Posts

Showing posts from August, 2012

BERSIH 2012

Image
SAPU BERSIH!

Tak berani nak komen panjang lebar,tapi...aku doakan agar tiada malapetaka yang akan menimpa rakyat pada mlm tersebut.Aku menyokong untuk demokrasi secara aman,bukan nak berperang.Di harap pihak kerajaan akan memberi layanan baik kerana tanpa rakyat tiadalah wujudnya kerajaan.Pihak kerajaan sepatutnya mendengar keluh kesah rakyat seperti slogan kerajaan....rakyat di dahulukan dan tema merdeka janji di tepati! Sempena ulangthn kemerdekaan yg ke 55thn,aku mohon agar negaraku aman sentosa dan sentiasa BERSIH!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!

PESTA MUDA MUDI

Image
WAJAR DI ADAKAN KAH?

Kat cina ni ada mcm2 acara!salah satu darinya ialah....Pesta air!


Kalau dah namanya pesta!mestilah suka2 kan?mana ada orang nangis2 masa pergi pesta2 mcm ni.....kalau ada pun..yang tak dapat pergi!mungkin mak tak bagi atau mak bagi last warning!Ko jangan pergi!kalau ko pergi juga...mak campak kain baju klr tingkap!Yes!setiap mak mmg terbaik!


Tapi...kalau dah bercampur lelaki pempuan...blm hbs pesta kita dah tau penyudahnya....Lelaki ni...kita semua sedia maklum lah kan...nafsu tinggi!pantang nampak pempuan pasti terangsang!belum nampak anggota badan yang lain, baru nampak kulit pun darah dah naik tinggi!
Cuba tengok gambar kat atas ni....apa akan berlaku selepas ini?jeng,jeng,jeng...


Habis tercabut baju minah tu....hehehe....lelaki2...mcm ungka dapat pisang!atau monyet dapat bunga lagi...habis di kupasnya satu2 sampai bogel!Orang lelaki mmg payah di bawa berunding bila dalam keadaan gini....mereka blh kongsi ramai2 membogelkan orang!


Mujur ada abang2 polis tu....w…

EGO

Image
ATAU TINGGI DIRI

Setiap malam,selagi anak2 tak habis belajar,ginilah hidup kami,ulang alik ambil anak dari mengaji atau tuition.Letih juga,tapi nak buat mcm mana,pancaroba hidup!
Kebiasaannya,kami minum2 sementara menunggu mereka habis kelas.Dikala ini lah kami baru dapat borak2 isu2 semasa.Jika ada anak2,susah le sikit,sebab mereka dah mula faham apa yang kita bincangkan.

Kebiasaannya juga,kami akan bertemu teman2 senasib yang lain sambil berbual kosong sahaja.Sudah tentu isu2 semasa pilihan kami bersama.
Isu kegemaran?tentulah politik Malaysia!hehehe..yang semakin kalut tu!
Prang,prong,prang prong...pukul 10 tepat!tibalah masa untuk pulang.

Tinggal di kawasan  jauh dari bandar buat kami sentiasa pasrah!sunyi?jangan cakap lah,boleh beku otak!
Sekarang ni,maju lah juga,di bandingkan dari dulu.Masa awal kedatangan kami,tempat ni macam tempat jin bertendang!gelap gelita!
Sepatah kata suami,macam perkampungan dalam hutan!
Sekarang ni,nampak le juga perkembangannya,.
Oppss!tak lama lagi J…

PEROGOL BAWAH UMUR

Image
APTB!

Kes rogol dah mcm citer kartun je sekrg ni,hari2 ada aje org yang merogol dan di rogol..
Agaknya,org zaman sekrg dah tak de undang2 ke?Zaman aku dulu...bila rogol mesti orang pempuan yang dah dewasa,tapi...sekarang ni...bbdk kecek pun kene rogol!Kalau tak orang lain yg merogol,orang dalam rumah sendiri...dahsyat betul manusia zaman serba moden ni...nak melampias nafsu tak kira tempat!

Yang pelik bin ajaibnya...bila bapa rogol anak atau bapa cabul anak...lebih kurang le tu...dah mcm feel syaitan!Anak sendiri tu.....kalau anak orang lain mungkin lain le sikit..ini..anak sendiri!yang ko sendiri buat yang ko sendiri jaga yang ko sendiri tanam tembuninya...sanggup ko rogol!Bapa mcm ni layaknya..tembak je guna peluru penabur!biar bersepai otak kat kepala tu...


Rogol budak 12thn!

                                                       Rogol budak 13thn

Gambar kat atas ni pula,perogol bawah umur...seorang 12thn dan seorang 13thn!Selera nak yang dara sunti je...orang mcm ni...mmg dasar bu…

NASIHAT USTAZ

Image
SALAM SUAMI SEBELUM TIDUR MEMBERI BANYAK FAEDAH

Waduh!waduh!waduh!...banyak yang tidak aku ketahui rupanya,ternyata kurang ilmu di dada.
Mungkin selepas ini,pasti aku akan praktikkan demi suami tercinta.
Tapi...kadang2 adat manusia,lupa dan leka...


Berbagai2 nasihat telah di beri...tepuk dada tanya selera

Yang,maafkan segala dosa2 saya ya...tiap2 malam?mampukah?terbuat kah?...tunggu dan lihat...hehehe

ADAT ORANG BERCINTA

Image
SEMUA INDAH BELAKA

Kadang2 masa blm kahwin,kita selalu fikir yang indah2 je..
Kadang2 masa bercinta dulu,lbh baik drp berkahwin!klu dulu...kita selalu mengimpikan 1001 macam impian dlm perkahwinan kita....itu cuma anggan2 je...kenyataannya.....habuk pun tarak!
Sebulan dua je bahagia,selebihnya...suka tak suka...kita kena tempohi jua.
Mungkin lelaki pun sama,punya impian nak itu nak ini,bergantung pada pasangan.Jika pasangan sebaliknya...hancur harapan punah impian.


Tahun pertama hingga ke 5,sebenarnya thn mula2 kita mengenali di antara satu dgn yg lain.Org kata...jika lulus tempoh percubaan ini,thn berikutnya tak menjadi masalah lagi.Tetapi...jika 5thn awal ini,sdh berbagai mcm masalah...ianya akan berlanjutan hinggalah bila2..namun begitu,doa kena banyak2 jika dapat pasangan yg bertentangan dgn kehendak kita.
Seperti juga pasangan lain,aku juga tak lepas drp masalah rumahtangga.Biasalah...sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri.


Tetapi,ada satu hal yang jelas kelihatan…

CELOTEH ANAK

Image
BAJU BUNGA2

Alif beritahu..
Ibu...Alif nak minta tolong sikit...
Aku jawap
Ada apa?
Dia kata lagi
Boleh tak..jangan pakai kan Alif baju kelabu bunga2 tu..
Aku pelik dan tanya kembali
kenapa pulak?
katanya..
Orang semua panggil Alif mcm pempuan..
Aku jawap..
Orang cemburu tu...ibu tgk cantik je,orang lelaki yang pakai baju mcm tu...nampak kacak tau!
Dia jawap..
Tak mau lah!Alif malu tau..
Biar je orang nak kata apa,asalkan ibu tgk anak bujang ibu kacak...
Sambil menjeling...dia berlalu pergi...
Muahahaha!
Ada2 aje!


Persoalannya:Adakah corak baju ini mcm baju pempuan?



DI MANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG

Image
DI MANA KITA BERADA,DI SITULAH TEMPAT KITA..

Dulu2,masa baru pindah ke sini,aku rasa dunia ini sempit sekali,tak de apa2 kat sini..MCD pun tak de,Giant pun tak de...Tesco?apatah lagi...boring sangat..yang ada hanyalah Econsave,Fajar dan Billion je...serta kedai2 kecil yang lain.

Mujur lah suami,bukan jenis suka terperok di rumah,dapatlah klr ke bandar Ipoh,Penang dan KL.Semenjak tinggal kat Sitiawan ni,setiap minggu ada shj program kami,semestinya klr dr pekan kecil ini walau apa pun terjadi!
Kami terpinggir di bumi sendiri,kami tak dapat terima kenyataan dari bandar besar ke pekan kecil.OMG!bekunya otak!

Namun begitu,pekan ini ada berbagai2 kemudahan asas dan tidak perlu ke bandar Ipoh utk sebarang urusan  berkaitan seperti EPF,Emegresen dll.Kat sini juga banyak pantai2 utk riadah klrga,jika ingin lebih seronok...jom kita ke Pangkor!Rilek sambil menikmati alam semulajadi...Untuk ke Pangkor hanya memakan beberapa minit je,tak membebankan langsung..Perkhidmatan Feri pun banyak..Jomlah …

JIRANKU

Image
CINA DAN INDIA SAHAJA

Kebanyakkan jiranku adalah kaum Cina,Dulu2,aku rasa asing bila bersama mereka tapi...tidak kini...Pada aku,yang membezakan kami hanyalah agama,adat dan warna kulit je...
Kalau dah manusia tu sama je,ada nafsu ada rasa dan ada dengki!

Hidup di kelilingi mereka,sama macam rusa masuk kampung sebenarnya,tetapi di sebabkan Malaysia ni tanah kelahiranku,makanya tiada lah terasa sangat.Pada aku sama je.Melayu,Cina,India!kita kan 1MALAYSIA!

Berjiran dengan mereka menjadikan kita mudah bergerak!tiada siapa ambil peduli,jalan kaki ke atas pun!diorg buat dek je...hehehe
Cuma satu je,perkara yang membuatkan aku tahu mengapa kita tak akan selesa bersama mereka ialah ANJING!Yaaaa! ANJING!
Bau busuk najis anjing peliharaan mereka buat kita sakit jiwa.Bab ni,blh buat aku semput!kalau aku ada magic,mau tergolek anjing2 tu!tau2 dah terjelir lidah!Menyalak atau bising aku tak berapa kisah bab bau je aku rasa OMG!OMG!stress!
Patut le org kata susah hidup di kawasan mereka.Kawan2 ada…

JADUAL WAKTU

Image
BERMAKNA PERKARA RUTIN YANG KITA LAKUKAN SETIAP HARI

Seperti biasa,lps hantar anak,gi minum dgn kawan,bila tulis kawan maknanya sorang je...


Hanya ini,kawan yang setia bersama2 menghirup secawan kopi setiap pagi...
Bukan tak de ramai kawan,tapi...lbh selesa bersamanya.Sembang 1 jam!Wajib!lps 9 stgh....baru bersurai.Biasanya aku gi pasar beli lauk sementara tunggu bbdk balik sek.10.30 pagi.Lepas ambil anak2 baru balik rumah dan berperang dengan kuali.

Masak,kemas dan sebagainya....
Pkl 12 tghari,pasangan balik nak makan,setiap hari...tak jemu2...
Dulu2...tak terfikir jadi suri rumah sepenuh masa!bila dah reality kehidupan....ternyata tugas ini amat memenatkan,meletihkan dan memerlukan stamina yg tinggi!Sebab tu....org dulu2 makan makjun patani,tugas harian memerlukan tenaga yg banyak!sangat banyak....
Daripada,lepas subuh,hingga ke dinihari,tugas isteri merangkap ibu merangkap pemandu van sekolah merangkap bibik dan segala mcm rangkap lagi....akan berakhir setelah tertido sendiri di so…

WANITA PALING ISTIMEWA

Image
BUAH HATIKU..

Insan paling istimewa,insan yang telah bersusah payah menjaga aku dari kecil hingga dewasa,setiap detik,ingin aku hidup bersamanya,menyulam kasih di sepanjang waktu selagi hayatnya masih ada.Aku mungkin bukan anak yang terbaik!tapi...sentiasa cuba untuk menjadi paling istimewa di hatinya.Ingin gembirakannya di kesempatan yang ada...


Emak...
kita sentiasa berdoa agar mak sihat sentiasa,setiap sembahyang..kita tak lupa bacakan doa ibubapa.Ya..ALLAH ampuni ibubapaku,kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani aku semasa kecil,semua doa kita yg terbaik utk mak.

Dulu....kita mungkin nakal,tapi setiap kali kita dapat gaji atau bonus,maklah org pertama yg kita akan tanya
Mak nak beli apa?Biasanya mak tak mahu apa2 pun,tapi kita akan tetap beli apa yang pernah katakan pada kita.
Masa tunggu SPM,kita keja kat kilang buat album,gaji tak seberapa tapi maklah org yang kita bagi duit2 tu sehingga kita hanya layak genggam RM10 je.Tapi,kita bangga dapat sukakan mak.Emak tak minta tap…

HUDUD

Image
TAK TAHU JANGAN CAKAP!

Bosan betul baca artikel2 kat blog atau akhbar2 ttg hukum HUDUD..
Mengapa le,kita perlu bercanggah pendapat.Itukan hukum ALLAH,mengapa lah anda2 semua berani memperlekehkannya..Dr M kata gitu,TGNA kata gini,Karpal pun berani menyuarakan pendapat!LGE sempoi,jangan berpecah kerana HUDUD..


Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.Beliau juga memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.
Sebenarnya bangsa2 asing ni tak faham,Mereka tak faham,itu kita tak pelik tapi bila org2 islam yang tak faham!itu yang kita patut rasa pelik!,ketidak fahamnya mereka buat kita rasa macam nak pengsan!Sebagai umat islam,kita perlu sedar,perbuatan kita seolah olah memperlekehkan agama sendiri.Bayangkan jika kita perlekehkan undang2 yang…

CERITA RAYA LAGI DAN LAGI!

Image
HARI RAYA DAN AKU..

Sebut saja raya,semua orang gembira.Yeah!yeah!yeah! esok hari raya!!
Sebut je raya ,masa ni le kita nak ziarah ke kampung2 atau rumah2 kwn2 yang lama kita tak jumpa.
Seronoknya...dengan baju tradisional,kita ke hulu ke hilir hingga jauh malam.

Siang tadi,ingat nak singgah rumah nenek kat Muo ( sebutan oghang Muar),masuk je tol Pagoh,jalan dah jam teruk!kete gerak  macam siput..terhenjut2...sakit jiwa!


Tak boleh marah2.,semua orang nak beraya,sama macam kita.Semua orang pun ada hak untuk guna jalanraya ni.Sabar2.Jangan rebut2,jangan potong barisan,senang kata,semua org bayar cukai jalan.Dan selalu ingat,sopan santun amalan hidup kita.

Hampir sejam!masih belum sampai tempat di tuju,Tup2..dapat idea 'putar alam',U-Turn dan terus ke KL,ini bermakna tak balik kampung langsung lah tahun ni,Maaf kan kita Mak Cik Pak Cik,bukan tak sudi tapi tak berani nak redah jalan ini.Maaf kan kita ya...

Otak terus berpusing untuk mencari alasan manasabah!
Apalagi...angkat phone…

HARI RAYA HARI BAHAGIA..

Image
MASIH TAK PUAS BERCERITA..

Anak2 yang paling gembira,sebab bulan puasa dah habis!esok dah boleh makan sesuka hati....
Alif,Aaliya..raya sakan dengan baju baru,paling tak boleh tahan.dah pandai nak cari duit raya.Tak tahu nak buat apa,tapi...pada dia,duit raya adalah suatu keseronokan yang sukar di cari.

Kalau dahulu,kita hanya suka2 untuk cari duit raya,tapi,sekarang trend tu dah bertukar...sakit hati betul,bila bebudak mula mengambil kesempatan untuk cari duit dan bukan bermaafan di antara satu dengan yang lain.

Datang rumah orang hanya untuk duit raya?Tak patut,tak patut.
Datang rumah orang,salam pun tak pandai,main langgar bahu je...tetiba nak duit raya!
Aku rasalah kan,sebagai ibubapa,kita kena ajar anak2 adat bertandang,mesti beri salam,mesti hormat tuan rumah,mesti jaga tingkah laku,jangan le gelojoh sangat dengan duit2 ni semua...
Ini tidak,nak duit je...minta air,minta kuih tapi...tak makan!grrr

Kalau dulu,kita masuk rumah orang,semua orang dlm rumah tu kita salam..kita susur …

SELAMAT HARI RAYA!

Image
KAMI UCAPKAN UNTUK ANDA SEMUA

Pagi2 lagi kami semua dah bangun,semua mengayakan pakaian baru yang berwarna warni.Ada biru,hijau merah dan macam2 lagi,meriah dan sangat meriah!
Lepas sembahyang raya,kami makan bersama dalam kumpulan ahli keluarga yang cukup ramai..84 orang semuanya!ramai kan?

Seisi bergambar di adakan,semua orang posing,semua orang seronok nak tunjuk gaya terkini.
Mungkin emak orang yang paling gembira,seorang warga emas yang di kelilingi orang2 tersayang.Mungkin dia bangga kerana,anak2,cucu2 semua menyayanginya.


                                    2012,kami berjaya berkumpul sekali lagi....


Senyuman seorang emak..apakah 2013 dia masih gagah begini?Di harap emak di panjangkan umur dan di kurniakan kesihatan yang baik,amin...

Selamat hari raya untuk semua.. Mak selalu pesan,kalau mak dah tak ada...jangan berpecah!sesekali berkumpul lah.. Hidup muafakat,yang susah di bantu,jangan lupa sedekahkan doa untuk mak dan abah.Harta yang mak ada,bagi sama rata,jangan gaduh2 Nanti…

ABAH,KITA RINDU ABAH...

Image
KENANGAN PALING BERMAKNA

Tersentuh hati bila ingat abah,hanya mampu sedekahkan al-fatihah tiap2 hari.
Hanya mampu,doakan agar abah bahagia dan roh abah ditempatkan di kalangan orang2 beriman
Dah hampir 8thn abah pergi meninggalkan kita semua,abah lelaki hebat,tabah dan kuat semangat.
Abah bersusah payah mencari rezeki buat kami.
Terima kasih abah.

Hari ini hari raya,maknanya dah 8thn kami tak beraya bersama abah.Dah lama kita tak cium tangan abah.Dah lama kita tak cakap dengan abah..
Selamat hari raya abah,maafkan kita..
Biasanya sejak abah sakit sebelah badan,abah cukup mudah menangis,Cakap apa pun,pasti abah akan cemek menahan sendu.
Dah lama kita tak dengar abah panggil kita,minta air atau garu tengah belakang.
Dah lama kita tak dengar mak mengadu pasal abah,kalau tak...
Tadi abah marah mak.
Bila kita tanya,betul ke abah marah mak?
Biasanya abah akan sengeh dan jawap...Mana ada?mak kau tu saja je...
Biasanya kita akan toleh kat mak dan kata...abah kata tak ada pun!mak saja buat pit…

WARGA ASING

Image
TELAH MEMENUHI RUANG HIDUPKU

Di mana2 ada warga asing
Di pekan,di bandar,warga asing dah macam warga kita!seiring sejalan..hahaha
Malaysia ni..negara paling pelik!macam2 berlaku...kalau dulu,hanya ada 4 bangsa je..sekarang ni,rasa2nya dah ada 10 bangsa kot?ramai sangat orang luar membanjiri setiap sudut bumi ALLAH ni,Tak tahu bagaimana pihak berwajib membuat kerja,tak terfikir kesan2 mendatang ke ?kadang2 hati terdetik...lantak ko orang le..tanggungjawap ko orang le,esok lusa jawap sendiri,jika mereka dah jadi tuan tanah kedaung!


Di pekan tempat teman membesar,sudah seperti negara luar..Nepal,Indonesia,Myanmar,Bangla,Cina tanah  besar dan lain2 lagi.Walaupun begitu,Rasa kesian juga kerana mereka tiada keluarga untuk menyambut ramadhan bersama.Mereka hanya ada rakan2 seperjuangan,apa nak buat,itu pilihan mereka,meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki yang halal.

Tapi,bila fikir2 gejala sosial yang mereka bawa,kita akan rasa menyampah dan berdoa agar kita di jauhi dari malapet…

CERITA MALAM RAYA

Image
SUNGGUH MERIAH!

Dari seawal 8 pagi,kami dah mula bertugas secara bergotong royong,semua orang cuba mengambil bahagian.Suasana raya makin terasa.Tapi,kalau dah dasar kaki ngulau!(curi tulang) ada aje agenda di sebaliknya oleh aku dan suami.Cari daunlah,cari daging lah.Yang pasti,kami tak ada masa semua orang sedang kopek bawang,tengah cuci ayam.
Bila balik!
Semua menjeling!
Terdengar suara sumbang...
Cerdik le hidup,bila time kopek bawang...HILANG!
Bila buat salah,muka kena seposen,tersengeh macam kerang busuk,jangan lawan,takut tak dapat makan.

Pergi Angsana,jalan2 cuci mata dengan adik2.
Singgah Ariani cari tudung,sakit kepala sebab ramai sangat manusia.Walaupun ada tawaran hebat,hati tak tertawan dek tekak yang terasa mual lihat tudung berkaler2 tu,tak de mood nak pilih.Nafsu terus hilang!
mentang2 le harga murah,longgok macam kain buruk.
sakit kepala mak wehh!

Pergi Kampung Melayu cari martabak larkin,Malangnya,TUTUP! mak kata...org gila je yang nak tebor martabak di tengah2 malam …

YEAH!BALIK KAMPUNG LAGI...

Image
TAK TERUCAP DI BIBIR..

Bila balik kampung,apa yang ada di benak fikiran?
Seronok tapi.....
Penat.

Dari utara hingga ke selatan!hampir 8 jam (8jam sebab bawa laju,kalau bawa 110km/j dan santai2,boleh jejak 12jam) dalam perjalanan perasaan berbaur baur!..punggung bagai di bius!kematu,kebas..fuhhh!sebal rasanya dok dalam kereta lama2..
Keadaan kereta dah mcm nak pergi perang!penuh sarat dengan beg dan lain lain lagi.Nak lunjur kaki pun..cukup payah!
Sepanjang jalan,anak2 yang besar buat hal sendiri.Anak2 kecil seperti biasa...bercokak!(bergaduh sesama sendiri) ada aje yang tak kena di antara mereka.

Sampai di selatan.
Singgah beli martabak Larkin paling terkenal di Kg Melayu Majidee,fuhhh!ramai orang,beratur panjang.Ish,ish,ish...ingat nak beli 1 je,di sebabkan penat beratur,3 keping martabak di bawa pulang...
Singgah di Jusco Permas jaya,berbuka di Sedap Corner,lepaskan rasa teringin di hati dengan juadah yang ada.Tempat jatuh lagi di kenang,inikan pula tempat bermanja..Muahahaha!

Oppss…