik cuba yang terbaik,cuba untuk membuat abah gembira di sana.

Abah,
Maafkan kami ya..
Halalkan makan minum kami selama abah bersama kami.
Yang paling penting....Kita semua nak bagitau pada abah...
KAMI SAYANG ABAH...KAMI RINDU ABAH DAN AKAN KENANG ABAH HINGGA AKHIR HAYAT.


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK